Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Friday, September 22

DRAMA: Royal Doctor

Assalamualaikum semua :)

Fuhhh, lama ea nia tak berkongsi review drama dekat sini dengan kau orang semua. Ada yang rindu nak baca review drama daripada nia tak? Ke kau orang tak pernah tahu nia ada review drama sebelum ni? Untuk sesiapa yang tak tahu, kau orang bolehlah klik link yang ada kat bawah ni. Dah baca review, jangan lupa tinggalkan komen tau.

||   REVIEW DRAMA KOREA    ||   REVIEW DRAMA JEPUN   ||  

||   REVIEW DRAMA TAIWAN   ||   REVIEW DRAMA THAILAND   ||

*                                   *                  *                  *                  *                  *                  *

Bua merupakan seorang pelajar medik dari masa depan yang secara tiba – tiba dihantar ke masa silam. Di zaman tersebut, dia mempelajari pelbagai ilmu perubatan tradisional yang sangat berbeza daripada zamannya yang moden.

Di sana, dia dipertemukan dengan Thong On. Seorang pemuda yang nakal dan suka mengusiknya tetapi memiliki pengetahuan meluas tentang perubatan tradisional. Thong On juga sering menghulurkan bantuan kepada Bua secara senyap – senyap.

*                                   *                  *                  *                  *                  *                  *

Sejak kebelakangan ni nia minat tengok drama Thailand, jadi kali ni nia akan kongsikan review drama Thailand pertama dengan kau orang semua.

Nia jadi tertarik nak menonton drama ni sebab dia orang ketengahkan elemen perubatan tradisional Thailand. Yang mana doktor kena masuk ke dalam hutan untuk mencari herba dan kayu – kayan yang boleh dijadikan ubat dan penawar, cara tradisional merawat penyakit seperti menggunakan lintah, jarum, dsb.

Nia bahagikan drama ini kepada dua bahagian iaitu 11 episod pertama dan 11 episod terakhir.

11 episod pertama sarat dengan babak pengetahuan perubatan tradisional Thailand dan diselang selikan dengan babak komedi antara Thong On, kawan – kawannya, Bua dan ahli keluarga Thong On.

11 episod terakhir pula dipenuhi dengan babak romantik antara Thong On bersama Bua dan babak Thong On ke medan perang sebagai petugas kesihatan.

Drama ni fast paced dan tak draggy, siapa yang minat drama genre medikal bolehlah cuba tonton.


Rating: 5 / 5

Jumlah Episod: 22

Sumber Gambar: Google.com

Friday, September 8

KEDAI: Baju Plussize

[ AMARAN: NAK BAGI RACUN, SILA LARI DARI SINI KALAU TAK KUAT IMAN :) ]

Assalamualaikum semua :)

Sebagai salah seorang pemegang title plussizers, nia sering berdepan dengan satu masalah berkaitan fesyen iaitu susah nak mencari pakaian yang bersaiz besar. Kecewa sangat bila masuk kedai pakaian dan semua pakaiannya dijual pada saiz standard sahaja. Kadang tu nia baru pegang baju, terus je jurujual cakap ‘MAAF PUAN, KITA TAKDE JUAL SAIZ BESAR.’

EH SENTAP KITA, TERUS BERLALU KELUAR KEDAI. HAHA.

Kadang tu pulak memang dia orang ada jual saiz besar tapi ukurannya banyak tersasar terutamanya di bahagian dada, lengan dan punggung. Sempiiitttt nak oi, kita yang dah sarung baju dia orang tu risau terkoyak je. Tak pasal kena bayar nanti, dahlah tak muat nak pakai.

Kalaupun dia orang ada jual baju saiz besar dengan ukuran yang selesa, design ataupun pattern baju pulak kita tak berkenan. Kebanyakkan design dan pattern baju saiz besar, semuanya jenis selera orang tua – tua. Sedih aii bila berdepan dengan masalah begini, dah jumpa baju yang ada saiz besar tapi design pulak kelaut. Itulah nasib orang yang berbadan besar ni yee, kesian sayaaaa T.T

Tapi sejak kebelakangan ini, masalah nia itu telah mendapat penyelesaian yang hebat. Sejak pandai membeli belah secara atas talian ni, banyak sangat kedai pakaian khas untuk plussizers telah nia jumpai. Nia akan kongsikan beberapa kedai pakaian tersebut di bawah ini.

