Assalamualaikum semua :)
Bahagian
kali ni nia akan ceritakan pengalaman nia menjaga ibu di hospital.
Masa
dapat tahu kaki ibu sakit dan memerlukan pantauan daripada doktor, abah minta
nia tolong jagakan ibu sebab abah tak boleh nak ambil cuti selalu. Nanti gaji
kena potong.
Tambahan
pula, abah merupakan ketua keluarga. Semua perbelanjaan datang daripada gaji abah.
Sekiranya gaji abah kena potong, banyak benda yang tertunggak dan tidak dapat
dilunaskan bayarannya nanti.
Jadi
nia pun tulis surat berhenti kerja dan serahkan kepada pengurus tempat kerja. Pengurus
harapkan nia dapat bekerja lebih lama dengan syarikat mereka tetapi dia faham
dengan situasi yang nia tengah alami.
Selama
sebulan nia bekerja sebagai juruwang dekat situ, Alhamdulillah, ada ilmu baru
yang nia pelajari. Pengalaman manis dan pahit yang nia hadapi semasa bekerja di
situ bila diingat – ingat semula mampu membuat nia tersenyum sendiri.
Selepas
nia berhenti kerja, ibu seringkali ulang alik ke hospital untuk mendapatkan
rawatan. Doktor bagitahu, antibody ibu telah bertukar menjadi virus
dan akibatnya dia serang semua sel baik yang berada dalam badan.
Jadinya,
doktor bagi ibu makan ubat steroid untuk melawan penyakit tersebut tetapi kaki
ibu jadi lemah disebabkan ubat tersebut. Setiap kali duduk ataupun mencangkung,
kena ada orang lain yang tolong angkat ibu supaya boleh berdiri semula.
Sekiranya
nak berjalan ke mana – mana, ibu perlu pakai kerusi roda sebab kaki tak kuat
sangat kan. Kadang – kadang tu dalam elok berjalan pun ibu boleh jatuh tiba –
tiba. Tapi itulah, ibu tak nak pakai kerusi roda sebab malu dengan pandangan
orang lain. Ibu kata, mesti dia orang cakap kesiannya muda – muda lagi dah
pakai kerusi roda.
Allahu
Akhbar, sampai macam tu sekali fikiran ibu.
Perasaan
ibu semasa sakit jadi sensitif sangat, kalau kau orang semua nak tahu. Mudah
tersentuh hati walaupun pada pandangan nia benda tu sebenarnya remeh sahaja.
Jadi kalau ahli keluarga kau orang semua ada yang sakit, jagalah perasaan
mereka. Banyakkan bersabar dengan perubahan emosi dia orang.
Walaupun
ibu tak nak pakai kerusi roda apabila berjalan di luar tetapi kita orang tetap
juga bawak kerusi roda. Bila ibu dah tak larat nak berjalan lagi, kita orang
akan suruh ibu duduk di kerusi roda dan kita orang akan tolak. Sebolehnya kita
orang akan pergi ke tempat – tempat yang kurang orang sebab faham dengan
ketidakselesaan ibu.
Bila
ibu dah duduk di wad, macam – macam ujian yang doktor buat. Setiap hari ada
sahaja jururawat yang datang untuk mengambil sampel darah dan najis. Sampai
bengkaklah tangan ibu. Terus nia bersuara, tangan ibu saya ni dah bengkak
berhentilah dulu ambil sampel darah. Sakit tahu tak? Barulah dia berhenti ambil
sampel darah.
Itu
belum lagi cerita layanan yang diberikan oleh petugas kesihatan di hospital
terbabit. Ada diantara mereka melayan pesakit dengan dingin dan kasar. Yelah,
nia faham. Dia orang kena hadap berpuluh malahan beratus pesakit setiap hari. Tapi
janganlah layan orang sakit dengan separuh hati.
Ibu
pun nasib baik ada nia untuk teman. Jadinya ibu banyak bergantung dengan nia
kalau nak buat apa – apa. Bayangkan ibu sendirian. Dahlah kaki tak kuat, kena
pulak hadap semua tu sendirian. Boleh jadi tertekan tau.
Bukan
nak kata semua jururawat tu perangainya serupa, tak.
Hanya
segelintir sahaja.
Tapi
macam orang cakaplah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Hmmm
Anyway
guys, sampai sini sahaja dulu
untuk bahagian kali ini.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)