Assalamualaikum
semua :)
Ada
ke diantara pembaca blog nia ni yang selalu ajak anak – anak untuk sama – sama
membuat kerja rumah?
Lipat
baju.
Angkat
pakaian.
Sapu
rumah.
Mop
lantai.
Kemas
meja makan.
Cuci
tingkap.
Basuh
pinggan.
Sidai
pakaian.
Sarung
cadar.
Cuci
kereta.
Ada
tak suara – suara sumbang yang berbunyi mengatakan kau orang semua ni mendera
anak – anak terutamanya anak yang masih kecil sebab suruh dia orang buat macam –
macam kerja rumah?
Sebenarnya,
suruh anak – anak buat kerja rumah ni mendera ke mengajar?
Pandangan
nia, menyuruh anak – anak buat kerja rumah adalah salah satu proses mengajar.
Ajarlah
anak – anak kau orang untuk buat kerja rumah sejak dia orang kecil lagi supaya
dia orang tahu dan terbiasa dengan amalan tersebut. Jadi bila dia orang berada
dimana – mana sekalipun, insyaAllah, dia orang boleh jaga diri sendiri.
Takdelah nak mengharapkan ibubapa juga untuk mengemaskan rumah sendiri.
Malahan
di tadika nia sendiri, kita orang ada ajar pelajar untuk buat kerja – kerja
rumah yang asas.
Bersihkan
tempat makan sekiranya ada makanan yang bersepah.
Lap
dengan kain jika ada makanan atau minuman yang tumpah.
Pinggan,
mangkuk, cawan dan sudu yang sudah digunakan mesti letak dalam sinki.
Sapu
kelas selepas sesi pembelajaran.
Bersihkan
tandas selepas digunakan.
Lipat
baju kotor dan tuala.
Susun
bantal.
Lipat
tikar dan sejadah.
Kalau
diberitahu pada ibubapa tentang perkara ini, reaksi yang diterima adalah
pelbagai. Ada ibubapa yang sokong tetapi ada juga yang membantah.
Ibubapa
menyokong sebab katanya di rumah pun anak – anak amalkan perkara yang sama.
Tambah mereka lagi, apa yang diajarkan itu juga satu benda yang baik untuk anak
– anak sebab itu mereka menyokong.
Untuk
yang membantah pula, mereka kata anak – anak mereka masih terlalu kecil untuk
buat semua benda tu. Kalau cikgu ada kudrat untuk buat semua tu, kenapa nak
harapkan anak kecil?
Di
tadika, semua pelajar dilayan sama rata.
Kalau
pelajar seawal usia 3 atau 4 tahun boleh buat, takkan yang lain – lain nak
berikan alasan kan?
Jadi
walaupun ibubapa membantah, cikgu – cikgu tetap lakukannya sebab tak nak
menampakkan pada pelajar lain yang kami memilih pelajar.
Lagi
satu, bolehkah kita pastikan kita akan bersama dengan anak – anak sehingga
mereka melangkah dewasa?
Takde
satu jaminan pun untuk perkara tersebut.
Jadi,
ajarlah anak – anak untuk membuat kerja rumah.
Biar
sedikit.
Biar
perlahan.
Janji
mereka belajar.
Satu
hari nanti, mereka juga yang senang.
:)
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)