Monday, October 9

DIARI GURU: Ragam Pelajar

Assalamualaikum semua :)

Siapa pernah mengalami situasi – situasi yang sama ataupun lebih kurang sama dengan situasi dekat bawah ni?

Situasi 1 – Tulis hari & tarikh
Teacher: Okey, tuliskan hari dan tarikh kat atas perkataan aktiviti 6.
Murid: Atas perkataan aktiviti ke atas nombor 6, teacher?
Teacher: Dua – dua.
Murid: Tak muatlah, teacher. Apa nak buat ni?
Teacher: Takpe, tulis je.
Murid: Tak cantiklah, teacher. Macam mana ni?
Teacher: *hela nafas panjang*

Teacher + Annisa Qanitah

Situasi 2 – warming up
Teacher: Jom kita panaskan badan dulu. Ikut apa teacher buat ye.
Murid: Hari tu takde buat panaskan badan pun. Kenapa hari ni nak buat pulak, teacher?
Teacher: Supaya kamu semua tak cedera.
Murid: Saya main kat taman hari tu takde panaskan badan tapi tak cedera pun.
Teacher: *buat – buat tak dengar* Tolak kepala ke atas dan kira! 1, 2, 3…

Situasi 3 – ayam lidi
Teacher: Hari ni kita akan buat ayam, yay! *tepuk tangan beria*
Murid: *ikut tepuk tangan sama*
Teacher: mula – mula warnakan tapak tangan, kemudian cop kat kertas. Ambil pen marker dan lukiskan mata. Siap dah ayam kita!
Murid: Ni ayam lidi ke teacher?
Teacher: Mana ada ayam lidi. Ayam telur dengan ayam daging je yang wujud. *nada menyakitkan hati*

Teacher + Annisa + Mawaddah

Situasi 4 – dah kenapa teacher?
Murid: Teacher, dia tak nak main dengan saya.
Teacher: Pergilah main dengan orang lain.
Murid: Tapi saya nak main dengan dia je.
Teacher: Bunga bukan sekuntum. Banyak lagi bunga yang lain, kenapa awak tetap mahukan bunga yang belum mekar dan belum tentu harum?
Murid: *buat muka teacher – dah – kenapa?*

The struggle is very real, I can assure you. HAHA Tapi itulah warna – warni yang sentiasa menceriakan kerjaya seorang guru.

4 comments:

  1. Hahahaha...macam-macam ragam kan budak2 ni? Memang salute la semua cikgu-cikgu especially cikgu tadika. Nak layan soalan2 budak bijak dan baik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, macam - macam karenah dia orang buat kat tadika. Kadang - kadang nia sendiri pun tergamam dengar soalan dia orang. Diluar jangkauan pemikiran nia :D

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.