Assalamualaikum semua :)
Beberapa hari yang lalu, kita semua telah digemparkan dengan satu
berita yang sangat menyayat hati tentang kebakaran yang berlaku di Tahfiz
Ittifaqiyah. Kejadian tersebut berlaku pada waktu subuh di asrama lelaki milik
Tahfiz Ittifaqiyah.
Sewaktu nia dalam perjalanan ke tadika, nia ada ternampak asap
hitam yang tebal berkepul – kepul di udara. Nia sangkakan ada kebakaran di
kawasan perumahan tadika tu tapi takde pulak nampak orang ramai berkumpul
ataupun siren kereta bomba. Ingatkan orang bakar sampah ke apa. Sebab kawasan
situ memang selalu juga orang bakar sampah secara terbuka walaupun larangan sudah
dikeluarkan oleh pihak berwajib.
Pada pukul sepuluh pagi macam tu, tiba – tiba banyak orang bercakap
dan bercerita tentang kejadian yang telah menimpa pelajar – pelajar serta
warden Tahfiz Ittifaqiyah di Facebook dan Instagram. Jadi nia pun bacalah berita
tu dan daripada situ baru nia dapat tahu tentang kebakaran yang telah meragut
nyawa 24 orang pelajar dan warden asrama.
Innalillahi wainna ilaihiraji’un.
Takziah diucapkan kepada seluruh kaum keluarga mangsa dan juga
pihak Tahfiz Ittifaqiyah yang terlibat dalam kejadian ini. Diminta agar kaum
keluarga mangsa nahas kebakaran dapat tabahkan jiwa untuk menghadapi dugaan
hebat ini. Jangan bersendirian dan terlalu memikirkan tentang mereka yang telah
pergi. Nanti diri sendiri jugak yang akan merana.
Untuk masyarakat yang terlalu prihatin, sudah – sudahlah tu
kongsikan video kebakaran yang terjadi di Tahfiz Ittifaqiyah tersebut. Sudah –
sudahlah disebarkan gambar para pelajar dan guru yang rentung itu.
Takde rasa bersalah ke dengan kaum keluarga yang tengah bersedih?
Tak terfikir ke ada ibu yang pengsan beberapa kali bila tengok
video tu?
Takde terbayang ke kehancuran hati ayah bila dengar laungan anaknya
meminta tolong?
Tak pernah terlintas ke keluluhan jiwa adik – beradik lain bila
melihat gambar abang atau adiknya yang rentung dalam kebakaran itu?
Tolonglah. Jangan dikongsikan lagi benda – benda itu semua. Jagalah
hati dan perasaan kaum keluarga mangsa yang terlibat. Berbelas kasihan dengan
kesedihan yang sedang ditanggung mereka semua.
Untuk masyarakat yang terlebih bijaksana, jagalah bahasa apabila
berbicara. Jangan semudah itu meluahkan apa yang hati rasa dan akal fikirkan.
Jangan pula suka – suka menudingkan jari kepada pihak lain. Walaupun apa yang
dilontarkan itu memang betul tetapi kalau caranya salah, pasti banyak jiwa yang
tercalar.
Kita tak tahu apa masalah yang timbul dalam institusi pendidikan
tersebut, jadi jangan pandai – pandai nak memberikan cadangan. Punca kebakaran
itu berlaku pun kita tak pasti, jadi jangan pandai – pandai nak menyalahkan orang
lain. Seeloknya, kita hanya berdiam diri daripada menulis sesuatu yang akan
melukakan hati banyak pihak. Diam itukan jauh lebih baik daripada berbicara
yang tidak enak?
Sehingga ke hari ini, pelbagai media sosial, media cetak dan media
massa sentiasa melaporkan kepada rakyat Malaysia tentang kejadian kebakaran di
Tahfiz Ittifaqiyah yang telah meragut nyawa 22 orang pelajar beserta 2 orang
warden asrama lelaki terbabit.
Al – fatihah untuk mangsa kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah.
Sumber gambar: google.com
Alfatihah..dh 2 mlm x bleh tido lena ..gara2 tertengok video tu....
ReplyDeleteitulah, kadang - kadang dia orang ni main share je. tak fikir pasal orang lain.
Delete