Assalamualaikum
semua :)
Lama
sangat masa yang nia ambil untuk betul – betul tenangkan diri dan jiwa sebelum
menulis Travelog Ibuku Sayang ini.
Tujuan
nia menulis travelog ini untuk berkongsi pengalaman nia bersama dengan arwah
ibu semasa sakit sehinggalah nafasnya terakhir. Dan nia juga berharap agar
travelog ini boleh menjadi satu bahan rujukan serta motivasi kepada mereka
diluar sana yang turut sama melalui pengalaman seperti nia.
Travelog
Ibuku Sayang ini nia akan pecahkan kepada beberapa bahagian sebab tak nak satu
– satu entry tu menjadi terlalu panjang. Nanti bosan pulak kau orang nak
baca.
Lagi
satu, bagi memudahkan kau orang semua mencari travelog ni, nia akan letakkan
semua entry berkaitan dengan Travelog Ibuku Sayang pada bahagian review.
Kau orang cuma perlu tekan butang hijau bertulis review dekat sidebar
sebelah kanan blog ni.
Jadi
untuk bahagian pertama ni, marilah berkenalan dengan ahli keluarga nia terlebih
dahulu :)
Ahli
keluarga nia terdiri daripada lima orang kesemuanya termasuk diri nia sendiri.
Abah, ibu, along, nia dan juga adik.
Abah.
Nama
abah ialah Abd Malek. Abah dilahirkan dan juga dibesarkan di Melaka. Selepas
menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah, abah berhijrah ke Kuala
Lumpur untuk mencari pekerjaan.
Ibu.
Nama
ibu ialah Saniah. Seperti abah, ibu lahir dan dibesarkan di Melaka. Ibu
berhijrah ke Kuala Lumpur selepas berkahwin dengan abah. Sebelum ibu ke Kuala
Lumpur, ibu mencari rezeki di sebuah kilang. Ketika di Kuala Lumpur, ibu
bekerja dari rumah sebagai tukang jahit.
Along.
Nama
along ialah Farah Afiqah. Along dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mendapat
pendidikan terakhir di UiTM Seri Iskandar, Perak. Sudahpun mendirikan rumah
tangga dan mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Maryam.
Nia.
Nama
nia ialah Nurul Hawadah. Nia dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Bekerja
sebagai guru tadika dan masih lagi bujang. Mendapat pendidikan terakhir di KPTM
KL.
Adik.
Nama
adik ialah Ahmad Ashraaf. Adik dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mendapat
pendidikan terakhir di UiTM Jengka, Pahang. Bekerja sebagai jurugambar bebas
dan masih lagi bujang.
Inilah
keluarga nia.
Keluarga
nia sama sahaja dengan keluarga orang lain.
Ada
hari, kami bergelak ketawa.
Ada
hari, kami bertengkar.
Ada
hari, kami berpelukan mesra.
Ada
hari, kami bercakaran sesama sendiri.
Terlepas bahagian yang lepas? ADA DEKAT SINI
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)