Assalamualaikum semua :)
Siapa
dekat sini suka sangat dengan drama korea bertajuk ‘Go Back Couple’ lakonan
Jang Nara dan juga Son Ho Jun?
Sekiranya
kau orang suka dengan drama tersebut, kebarangkalian untuk kau orang semua
jatuh cinta dengan ini adalah sangat tinggi kerana jalan ceritanya lebih kurang
sama.
* * * * *
Cha
Joo Hyuk sudah mula berharap untuk mengubah kehidupannya kini kerana dia
merasakan isterinya sering sahaja marah – marah tanpa sebab yang kukuh.
Isterinya yang dahulu sangat cantik dan lemah lembut kini sudah bertukar
menjadi raksasa yang menggerunkan dirinya.
Apabila
dia diberikan peluang untuk merealisasikan mimpinya iaitu berkahwin dengan
cinta pertamanya, Cha Joo Hyuk keriangan. Namun keriangan tidak kekal lama
apabila dia pertemukan dengan isterinya semula.
* * * * *
Drama
ni begitu menyentuh perasaan dan mengajar kita untuk selalu mengambil berat dan
prihatin dengan orang yang berada di sekeliling kita. Mereka yang berada dekat
dengan kita selalu sahaja kita abaikan keperluan dan kehendak mereka bukan?
Kesukaannya.
Cita
– citanya.
Impiannya.
Tidak
lagi kita ambil tahu sebab mereka dah jadi sebahagian daripada kita.
We
always take them for granted. So this drama will educate you on that lesson, in
an entertaining way.
Rating:
5 / 5
Jumlah
Episod: 16
Tahun:
2018
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)