Thursday, November 2

Q&A: Segalanya Tentang Peroid

Assalamualaikum semua :)

Sebenarnya nia berfikir lima enam kali jugak sebelum nia membuat keputusan untuk menulis pasal benda ni kat sini sebab perkongsian kali ni boleh dikategorikan sebagai satu perkongsian yang sangat sensitif buat kaum hawa.

Tapi nia bulatkan jugak tekad untuk kongsikan pasal benda ni dalam blog nia sebab tak nak gadis – gadis di luar sana jadi macam nia. Bila pertama kali merasai pengalaman datang period, terus bingung dan tak tahu langsung apa yang patut dilakukan dan apa yang tak boleh dibuat.


So here is it.

A Q&A post regarding what you should know, expect and do while dealing with your monthly period or maybe your first time having period. Of course, based on my own experience.

Chop!


Lelaki pun boleh baca entry ni sebenarnya. Bukan khusus untuk perempuan sahaja. Sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan kau orang yang sedia ada. Akan datang, mesti kau orang pun akan ada isteri dan anak perempuan jugak kan? Takkanlah nak bagi jawapan ‘abah tak tahulah pasal benda – benda ni, pergi tanya ibu’ bila anak perempuan tanya pasal period kan?

Macam abah nia, contohnya. Kiraan waktu subur dan kiraan kitaran menstrual tu pun abah tahu macam mana nak kira. Nia yang perempuan ni pun tak tahu macam mana nak kira tau. Abah selalu kata, ‘tahu tapi tak buat adalah lebih baik daripada tak tahu dan tak buat’. Tak payah nak rasa malu dan segan, ini ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk semua. Tak rugi pun kalau kau orang ambil tahu.


So yes, guys are welcome to read this entry too.

Q: Darah tu akan keluar dari mana?
A: Dari faraj kau orang. Bukan melalui dubur.

Q: Darah tu akan keluar banyak secara tiba – tiba ke?
A: Tak. Selalunya darah akan keluar sikit – sikit dan boleh rasa ada benda melekit dan basah dekat seluar ataupun faraj. Antara kau orang perasan ataupun tidak je persoalannya.

Q: Kalau period, selalunya akan sakit kat mana?
A: Selalunya akan rasa sakit kat bahagian bawah perut, pinggang dan juga faraj rasa nyilu. Tapi itu semua bergantung kepada orang jugak.

Q: Semua orang akan rasa senggugut ke?
A: Tak. Hanya mereka yang mempunyai banyak asid je akan mengalami senggugut. Lagi banyak asid, lagi sakitlah senggugut tu.

Q: Pad perlu cuci bersih ke sebelum buang?
A: Kalau kau orang tanam pad tu tak payah cuci pun takpe, tanam terus macam tu je. Kalau kau orang buang dalam tong sampah, kenalah cuci sampai darah tu takde. Kalau tak nanti orang yang membersihkan sampah tu pulak kena bersihkan darah kotor kau orang.

Q: Nak beli pad jenis apa? Wing ke non wing?
A: Kalau kau orang jenis yang keluar darah kotor banyak tiap – tiap bulan, beli yang jenis bersayap supaya darah tak terkeluar daripada pad dan terkena seluar dalam sampai tembus ke pakaian kau orang. Kalau darah keluar tak banyak, pakai jenis tak bersayap dah cukup dah.

Q: Panjang pad pulak nak panjang mana?
A: Panjang pad ni tergantung kepada berapa besar badan kau orang. Kalau kau orang pakai baju saiz XS ataupun S, belilah yang pendek je. Kalau saiz baju M dan L, pakai yang sederhana panjang. XL dan XXL pakai yang panjang. XXXL dan ke atas, pakailah yang extra panjang ataupun night safe tu. But then again, it’s all up to you. Pakailah yang mana selesa dengan kau orang.

Q: Air kencing bercampur dengan darah. Itu normal ke?
A: Kalau kau orang tengah period, ya itu memang normal sebab darah period keluar melalui faraj dan bukannya dubur.

Q: Nak kena tukar pad ke dalam masa sehari tu?
A: Ya, wajib tukar untuk mengelakkan daripada terkena penyakit. Setiap empat ataupun enam jam sekali, kau orang perlu tukar pad kepada yang baru. Jangan pakai pad yang sama sampai ke malam ataupun esok harinya.

Q: Apa simptom – simptom ketika period?
A: Pening kepala, rasa loya, selera makan meningkat, muscle cramp, kaki kebas, susah nak buang air besar dan sebagainya. Inipun bergantung kepada orang jugak. Tak semua orang mengalami simptom yang sama.

Q: Period datang awal bulan ni, kenapa?
A: Kitaran haid adalah 28 hari. Jadi ada masa, period akan datang pada awal bulan. Ada kalanya di akhir bulan dan di lain waktunya satu bulan tu sampai dua kali datang haid. Tapi jangan takut sebab itu semuanya normal kalau berdasarkan kiraan kitaran haid.

Sampai setakat ini sahaja Q&A entry berkaitan dengan period ni. Sekiranya kau orang ada apa – apa soalan yang kau orang nak tanyakan pada nia, jangan malu jangan segan kau orang tanya je kat ruangan komen. Insya Allah, ada kelapangan nanti nia akan jawab soalan kau orang semua.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua.


Sumber gambar: google.com

2 comments:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.