Friday, September 15

RESEPI: Nasi Goreng Kimchi

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia ada kongsikan resepi sandwich kimchi yang sangat mudah untuk disediakan dan cukup ringkas. Resepi yang paling sesuai untuk orang bujang yang sentiasa rasa liat nak masuk dapur dan memasak. Kalau ada yang terlepas entry tu, sila klik yang telah nia sediakan di bawah ini.


Kali ni, nia akan kongsikan resepi nasi goreng kimchi pulak. Maap ler, memandang nia ni merupakan hantu kimchi jadi nia akan kongsikan resepi – resepi yang berkaitan dengan kimchi dulu. Lagipun resepi ni dah lama duduk dalam draft tapi tak pernah publish pun sebab entry tak siap. HAHA



Bahan – bahan:
1 mangkuk kecil nasi
3 sudu besar kimchi Sweet & Spicy (dicincang halus)

Cara memasak:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan kimchi yang sudah dicincang halus.
Apabila sudah naik bau, masukkan nasi dan gaul rata.
Boleh dihidang bersama ulam – ulaman seperti timun, kacang botol, pegaga dan sebagainya.

Haa, mudah je kan resepi ni? Ada yang tanya, kenapa takde pakai bawang putih, bawang merah mahupun ikan bilis ataupun udang kering sebagai perasa? Jawapannya, kimchi tu sendiri dah ada macam – macam perasa. Kalau goreng nasi begitu pun masih terasa sedap. Tapi terpulang kepada kau orang semua. Lain orang, lain cara masakannya.


Mana nak beli kimchi? Boleh terjah Instagram KimchibyKakLo

4 comments:

  1. saya pun suka kimchibykaklo..dah lama tak beli..terasa2 kat tekak ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan kimchi kaklo? pedas dan yang penting rasa tak sama macam kat restoran korea :)

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.