Assalamualaikum semua :)
Siapa dikalangan pembaca – pembaca blog nia ni ada masalah bulu
lebat dekat badan ataupun tengah mencari penyelesaian untuk menggantikan kaedah
mencukur bulu? Haa kalau ada diantara kau orang yang mengalami dilema – dilema
yang baru nia sebutkan tadi, sila baca entry ni sampai ke penghujung sebab
nia akan bagitahu penyelesaian untuk menggantikan kaedah mencukur bulu.
Syhhhh!
Yang tak berkenaan, jangan baca ye.
Okey, sambung balik!
Seperti yang sudah diwar – warkan kepada orang ramai, kaedah
mencukur bulu merupakan satu kaedah yang tidak betul sekiranya kau orang
mahukan bulu yang tidak lebat dan lambat tumbuh semula. Sebabnya dengan
bercukur, bulu akan jadi semakin lebat dan kadar pertumbuhan semula pun cepat.
Dahlah bulu jadi lebat, kulit kau orang pulak akan jadi semakin nipis.
Oh tidaaaak!
Jadi, apa penyelesaiannya nia?
Pernah dengar produk Honey Wax tak? Honey Wax merupakan produk
penanggal bulu yang mana bahan utama produk ini adalah madu. Kau orang boleh
gunakan Honey Wax ini untuk menanggalkan bulu di mana – mana bahagian badan kau
orang. Dekat dagu boleh, dekat ketiak boleh, dekat muka boleh, dekat alat sulit
pun boleh!
Yang tak bolehnya dekat kening dengan bulu hidung. Kang kau orang
jadi manusia pertama tanda bulu kening dalam sejarah dunia, jangan salahkan nia
pulak yee. Nia dah bagitahu awal – awal dah ni.
Jangan risau, nia sendiri pun dah gunakan Honey Wax ni selama tiga
bulan dan dah terbukti kaedah menanggalkan bulu dengan menggunakan Honey Way ni
memang lebih senang, lebih selamat dan penumbuhan semula bulu pun jauh lebih
lambat berbanding kaedah bercukur. Dan jangan risau juga, produk ini boleh
digunakan oleh kedua – dua kaum lelaki dan juga kaum wanita.
Nia suka sangat dengan bau Honey Wax sebab ada bau strawberi dan
manis – manis sebab ada sesetengah produk penanggal bulu tu bau dia lain macam
sikit. Pelik ada, pahit ada, macam – macam adalah.
Cara untuk menggunakan produk ni pun senang je. Ambil satu sudu
Honey Wax, kalau Honey Wax tu keras sangat kau orang rendamkan bekas dalam air
panas selama lima minit. Kemudian letakkan kat tempat yang kau orang tanggalkan
bulu tu. Lepas tu, tekap dengan kain yang disertakan bersama dengan produk.
Tunggu dalam satu minit sebelum tarik kain tersebut dalam arah yang berlawanan
dengan bulu cepat – cepat.
Ahhhh, tak sakit ke nia?
Sakit macam kena gigit semut je. Takdelah sakit yang ekstrem sampai
kena berguling – guling, menangis bersungai - sungai ataupun menjerit – jerit
macam orang gila. Lepas tu kalau kau orang tak pernah cukur ataupun cabut bulu
kau orang, nanti darah akan keluar kat tempat yang baru dicabut bulu tu. Sikit
je darah yang keluar tu, sebesar mata jarum je. Nia masa pertama kali gunakan
Honey Wax ni pun berdarah juga tapi lepas tu dah takde dah.
Kalau kau orang berminat nak beli produk ni, boleh whatsapp dekat
nombor ni -> 013 - 517 0354
Selamat mencuba dan semoga berjaya. HAHA.
UPDATE: Baru – baru ni agen yang nia beli Honey Wax ni ada whatsapp minta feedback tentang produk ni, dan nia cakaplah nia suka dengan bau Honey Wax ni sebab bau dia manis – manis. Dan dia bagitahu Honey Wax ni memang boleh dimakan sebagai pengganti jem biasa yang kau orang beli kat kedai – kedai runcit tu! O – M – G!
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)