Assalamualaikum semua :)
Dari sehari ke sehari ayik bertangguh je nak buat review
drama korea yang bertajuk ‘Age of Youth Season 1’ ni. Drama ni dah lama
dah nia habis tengok tapi belum ada kesempatan nak buat review. Hari ni
baru ada masa nak menaip tentang drama ni.
*******
Drama ni mengisahkan lima orang gadis yang duduk serumah di
bangunan asrama yang bernama Belle Epoque. Antara empat orang gadis yang
tinggal di sana ialah Yoo Eun Jae, Kang Yi Na, Yoon Jin Myung, Song Ji Won dan
juga Jung Ye Eun.
Yoo Eun Jae merupakan yang paling muda dikalangan mereka berlima.
Eun Jae adalah seorang gadis yang sangat takut untuk berjumpa dan bergaul
dengan orang baru, berpindah ke tempat baru dan segalanya yang baru merupakan
satu pengalaman yang mengerikan bagi dia. Eun Jae juga seorang yang penakut dan
tidak berani untuk meluahkan rasa hati secara terang – terangan.
Kang Yi Na mempunyai muka yang lawa serta badan yang cantik.
Perangainya yang suka cakap lepas dan berani menunjukkan perasaannya yang
sebenar membuatkan teman serumahnya memandang tinggi terhadap Kang Yi Na. Dia
juga merupakan gadis yang popular dikalangan lelaki dan sering bertukar teman
lelaki. Disebabkan ini, teman serumahnya beranggapan Kang Yi Na bekerja sebagai
seorang pelacur untuk menyara kehidupannya.
Yoon Jin Myung merupakan yang paling tua di kalangan mereka semua.
Dia mempunyai pelbagai kerja separuh masa untuk menanggung kos sara hidup dan
yuran pendidikannya. Jin Myung tidak banyak bercakap dan tidak suka masuk
campur hal orang lain melainkan perlu. Disebabkan dia mempunyai kerja separuh
masa yang banyak, jadi Yoon Jin Myung sering mempunyai masalah tidak cukup
tidur.
Song Ji Won adalah seorang yang ceria, periang dan suka menyakat
orang – orang di sekelilingnya. Dia merupakan seorang gadis yang suka minum
arak dan berparti ada mempunyai masa lapang. Ji Won turut mempunyai keinginan
untuk bercinta tetapi dia belum pernah ada teman lelaki. Song Ji Won juga
mempunyai satu tabiat buruk iaitu suka mereka – reka cerita dan menipu.
Jung Ye Eun pula sangat setia dengan teman lelakinya walaupun teman
lelakinya seringkali menyakiti hati Ye Eun dan kadang – kala langsung tidak
mempedulikannya. Namun, tak pernah sekalipun Ye Eun meluahkan rasa kecewa
ataupun marah dengan teman lelakinya kerana dia takut akan ditinggalkan oleh
teman lelakinya itu. Kelebihan Jung Ye Eun ialah dia akan berterus – terang
tentang apa yang disukai dan dibencinya.
*******
Apa yang nia suka tentang drama ni adalah dilema yang diharungi
oleh para remaja yang dipertontonkan kepada penonton. Setiap remaja pasti
mempunyai masalah dengan teman rumah yang baru, salah faham dengan keluarga,
kawan – kawan kolej yang baru dan juga hubungan cinta yang seringkali
membuatkan mereka makan hati.
Setiap masalah yang dialami oleh lima gadis tersebut membuatkan
mereka jadi semakin matang dan menjadikan hubungan antara mereka berlima
semakin erat dan baik walaupun pada awal – awalnya mereka mempunyai salah faham
antara satu sama lain.
Jumlah Episod: 12
Rating: 4 / 5
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)