Assalamualaikum semua :)
Minggu lepas nia dan keluarga telah pergi ke pameran barang –
barang Rasulullah saw dan sahabat – sahabat baginda yang diadakan di Masjid
Negeri Shah Alam ataupun turut dikenali juga sebagai Masjid Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah.
Pameran itu diadakan pada pukul 9 pagi sehingga 10 malam. Bayaran
yang dikenakan untuk masuk ke pameran tersebut adalah RM 20 untuk dewasa, RM 10
untuk kanak – kanak 12 tahun ke atas, OKU dan juga warga emas. Manakala untuk
kanak – kanak dibawah umur 12 tahun, masuk adalah percuma.
Antara barang – barang yang ada di pameran tersebut ialah kain
kiswah kaabah, beras yang tertulis surah al – ikhlas, pedang Rasulullah saw dan
sahabat baginda, kain penutup jenazah Rasulullah, tongkat Rasulullah, baju
perang tentera islam, kereta kuda kerajaan solo, kunci kaabah, harta rampasan
perang dan banyak lagi.
Di bawah ini, nia kongsikan beberapa gambar yang sempat nia tangkap
semasa di dalam pameran tersebut.
|
Kain kiswah Kaabah |
|
Kunci Maqam Nabi Ibrahim |
|
Artifak Barang Hasan & Husin |
|
Kain Kiswah Kaabah |
|
Kunci Maqam Ashabul Kahfi |
|
Harta Rampasan Perang + Abah (HEHE) |
|
Batu Dinding Kaabah |
|
Pedang Amr bin Al - Ass |
|
Batu Masjid Quba |
|
Al - Quran Bertatah Emas |
|
Tongkat Rasulullah |
|
Pedang Muadz bin Jabal |
|
Capal Rasulullah |
|
Serban Rasulullah |
|
Darah Bekam Rasulullah |
|
Kunci Maqam Saidatina Khadijah |
|
Pedang Khalid Al - Walid |
|
Pedang Khalid Al - Walid |
|
Kunci Maqam Rasulullah |
|
Kain Penutup Jenazah Rasulullah |
|
Pelan Maqam Rasulullah |
|
Replika Mini Maqam Rasulullah |
|
Tudung Pengantin Saidatina Fatimah |
|
Tapak Kaki Rasulullah |
|
Tapak Kaki Rasulullah |
|
Busur dan Anak Panah Rasulullah |
|
Busur dan Anak Panah Rasulullah |
|
Kereta Kuda Kerajaan Solo + Abah (HEHE) |
|
Kereta Kuda Kerajaan Solo + Abah (HEHE) |
|
Beras yang terukir surah al - ikhlas |
|
Baju Perang Tentera Islam |
Maafkan nia ye kalau gambar yang ada ni tidak berapa jelas dan
berkualiti sebab pengunjung terlalu ramai dan keadaan sangat sesak. Petugas dia
tak bagi berhenti lama – lama kat satu – satu tempat untuk mengelakkan keadaan
bertambah sesak. Jadi, kebanyakkan gambar nia ambil secara lalu dan secara
menyelit di celah – celah manusia.
Kalau kau orang nak pergi ke pameran ni, bolehlah pergi. Pihak
penganjur sudahpun melanjutkan tarikh pameran ini diadakan daripada 9 Ogos 2017
kepada 23 Ogos 2017 disebabkan sambutan yang dia orang dapat adalah sangat
menggalakkan.
allah bestnyer..
ReplyDeleteallahummasolliala muhammad ...
sangat best! walaupun bersesak dengan orang ramai tetapi rasa puas sebab dapat tengok barang - barang tu :)
Delete