1 - Mis Claire – WEBSITE MIS CLAIRE


Kedai ni menawarkan pelbagai jenis pakaian untuk plussizers. Slack, jeans, legging, skirt, sweater, jacket, blouse, dress, jubah, kasut, sandal, panty, sportswear, baju kurung, tshirt, nightwear, pajamas, dsb. Design yang dia orang keluarkan mengikut perkembangan semasa dan juga kehendak pelanggan mereka. Paling penting, ukuran dia orang memang menepati piawaian plussizers. Besar, longgar dan selesa! Harga yang dia orang tawarkan pulak kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung pada jenis baju.

Nia sendiri pun dah ada banyak koleksi dari Mis Claire. Antaranya ialah knitted sweater, jacket, blouse, skirt dan legging. Nia paling suka dengan legging yang dia orang jual, namanya Amber Outstandingly Soft Relaxed Tapered Leggings.

Material kainnya lembut dan sangat memeri. Kalau pergi kerja, nia memang akan pakai leggings sebab nia pergi kerja naik motor. Jadi kalau angkat kain ataupun jubah, takdelah nampak kaki bila pakai leggings. Seronoknya bila pakai leggings ni, tak nampak berbonjol ataupun berlapis – lapis dari luar sebab materialnya lembut dan tak tebal.

Sepanjang nia pakai leggings dia orang, tak pernah lagi tertetas dekat bahagian paha. Maklumlah, paha kita lebar. HAHA Sebelum nia jumpa Mis Claire, nia beli leggings dari Plusclosette. Tapi material kainnya tebal, panas bila dipakai, jadi berbulu bila dah lama pakai dan selalu tertetas di bahagian paha. Nasib baik jumpa Mis Claire, selesai satu masalah nia.

Lepas tu dekat bahagian bawah kaki tu ada cerut. Takdelah seluar tu menggelebeh terkeluar dari kain ataupun jubah. Satu lagi benda yang nia suka pada leggings dia orang ialah poket. Kiri kanan ada poket okey, suka sangat dengan ciri yang ni. Nia sertakan sekali link produk kat bawah ni, kot kau orang teracun dengan cerita nia kan. Harganya murah je RM39 sahaja.

[ AMBEROUTSTANDINGLY SOFT RELAXED TAPERED LEGGINGS ]

Psst, ni rahsia antara nia dengan kau orang je tau.

Nia sarankan kau orang jadi ahli Mis Claire, lagi banyak kau orang belanja dekat sana lagi banyak poin kau orang dapat kumpul. Lepas tu nanti dia orang akan upgrade membership kau orang ke tahap seterusnya dan kau orang layak mendapat 10% - 15% discount untuk setiap pembelian. Seronok ke seronok? Kalau seronok, sila jadi ahli sekarang yee.

Syhhh, jangan bagitahu orang lain pasal rahsia ni tau!

2 - MimilaQueen – SHOPEE MIMILAQUEEN


Di sini ada pelbagai jenis blouse, baju kurung, jubah, suit, seluar, skirt dan midi dress. Design yang dia orang keluarkan pula jenis sweet, sopan, labuh menutup punggung dan tak begitu trendy. Sesuai untuk muslimah. Untuk ukuran yang dia orang keluarkan pulak, tergantung pada jenis baju.

Ada baju yang ukurannya lebih kecil dan ada baju yang ukurannya lebih besar. Tapi kau orang jangan risau tentang perkara ni, setiap kali kau orang nak tengok katalog koleksi yang kau orang berkenan, dia orang akan bagi sekali carta saiz. Jadi kau orang tengok dulu carta saiz sebelum pilih baju.

Kedai ni antara kedai kegemaran nia bila nak cari blouse labuh, baju kurung dan jubah sebab harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Blouse dia orang kebanyakkannya 3 helai RM100 sahaja gaiss, MANA NAK CARI KEDAI JUAL BAJU BERSAIZ BESAR DENGAN HARGA YANG SEBEGITU? Lepas tu dia orang selalu buat harga kombo dan nia jarang sekali melepaskan peluang untuk merebut harga kombo tersebut. HAHA

3 - Najmar – WEBSITE NAJMAR


Najmar ada jual pelbagai blouse, jubah, seluar, skirt dan baju kurung. Tapi untuk baju kurung, biasanya dia orang akan jual semasa raya sahaja. Selepas musim raya, dia orang takkan keluarkan baju kurung dah. Design yang dikeluarkan pula jenis ringkas dan labuh menutupi punggung. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis baju.

