Assalamualaikum semua :)
Untuk pengetahuan kau orang, blog ini merupakan blog nia yang
kedua. Blog yang pertama sudah selamat nia padam dan kuburkan sebab kononnya
dah bosan dengan dunia penulisan maya ni. Tengok – tengok setahun dua lepas tu,
buat balik blog dengan alasan nak mengasah kembali teknik penulisan nia yang
semakin berkarat.
TSK TSK.
Disebabkan nia sudah ada pengalaman first – hand tentang
mengendalikan blog, jadi proses membuat blog yang kedua ni tidak memakan masa
yang banyak dan tidak lagi memeningkan kepala. Paling penting sekali, nia dah
semakin matang dalam menamakan blog dan cara penulisan nia. HEHE. Masuk bakul
angkat sendiri.
Jadi, mari sini nia ceritakan perbezaan antara blog pertama & blog
kedua nia.
1 – Nama
Blog Pertama: Cerita Tentang Kita
Blog Kedua: Nia Emkay
Yup, my blog title is ‘Cerita Tentang Kita’ sebab masa nia
buat blog tu nia tengah syok dengan seorang budak lelaki yang sekelas dengan
nia. And as you can guess, entry blog tu penuh dengan coretan angau nia,
dedikasi lagu, deklamasi sajak untuk si dia.
TSK TSK.
Blog yang kedua pula, nia letak gabungan nama ibu dan abah sebagai
tajuk blog. Ye, Nia Emkay tu gabungan daripada nama ibu dan abah. Tak, Nia
Emkay tu bukan nama sebenar nia. Itu cuma nama samaran yang nia gunakan di
dunia penulisan maya ini saja. Tak tahu lagi ea?
2 – URL Blog
Blog Pertama: whenmyheartisbeating.blogspot.com
Blog Kedua: nia-emkay.blogspot.com
Selain bebas daripada cheesy element, URL blog nia yang
kedua lebih mudah untuk diingati berbanding dengan URL blog nia yang pertama. See,
that’s what I meant by matured. HEHE.
3 – Gaya Penulisan
Blog Pertama: Banyak bahasa alien dan trengkas yang langsung tak
boleh difahami.
Blog Kedua: Penggunaan bahasa melayu dan inggeris. Takde bahasa
alien dan trengkas.
Yang ni tak payah cakap, memang memalukan bangsa melayu betul. Aku
jadi aq, kau jadi ko, thank you jadi 10q. Sakit mata membaca, sakit lagi
fikiran untuk mencerna. Macam budak sekolah tak pandai mengeja je. Budak tadika
yang baru belajar mengeja pun takde teruk macam tu.
Jadi untuk blog yang kedua ni, nia bertekad untuk mengubah gaya
penulisan nia yang tak senonoh dan tak memalukan tu. And I can say that I’m
proud with myself for doing such a great job so far. HAHA.
Sekarang kau orang dah tahu tentang sejarah blog nia, apakata kau
orang kongsikan sejarah blog kau orang semua dengan nia pulak, okey? Give
and take, baby.
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)