Assalamualaikum semua :)
Dalam
zaman sosial media sekarang ni, selalu sangat timbul isu menayangkan kemewahan
yang ada dalam platform sosial media masing – masing.
Tunjuk
kereta mewah sederet, tunjuk rumah harga juta – juta, tunjuk kedai bercawangan
selambak, tunjuk jam tangan tiga almari, tunjuk baju lima almari, tunjuk kasut
tujuh tingkat.
Persoalannya,
orang yang tunjuk kemewahan di socmed ini sebenarnya riak ataupun nak memberi
inspirasi?
Hmmmmmm
Niat
orang lain bukanlah hak kita untuk menilai. Jadi kita yang melihat ini kena
jadi bijak. Ambil positif sahaja. Berbaik sangka dengan apa yang mereka
tunjukkan kepada kita.
Sebab
nia tak nafikan. Bila tengok sesetengah influencer ataupun selebriti
tunjuk gambar pencapaian masing – masing, nia tanam hasrat nak jadi berjaya
sepertimana mereka juga.
Anggap
sahaja mereka yang menayangkan gambar kemewahan di socmed itu kerana mahu
memberikan inspirasi ataupun suntikan semangat buat kita semua.
Makanya
kita yang melihat ini kena jadi bijak. Ambil yang baik – baik dan fikir yang
baik sahaja. Sambil itu, doalah yang baik – baik untuk diri sendiri agar dapat
menjadi seperti mereka seterusnya menabur bakti dengan masyarakat satu hari
nanti.
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)