Kat sini biasanya nia akan beli blouse plain dan juga baju kurung. Dia orang ada jugak keluarkan blouse printed tapi patternnya belum berjaya membeli jiwa nia lagi.

4 - Dian Signature – WEBSITE DIAN SIGNATURE


Kedai ni dulunya dikenali sebagai Plusclosette tapi sekarang ni dah diberikan nama baru iaitu Dian Signature. Dia orang ada jual pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung, outerwear, baju pengantin, telekung, dress, blouse, seluar, suit, dsb. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis baju.

Sejujurnya dulu nia suka sangat beli baju dekat sini tapi sejak dia orang dah diberikan nafas baharu ni nia dah jarang sangat singgah kedai dia orang. Sebab utamanya, kebanyakkan baju yang dia orang jual singkat, tak menutupi punggung. Lepas tu harganya pula tidak setanding dengan material baju.

Tapi yelah, itu citarasa nia. Citarasa orang lain kemungkinan berbeza.

5 - Sabella – WEBSITE SABELLA


Nia kenal dengan kedai ni masa zaman #pkpbersambungsambunglagidanlagisampaiakujadisakithati. Masa tu jenama sabella ni tengah melonjak naik sampaikan koleksi baru dia orang sentiasa habis. Bila keluar sahaja design baru, berpusu – pusu orang buat tempahan. Dan nia adalah salah seorang daripada mereka semua. HAHA

Antara tarikan kedai ni adalah material yang digunakan iaitu moss crepe korea. Material ni sangat memeri, selesa dan sejuk. Tapi untuk warna – warna yang cerah, mungkin sedikit jaranglah. Tarikan yang kedua adalah harga yang ditawarkan sangat berbaloi iaitu serendah RM39 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian.

Antara benda yang dijual pula ialah blouse, jubah, baju kurung, telekung, tudung, minyak wangi, dsb.

Kedai ni pun dah lama nia tak singgah sebab minat nak pakai baju ironless sudah hilang melayang – layang ditiup angin sepoi – sepoi bahasa, KEKE.

6 - Naurah Ameena Basic – WEBSITE NAURAH AMEENA BASIC


Nia berkenalan dengan kedai ni di dalam aplikasi Instagram dan nia paling takut nak membeli pakaian daripada kedai ni sebab harga yang ditawarkan berada dalam kategori mahal iaitu RM90 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian.

Reaksi nia ketika pertama kali dapat tahu harga pakaian yang dijual oleh mereka ialah ternganga luas sambil menjerit dalam hati sekuat – kuat alam semesta, MAHALNYA BAJU DIA ORANG JUAL! Jatuh rahang bawah nia sampai tak boleh nak angkat semula.

Tapi nia beranikan jugak diri untuk membeli tiga jenis pakaian daripada dia orang sebab nak tahu kenapa harganya mahal sampai begitu sekali. Walaupun harganya mahal tetapi masih juga ada orang beli pakaian yang dia orang jual. Kenapa orang minat dengan pakaian Naurah Ameena Basic ni? Apa istimewanya jenama mereka? Jadi, untuk menghilangkan rasa ingin tahu yang membuak – buak dalam jiwa nia, nia bulatkan tekad untuk menjadi pelanggan mereka. Dengan terketar – ketarnya tanganku ini, nia pun membuat pembelian daripada kedai mereka. HAHA Nia beli blouse labuh, blouse dan juga tshirt.

Dan nia faham kenapa harganya mahal. Material yang mereka gunakan berkualiti, tak nipis, tak tebal, tak jarang, selesa, sejuk, labuh menutupi punggung dan paling penting longgar.

Kedai ni ada jual blouse, kain sarong, tudung sarung, ikat shawl, ikat bawal, widepants, skirt, shirt, kaftan, beg, telekung, anak tudung, dsb. Saiz yang ada pula ialah one size fits all tapi kau orang jangan risau, saiz yang dia orang tawarkan sangat besar sehinggakan plussizers pun boleh muat.

