Friday, November 27

PARENTING: Anak Soleh vs Anak Bijak

Assalamualaikum semua :)

Hari tu nia ada dengar ceramah ulangan secara atas talian tapi nia tak ingat nama penceramah tersebut. Tajuk ceramah ulangan yang disampaikan oleh penceramah tu sangat menarik perhatian nia iaitu Anak Soleh vs Anak Bijak.

Kebanyakan ibubapa zaman sekarang ni lebih cenderung untuk memiliki zuriat yang bijak – bijak berbanding zuriat yang soleh. Dalam doa masing – masing pun dah boleh nampak benda ni. Antara contoh doanya,

“Mama harap kamu membesar jadi seorang doktor yang berjaya dan sentiasa membantu orang lain.”

“Ibu doakan awak berjaya mencapai cita – cita dan jangan lupakan ibu bila dah berjaya nanti tau.”

Familiar with this kind of duas, parents?

Change it.

Kata penceramah tu, sepatutnya kita perlu sentiasa mendoakan anak – anak agar menjadi seorang anak yang soleh berbanding anak yang bijak.

Kenapa?

Kenapa kita perlu doakan anak untuk menjadi soleh?

Ini analogi yang diberikan oleh penceramah tersebut.

Kisah Nabi Ibrahim Menyembelih Nabi Ismail – Versi Anak Bijak

Nabi Ibrahim: Ismail, Allah SWT telah menurunkan perintah supaya ayah sembelih engkau.
Nabi Ismail: Kenapa pulak saya, ayah?
Nabi Ibrahim: Untuk membuktikan keimanan ayah terhadap Allah SWT melebihi rasa kasih terhadap engkau.
Nabi Ismail: Kalau nak buktikan keimanan ayah, kenapa tak sembelih ayah sahaja?
Nabi Ibrahim: Ini perintah Allah.
Nabi Ismail: Saya muda lagi. Ayah dah tua. Ayahlah patutnya kena sembelih

And the conversation goes on and on.

Kisah Nabi Ibrahim Menyembelih Nabi Ismail – Versi Anak Soleh

Nabi Ibrahim: Ismail, Allah SWT telah menurunkan perintah supaya ayah sembelih engkau.
Nabi Ismail: Baiklah, ayah.
Nabi Ibrahim: Ayah buat ini untuk membuktikan keimanan ayah terhadap Allah SWT melebihi rasa kasih terhadap engkau.
Nabi Ismail: Laksanakanlah perintah Allah itu, Ayah.

Boleh nampak perbezaan anak bijak dan anak soleh?

Anak bijak ni akan selalu memikirkan cara untuk mengeluarkan dirinya daripada tersepit. Tak kiralah benda tu baik ataupun buruk. Sekiranya benda tu tak memberikan manfaat kepada dirinya, dia akan mencari jalan untuk keluar daripada belenggu tersebut.

Anak soleh pulak lain. Dia tidak mementingkan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan hal orang lain juga. Bila disuruh membuat sesuatu, dia akan menurut selagi mana suruhan itu tidak bercanggah dengan ajaran agama.

Jadi untuk ibubapa diluar sana, ubah kebiasaan doa ye. Minta kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bukannya anak yang bijak.



P/S: nia akan usahakan cari ceramah tu, kalau jumpa nia akan letakkan video ceramah kat sini :)

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.