Assalamualaikum
semua :)
Tulisan
nia untuk kali ni ditujukan khas buat yang terlalu istimewa di hati ibu, Along.
* * * * *
Angah
patut sampaikan perkara ni pada Along lama dahulu supaya Along tahu betapa
kasih sayang arwah ibu tak pernah kering langsung untuk Along. Walaupun Along
berada jauh dari mata ibu tapi hakikatnya Along selalu ada dalam jiwa ibu.
Tapi
Angah sendiri pun perlukan masa untuk bangkit dari jatuh. It takes me a long
time to get up but now I am finally ready to tell you about this.
Along
tahu?
Ibu
sayang sangat dengan Along.
Kalau
rasa sayang tu boleh digambarkan, seluas langit yang membiru di angkasa itulah
perasaan sayang ibu pada Along. Saban hari, nama Along sentiasa meniti di bibir
ibu. Setiap akhir ayat ibu, mesti akan diakhiri dengan angan – angannya untuk
tinggal bersama dengan Along.
Bila
tiba musim cuti persekolahan, ibu akan telefon nenek bagi menyampaikan hasrat
untuk meluangkan masa bersama – sama dengan Along. Sebaik sahaja nenek
memberikan keizinan, senyuman lebar menghiasi bibir ibu.
“Esok
Along nak datang rumah, Angah kena layan Along elok – elok tau. Jangan gaduh –
gaduh.”
Itulah
yang selalu ibu pesankan.
Ketika
dalam perjalanan membawa Along balik ke rumah, ibu mesti akan singgah ke
pasaraya. Ibu akan bawa kita beli barang dapur.
“Pilihlah
apa awak nak,” ujar ibu.
Along
ingat?
Rupanya
dalam Along memilih benda – benda itu semua, mata ibu memandang dan segalanya
dipahat kemas ke dalam ingatan. Bila Along datang sekali lagi ke rumah pada
musim cuti sekolah yang akan datang, ibu dah siap – siap penuhkan peti ais
dengan pelbagai jenis makanan yang Along sukai.
Ais
krim.
Coklat.
Burger.
Segalanya
ada.
Hanya
untuk Along.
Kita
patutnya bercuti sama – sama ke Langkawi tapi disebabkan nenek tak berikan
keizinan, Along tak dapat nak ikut serta.
Hati
ibu remuk saat itu. Percutian itu sudah lama dirancang dan diangan – angankan
tetapi tidak menjadi kenyataan. Sepanjang percutian itu, nama Along selalu
meniti di bibir ibu.
“Kalau
Along ada mesti lagi seronok.”
Me
being jealous, asking her bluntly,
“Kenapa
ibu selalu nak bawa Along jalan – jalan?”
“Supaya
Along nak duduk balik dengan kita.”
Ya,
hanya itulah satu – satunya permintaan ibu sejak Along duduk terpisah dengan
kami.
Ibu
kata ibu menyesal sangat pulangkan Along semula kepada nenek selepas abah
datang ambil Along dulu.
Ibu
rindu nak jumpa Along tapi kena ikutkan kata nenek. Jadi, rindunya terpendam.
Ibu
nak bawa Along berjalan tapi kena turutkan kata nenek. Jadi, hasratnya
terbatal.
Sewaktu
ibu berada di hospital lama, ibu ada bertanyakan Along. Bila Angah kata nak
telefon ibu kata tak perlu, Along tengah belajar. Tak payah ganggu.
Bila
Along datang jaga ibu kat hospital, sukanya ibu masa tu, ya Allah, melimpah air
mata Angah teringatkan detik tu.
Sekarang
segalanya tinggal kenangan.
Selamat
ulang tahun kelahiran, Along.
This
is my gift for you who holds a very special place in ibu’s heart.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)