7 - Dhia Ironless – WEBSITE DHIA IRONLESS


Untuk kategori ironless, pakaian yang dijual hanyalah baju kurung, blouse dan blouse skirt. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian. Design baju kurung ada tiga jenis yang diberi nama Fatimah, Raudhah dan Khadijah. Corak yang dikeluarkan pula tidak menentu, adakalanya cantik memikat hati dan adakalanya pula nak pandang pun tak hingin.

Satu yang nia menyampah dengan kedai ni ialah corak cantik – cantik cepat sangat habisnya. Literally within an hour, like whatttt? Sengaja nak sakitkan hati orang eh -,-

Tujuh kedai pakaian khas untuk mereka yang berbadan besar telahpun nia kongsikan dengan kau orang semua. Cukup ke cukup? Cukuplah tu kan, kang nia kongsikan banyak – banyak, kau orang pulak rambang mata nak membeli belah. KAH.

Jumpa lagi gaiss!

Sumber gambar: google.com

Friday, July 21

KEDAI: Reed Diffuser Kaison

Assalamualaikum semua :)

Pada sambutan hari guru yang lepas, nia ada dapat hadiah reed diffuser jenama Kaison daripada rakan sekerja. Sebelum ni kalau jejak kaki dalam Kaison selalu je nampak reed diffuser dekat rak dia orang tetapi tak pernah terlintas di hati untuk membeli. Sebabnya, akan ada sahaja orang memenuhi ruangan tersebut untuk memilih pelbagai bauan yang memikat hati masing – masing. Walaupun nia tahu reed diffuser ni ada ramai peminat tetapi masih belum dapat meracun nia lagi. Bak kata orang putih, yet. HAHA

Jadi, reed diffuser ni apa sebenarnya?

Liquid air fresheners in a narrow – necked bottle with long ‘sticks’ inserted in to the liquid. (sumber: poison control)

Terjemahan: Cecair pewangi udara yang diletakkan dalam botol berkepala kecil bersama batang panjang yang diletakkan ke dalam cecair tersebut.

Boleh faham ke maksudnya?

Senang cerita, reed diffuser ni salah satu pewangi udaralah. Ataupun dengan kata lainnya, air fresheners.

Semenjak dah terjebak dengan penggunaan reed diffuser, ada beberapa bauan yang telah nia cuba dan nia akan kongsikan di sini untuk rujukan kau orang semua. Kotlah kau orang pun pengguna reed diffuser yang nak mencuba bauan baru. Ataupun kau orang semua baru nak terjebak dengan penggunaan reed diffuser tetapi tak tahu nak pilih bauan yang mana satu.

1 – Forrest

Forrest ni baunya seperti kayu – kayan dan pokok serta daun dalam hutan selepas hujan. Nia suka sangat bau ni, nyaman dan menenangkan. Tahap baunya kuat yang mana kalau kau orang letak dalam bilik, segenap ruang dalam bilik itu ada baunya. Nia cadangkan kau orang letak dalam bilik yang tertutup seperti bilik tidur, tandas, kelas, bilik rehat dsb.

2 – Jasmine

Seperti namanya, jasmine ni baunya seperti bunga. Nia tak berapa minat dengan bau ini tapi bila sesekali hidu tu akan terasa romantik dan exciting. Tahap baunya sederhana. Maksudnya kalau kau orang berada dekat dengan batang reed diffuser barulah kau orang boleh bau. Untuk bau ni, nia cadangkan kau orang letak dekat atas meja belajar, meja kerja, dsb.

3 – Lime & Orange

Ini satu lagi bau yang nia suka. Baunya seperti buah oren yang manis dan juga limau nipis yang masam. Sesekali bila baunya lalu kat hidung, akan timbul rasa segar dan nyaman. Adakala juga membuatkan perut terasa lapar, HAHA. Tahap baunya kuat, sama seperti forrest. Bau yang ini sesuai untuk diletakkan dalam bilik yang tertutup seperti bilik tidur, tandas, kelas, bilik rehat dsb.

