Assalamualaikum semua :)
Hari ni nia nak meluahkan rasa hati yang sedari tadi tengah membara
– bara. Alkisahnya, petang tadi lepas makan malam abah bagitahu kat nia yang pagi
tadi tunang along telefon abah. Dia tanya abah tengah buat apa, abah sihat ke
tidak. Abah pun balas cakap abah tengah kerja dan abah sihat. Tiba – tiba dia
cakap, ‘yang tak sihat sekarang ni F.’
Abah nia terkejutlah bila dia cakap macam tu. Along sakit apa
sampaikan tunang dia pulak yang kena telefon abah bagitahu pasal dia. Sakit
teruk sangat ke? Ataupun penyakit asthma dia datang balik ke? Lepas tu
tunang along sambung cakap along nia telefon dia sambil nangis – nangis sebab
orang tua – tua tanya perihal persiapan kahwin mereka berdua.
![]() |
Respect is to be earn, not demanded |
Nia terus jadi tercengang. Takkanlah disebabkan abah dengan nenek
tanya persiapan kahwin pun boleh jadi menangis dan mengadu kat tunang dia kot?
Lagipun semalam masa abah tanya along secara berdepan, along elok je jawab soalan
– soalan abah. Takde pun meleleh air mata bagai. Ni apa cerita tiba – tiba
mengadu kat tunang sambil menangis ni?
Itu satu hal. Hal yang buat nia jadi geram sangat – sangat apabila
dia cakap macam ni kata abah.
‘Saya bukannya tak boleh nak sediakan semua persiapan yang abah
dengan nenek nak tu. Cuma saya tak fahamlah, apa yang dimaksudkan dengan
persiapan kahwin tu? Duit ke? Abah jangan risau saya boleh siapkan duit tu.
Pasal kenduri pun jangan risau. Nanti saya akan tumbangkan dua ekor lembu masa
hari majlis tu.’
Abah jadi terkedu gila bila dengar dia cakap macam tu. Cara dia
cakap tu seolah – olah abah ni memaksa dia untuk menyediakan segala – galanya.
Padahal abah cuma bertanya, setakat nak tahu persediaan mereka berdua. Kot –
kot ada yang abah boleh tolong ke apa. Tapi dia boleh cakap macam tu pulak.
Lepas tu pasal lembu dua ekor tu. Abah tanya je samada dia dah
jumpa katering yang dia nak ke belum. Kalau dia tengah mencari katering lagi,
abah boleh bagi beberapa cadangan katering yang kawan – kawan abah pernah
tempah dulu untuk majlis kahwin anak dia orang. Abah cuma nak bagi cadangan,
samada nak ataupun tidak itu terpulanglah pada dia.
Tapi dia salah faham, ingatkan abah nak suruh ambil katering yang
mahal. Dahlah tu, siap cakap besar lagi tu. Nak tumbangkan lembu sampai dua
ekor. Dia bukannya nak fikir tentang siapa yang nak kemaskan lembu dua ekor tu
nanti. Main cakap besar je. Nia pantang betul dengan orang macam ni. Tak reti
langsung nak hormatkan orang tua. Ingat abah tu kawan – kawan dia ke?
HUHHH!
![]() |
Bawak abah tengok wayang untuk tenangkan hati |
Lepas tu bila bagitahu kat along, dia cakap dia nangis bukannya
sebab abah dengan nenek tanya persiapan kahwin. Tapi sebab tunang dia yang
langsung tak ambil kisah pasal majlis kahwin dia orang walaupun tarikh nikah
dengan kenduri dah semakin dekat.
Nasihat nia kepada gadis kat luar sana, kenal betul – betul dulu
dengan lelaki yang kau orang nak jadikan suami tu. Ambil masa dalam dua tiga
tahun. Selidik segala perangai buruk perangai nakal perangai baik dia. Kalau
kau orang boleh tahan dengan karenah masing – masing, baru fikir soal kahwin.
Kalau tak, jangan. Nanti buat naya diri sendiri je.
pertemuan, jodoh, maut di angan Allah... tak pa sis... suruh along buat solat sunat istikhorat dan tahajut tiap malam.... akan dpt jawapan terbaik dari Allah...
ReplyDeleteterima kasih, nia dah selesaikan masalah ni dengan along secara baik. harap - harap perkara ni tidak berulang lagi.
Delete:)