4 – Sandal Wood

Sandal Wood ini merupakan bauan kegemaran abah. Dulu The Body Shop ada keluarkan satu perfume namanya Bowhanti dan baunya serupa dengan Sandal Wood ini. Baunya seperti campuran rempah ratus dan kayu – kayan. Bila bau ni menusuk hidung, mesti orang akan terpikat dengan gabungan baunya yang mahal dan unik. Orang lelaki mesti suka bau macam ni sebab baunya maskulin, kuat dan tahan lama. Tahap baunya sangat kuat. Nia cadangkan kau orang letak bauan ini di ruangan yang besar seperti ruang tamu,

5 – Vanilla

Tipikal bau vanila adalah seperti bau kek. Kalau kau orang nak tahu bau kek macam mana, kau orang boleh beli essence vanilla dan cuba hidu. Begitulah bau sebiji kek, harum, manis dan menggoda. Tahap baunya tak kuat, kadang – kadang baunya boleh dihidu dan kadang – kadang pula hilang begitu sahaja. Seolah – olah macam tak pakai reed diffuser. Nia tak galakkan beli bauan ini tapi kalau kau orang minat, boleh letak atas meja belajar, meja kerja dsb.

6 – Ocean

Siapa yang gemar pergi laut, mungkin akan tertarik dengan bauan ini. Baunya ada seperti deruan angin di tepi pantai. Lembut membuai jiwa dan menenangkan kepala. Tahap baunya juga tidak kuat seperti vanilla. Nia tak galakkan beli bauan ini tapi kalau kau orang minat, boleh letak atas meja belajar, meja kerja dsb.

Itulah enam jenis bauan reed diffuser daripada Kaison yang telahpun nia cuba. Harapnya perkongsian nia kali ini bermanfaat untuk kau orang semua. Sampai berjumpa lagi, bye kau orang :)


Sumber gambar: google.com

Friday, June 23

DRAMA: Rich Man Poor Woman

Assalamualaikum semua :)

Kali ini nia akan review drama jepun pulak. Yeee, nia tahu nia selalu review drama korea sahaja. Drama jepun dan taiwan jarang sangat nia review. Bukannya tak tengok drama jepun dan taiwan, nia tengok tapi nia malas nak tulis review. KAH!

*                   *                   *                   *                   *                   *                   *

Pada usia seawal 27 tahun, Hyuga Tohru telah memiliki sebuah syarikat besar yang diberi nama Next Innovation. Walaupun Hyuga Tohru memiliki segala kemewahan tetapi masih ada satu lagi kekurangan yang terdapat pada dirinya.

Satu hari, dia berjumpa dengan seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Sawaki Chihiro walaupun nama sebenarnya ialah Natsui Makoto kerana geram dirinya diperlekehkan oleh Hyuga Tohru. Sebaik sahaja mendengarkan nama wanita tersebut, Hyuga Tohru terus tertarik dengannya.

Walaupun hubungan mereka bermula dengan cara yang salah tetapi lama – kelamaan mereka mulai rapat dan saling bekerjasama.

*                   *                   *                   *                   *                   *                   *

Jalan cerita drama ni santai sahaja tetapi tetap ada pengajaran disebaliknya. Nia minat nak tengok drama ni disebabkan watak Natsui Makoto tu. Dia punya memori superb gila! Boleh hafal dokumen tebal – tebal dalam masa beberapa jam sahaja dan percakapan dia laju betul bila dia keluarkan semula maklumat yang dah dia hafalkan sebelum ini. Kalah bullet train.

Untuk mereka yang gemarkan cerita bertema teknologi, mungkin boleh cuba tonton drama ni sebab dia orang ada tunjukkan jugak beberapa babak dalam pembikinan website walaupun bukan secara terperinci.

Anyway, happy binge watching!

Episod: 11 + 2 Special

Tahun: 2012

Rating: 5 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, March 25

DRAMA: Sell Your Haunted House

Assalamualaikum semua :)

Okey, drama yang nia akan review kali ini sesuai untuk ditonton oleh mereka yang gemarkan tema hantu dan psikik.

*                       *                       *                       *                       *                       *                       *

Hong Ji A merupakan seorang ejen hartanah yang berjaya serta bomoh yang handal. Kebanyakkan klien yang datang menemui dia semuanya mempunyai satu masalah yang sama iaitu mahu menjual bangunan mereka yang didiami oleh roh jahat.

Hong Ji A telah menjalani kehidupan sebagai seorang bomoh selama sepuluh tahun dan selama itu jugalah dia tidak berpindah ke tempat yang baharu kerana roh jahat ibunya berada di dalam rumah mereka.

Untuk menghalau roh ibunya keluar daripada rumah tersebut, Hong Ji A memerlukan bantuan seorang psikik yang mempunyai kuasa spiritual yang kuat iaitu Oh In Bum. Oh In Bum bukan sahaja seorang psikik tetapi juga merupakan seorang penipu dan masa silamnya berkait rapat dengan kematian ibu Hong Ji A.

*                       *                       *                       *                       *                       *                       *

Jalan cerita drama ini tidak terlalu menyesatkan tetapi tidak terlalu tipikal juga. Elemen misteri itu ada iaitu berkaitan dengan roh ibu Hong Ji A dan juga masa silam Oh In Bum.

Romance is very subtle in this drama which is perfect for me sebab nia tak suka tengok cerita hantu yang dibayangi dengan adegan bercumbu. Yikes!

Walaupun nia kata drama ini temanya adalah hantu tetapi tidaklah begitu menyeramkan. Babak terkejut – terkejut pun takde dalam drama ini. Jadi siapa yang tak boleh tengok cerita hantu, boleh sahaja nak melayan drama ni.


Episod: 16

Tahun: 2021

Rating: 5 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, February 4

DRAMA: About Time

Assalamualaikum semua :)

Are you for ready heartwrenching drama yet? If you’re ready, then this drama might be suitable for you to binge watching :)

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Choi Michaela adalah seorang gadis yang boleh nampak jangka hayat manusia lain. Setahun, seminggu, sehari, sejam mahupun seminit. Kali pertama dia boleh nampak jangka hayat orang lain, Mika terasa sangat janggal dan panik. Melihat jangka hayat manusia bukan sesuatu yang normal bukan?

Satu hari, Mika boleh nampak jangka hayatnya sendiri. Dia jadi sangat panik dan takut apabila melihat angka tersebut semakin lama semakin menurun dengan pantasnya. Dia tak pernah minta untuk melihat tempoh jangka hayatnya seperti bom jangka.

Apabila dia ditemukan dengan Lee Do Ha, jangka hayatnya yang selama ini berjalan laju kini telah berhenti. Siapakah Lee Do Ha dalam hidup Mika?

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Drama ni sangat tipikal, bagi nia.

Perempuan dah manghampiri maut – jumpa penyelamat – mula berkepit dan bergantung dengan penyelamat – terjatuh cinta – jauhkan diri daripada penyelamat.

Kalau kau orang teragak – agak nak mulakan drama ni, nia akan bocorkan satu rahsia. It’s a happy ending. Nia tahu ramai yang tak suka dengan cerita berkesudahan sedih, boleh jadi mood swing setahun. HAHAHAH

Happy watching :)


Tahun: 2018

Jumlah Episod: 16

Rating: 3 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, October 29

REVIEW: Cereal Kellogg’s

Assalamualaikum semua :)

Siapa dekat sini suka makan cereal?

Nia sejak – sejak dah berkenalan dengan cereal jenama Kellogg’s masa bulan puasa hari tu, terus terpaut hati. Boleh kata stok Kellogg’s sentiasa ada sahaja dalam kabinet. Bila nia tengok stok dah menyusut, cepat – cepat nia order melalui aplikasi Shopee.

Memudahkan kerja betul aplikasi Shopee ni ye?

Cari barang, pilih harga yang berkenan, masuk dalam troli, bayar dan tunggu barang sampai depan rumah.

Niat asal nak beli satu barang je tapi parcel sampai kemain berderet – deret sampai orang kurier kenallah dengan nama sendiri. HAHAHAHAHA

Okay, about kellogg’s.

Untuk percubaan, nia beli enam jenis; tiga Special K iaitu Original, Vanilla Almond dan juga Oats and Honey. Manakala tiga lagi ialah mueslix iaitu Harvest Fruit, Raisin & Almond Crunch dan Orchard Beauty.

Untuk makluman, mueslix tu dah dicampur dengan pelbagai jenis buah – buahan kering. Jadi tak perlulah kau orang nak tambahkan apa – apa ke dalam tu. Tuangkan sahaja susu, sudah boleh dimakan.

Antara keenam – enam jenis ni, nia suka dua jenis; Kellogg’s Special K Original dan juga Kellogg’s Vanilla Almond.

Empat yang lain tu bukannya tak sedap. Sedap tapi kurang kena dengan tekak nia. Nia lagi sukakan yang ringkas dan tak banyak campuran didalamnya.

Sekiranya kau orang semua nak mencuba cereal Kellogg’s ni, nia sarankan kau orang beli melalui aplikasi Shopee. Harganya lebih murah berbanding beli di kedai biasa. Dan yang paling penting, ianya dihantar sehingga ke depan pintu rumah!

Selamat mencuba semua :)



Friday, August 13

DRAMA: Familiar Wife

Assalamualaikum semua :)

Siapa dekat sini suka sangat dengan drama korea bertajuk ‘Go Back Couple’ lakonan Jang Nara dan juga Son Ho Jun?

Sekiranya kau orang suka dengan drama tersebut, kebarangkalian untuk kau orang semua jatuh cinta dengan ini adalah sangat tinggi kerana jalan ceritanya lebih kurang sama.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Cha Joo Hyuk sudah mula berharap untuk mengubah kehidupannya kini kerana dia merasakan isterinya sering sahaja marah – marah tanpa sebab yang kukuh. Isterinya yang dahulu sangat cantik dan lemah lembut kini sudah bertukar menjadi raksasa yang menggerunkan dirinya.

Apabila dia diberikan peluang untuk merealisasikan mimpinya iaitu berkahwin dengan cinta pertamanya, Cha Joo Hyuk keriangan. Namun keriangan tidak kekal lama apabila dia pertemukan dengan isterinya semula.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Drama ni begitu menyentuh perasaan dan mengajar kita untuk selalu mengambil berat dan prihatin dengan orang yang berada di sekeliling kita. Mereka yang berada dekat dengan kita selalu sahaja kita abaikan keperluan dan kehendak mereka bukan?

Kesukaannya.

Cita – citanya.

Impiannya.

Tidak lagi kita ambil tahu sebab mereka dah jadi sebahagian daripada kita.

We always take them for granted. So this drama will educate you on that lesson, in an entertaining way.

Rating: 5 / 5

Jumlah Episod: 16

Tahun: 2018

Sumber gambar: google.com

Friday, July 23

DRAMA: Should We Kiss First?

Assalamualaikum semua :)

It’s time for another korean drama review!

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Seorang wanita berumur dan pernah bercerai, itulah An Soon Jin. Meskipun dia seringkali menolak untuk menghadiri temujanji buta tetapi kawan baiknya tetap juga berkeras mahu mengaturkannya. Kawan baiknya tidak mahu An Soon Jin hidup bersendirian dan kesepian.

Meskipun tidak meletakkan harapan yang tinggi, An Soon Jin tetap menanti – nantikan pasangan temujanji butanya. Dia akui, bosan sebenarnya hidup seorang diri. Sangkaan dia, lelaki itu seorang yang berjawatan tinggi dan berpenampilan kemas. Itu hanyalah mimpi sehingga dia nampak Son Moo Han.

Selekeh.

Ambil Viagra.

Entah – entah menganggur.

Lebih baik hidup sendiri, An Soon Jin!

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Sebelum nia bercerita dengan lebih lanjut, pastikan kau orang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menonton drama ini sebab ada terselit empat lima babak yang menunjukkan para pelakon dalam keadaan tanpa sebenang urat.

No intercourse scene though.

Sekiranya kau orang semua sejenis yang gemarkan plot benci kemudian sayang - bercinta – dapat tahu sakit terminal – berpisah – berterus terang – bersama kembali, maka drama ini adalah pilihan yang tepat untuk kau orang semua.

Jalan cerita drama ni sangat menarik pada nia sebab nia tak boleh nak teka sejarah silam antara An Soon Jin dan juga Son Moo Han. Apa yang berlaku antara mereka berdua pada masa dulu sehingga Son Moo Han berusaha sedaya upaya untuk menjauhi An Soon Jin.

It’s not like An Soon Jin had contagious disease or something like that.

Happy binge watching guys :)



Rating: 5 / 5

Jumlah Episod: 40

Tahun: 2018

Sumber gambar: google.com

Friday, June 25

EBOOK: 27 A, Kita Bertemu by Dhiya Zafira

Assalamualaikum semua :)

Semenjak berada dalam fasa PKP – PKPB – PKPP – PKPKPKP – PKPB – PKP, nia kembali semula dengan hobi lama iaitu membaca buku. I make it a habit nowadays to read every night before I go to sleep.

Cerita ini mengenai Naja, seorang isteri yang dimadukan kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada sang suami.

Ini merupakan karya penulisan Dhiya Zafira yang pertama sekali nia baca and I’m hooked! Sepanjang pembacaan, airmata langsung tak boleh nak berhenti mengalir.

Menangis kerana Naja.

Menangis kerana Faisal.

Menangis kerana Wida.

Menangis kerana Puan Zaleha.

Menangis kerana Suria.

Menangis kerana Rees.

Aduhai, bengkak mata nia membaca karya kali ini.

Karya ini – tempting.

Godaan dia punya kuat sampaikan tak boleh nak berhenti membaca. Selagi mata tak nampak perkataan tamat, selagi itulah dia goda suruh baca sampai ke penghujungnya. Macam ada suara berbisik kat telinga, tak nak tahu ke kisah Naja berakhir macam mana?

Berhantu! HAHAHAHAH



Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, June 11

DRAMA: 12 Nights

Assalamualaikum semua :)

Hari ni nia nak berkongsi review sebuah drama korea yang baru sahaja nia khatamkan tempoh hari.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Han Yu Kyung dan Cha Hyun Oh merupakan dua individu yang saling tidak mengenali antara satu sama lain. Malahan mereka berdua tinggal di dua buah negara yang berbeza. Seorang menetap di Jepun, seorang lagi menetap di New York. Namun mereka berdua bertemu dan berkenalan semasa bercuti ke tanah air masing – masing, Korea Selatan.

Pertemuan mereka berdua telah membuahkan rasa dalam jiwa masing – masing tetapi keadaan tidak membenarkan rasa itu untuk diluahkan keluar.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Sejujurnya nia tak berapa minat sangat dengan drama ni sebab jalan cerita dia tak begitu menarik perhatian nia. Nia mengambil masa yang lama untuk menghabiskan drama ni walaupun hanya mempunyai dua belas episod sahaja. Terasa lama sangat nak mencapai ke episod dua belas tu. HAHAHAHA

Tapi yelah.

Bagi nia mungkin tak menarik, tapi bagi orang lain menarik.

Jadi nia kongsikan jugalah review drama ni kat sini.

Enjoy watching guys :)



Tahun: 2018

Jumlah Episod: 12

Rating: 2 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, May 7

DRAMA: Cross

Assalamualaikum semua :)

Dah lama nia tak tengok drama medical yang tiada genre romance.

Zero romance.

Kebanyakkan drama medical sekarang, babak romantik yang sepatutnya menjadi elemen tambahan terlalu menonjol sehingga menenggelamkan babak medical yang sepatutnya menjadi fokus utama drama tersebut.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Apabila dipaksa menelan kenyataan ayah dan adik perempuan dia meninggal dunia ketika usianya masih muda, Kang In Gyu bertekad mahu menjadi seorang doktor dengan tujuan mahu membalas dendam kepada pelaku yang membunuh mereka berdua.

Setelah dia bergelar doktor, Kang In Gyu memilih untuk bekerja di sebuah penjara bagi membunuh seorang tahanan di sana secara sembunyi – senbunyi kerana membunuh ayahnya dahulu.

Namun dia mendapat tahu bahawa pihak atasan sebuah hospital bekerjasama dengan tahanan tersebut dalam perniagaan pemindahan organ secara haram.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Nia suka tengok drama medical sebab ada banyak babak berkaitan dengan pembedahan dan rawatan yang diberikan kepada pesakit yang dimasukkan. Tetapi untuk drama ni, kebanyakkan babak yang dimasukkan adalah babak mengejar penjahat yang terlibat dalam pemindahan organ secara haram.

Jalan cerita dia ringkas dan sangat straight to the point. Penonton boleh teka apa yang berlaku seterusnya berdasarkan jalan cerita yang disampaikan.

Tiada permainan emosi yang tinggi sebab fokus cerita bukannya tertumpu kepada hospital tetapi lebih kepada mengejar penjahat.

Selamat menonton semua :)

Tahun: 2018

Jumlah Episod: 16

Rating: 3 / 5

Sumber gambar: google.com

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.