Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Friday, September 22

DRAMA: Royal Doctor

Assalamualaikum semua :)

Fuhhh, lama ea nia tak berkongsi review drama dekat sini dengan kau orang semua. Ada yang rindu nak baca review drama daripada nia tak? Ke kau orang tak pernah tahu nia ada review drama sebelum ni? Untuk sesiapa yang tak tahu, kau orang bolehlah klik link yang ada kat bawah ni. Dah baca review, jangan lupa tinggalkan komen tau.

||   REVIEW DRAMA KOREA    ||   REVIEW DRAMA JEPUN   ||  

||   REVIEW DRAMA TAIWAN   ||   REVIEW DRAMA THAILAND   ||

*                  *                  *                  *                  *                  *                  *                  *

Bua merupakan seorang pelajar medik dari masa depan yang secara tiba – tiba dihantar ke masa silam. Di zaman tersebut, dia mempelajari pelbagai ilmu perubatan tradisional yang sangat berbeza daripada zamannya yang moden.

Di sana, dia dipertemukan dengan Thong On. Seorang pemuda yang nakal dan suka mengusiknya tetapi memiliki pengetahuan meluas tentang perubatan tradisional. Thong On juga sering menghulurkan bantuan kepada Bua secara senyap – senyap.

*                  *                  *                  *                  *                  *                  *                  *

Sejak kebelakangan ni nia minat tengok drama Thailand, jadi kali ni nia akan kongsikan review drama Thailand pertama dengan kau orang semua.

Nia jadi tertarik nak menonton drama ni sebab dia orang ketengahkan elemen perubatan tradisional Thailand. Yang mana doktor kena masuk ke dalam hutan untuk mencari herba dan kayu – kayan yang boleh dijadikan ubat dan penawar, cara tradisional merawat penyakit seperti menggunakan lintah, jarum, dsb.

Nia bahagikan drama ini kepada dua bahagian iaitu 11 episod pertama dan 11 episod terakhir.

11 episod pertama sarat dengan babak pengetahuan perubatan tradisional Thailand dan diselang selikan dengan babak komedi antara Thong On, kawan – kawannya, Bua dan ahli keluarga Thong On.

11 episod terakhir pula dipenuhi dengan babak romantik antara Thong On bersama Bua dan babak Thong On ke medan perang sebagai petugas kesihatan.

Drama ni fast paced dan tak draggy, siapa yang minat drama genre medikal bolehlah cuba tonton.


Rating: 5 / 5

Jumlah Episod: 22

Sumber Gambar: Google.com

Friday, March 25

DRAMA: Sell Your Haunted House

Assalamualaikum semua :)

Okey, drama yang nia akan review kali ini sesuai untuk ditonton oleh mereka yang gemarkan tema hantu dan psikik.

*                       *                       *                       *                       *                       *                       *

Hong Ji A merupakan seorang ejen hartanah yang berjaya serta bomoh yang handal. Kebanyakkan klien yang datang menemui dia semuanya mempunyai satu masalah yang sama iaitu mahu menjual bangunan mereka yang didiami oleh roh jahat.

Hong Ji A telah menjalani kehidupan sebagai seorang bomoh selama sepuluh tahun dan selama itu jugalah dia tidak berpindah ke tempat yang baharu kerana roh jahat ibunya berada di dalam rumah mereka.

Untuk menghalau roh ibunya keluar daripada rumah tersebut, Hong Ji A memerlukan bantuan seorang psikik yang mempunyai kuasa spiritual yang kuat iaitu Oh In Bum. Oh In Bum bukan sahaja seorang psikik tetapi juga merupakan seorang penipu dan masa silamnya berkait rapat dengan kematian ibu Hong Ji A.

*                       *                       *                       *                       *                       *                       *

Jalan cerita drama ini tidak terlalu menyesatkan tetapi tidak terlalu tipikal juga. Elemen misteri itu ada iaitu berkaitan dengan roh ibu Hong Ji A dan juga masa silam Oh In Bum.

Romance is very subtle in this drama which is perfect for me sebab nia tak suka tengok cerita hantu yang dibayangi dengan adegan bercumbu. Yikes!

Walaupun nia kata drama ini temanya adalah hantu tetapi tidaklah begitu menyeramkan. Babak terkejut – terkejut pun takde dalam drama ini. Jadi siapa yang tak boleh tengok cerita hantu, boleh sahaja nak melayan drama ni.


Episod: 16

Tahun: 2021

Rating: 5 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, February 4

DRAMA: About Time

Assalamualaikum semua :)

Are you for ready heartwrenching drama yet? If you’re ready, then this drama might be suitable for you to binge watching :)

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Choi Michaela adalah seorang gadis yang boleh nampak jangka hayat manusia lain. Setahun, seminggu, sehari, sejam mahupun seminit. Kali pertama dia boleh nampak jangka hayat orang lain, Mika terasa sangat janggal dan panik. Melihat jangka hayat manusia bukan sesuatu yang normal bukan?

Satu hari, Mika boleh nampak jangka hayatnya sendiri. Dia jadi sangat panik dan takut apabila melihat angka tersebut semakin lama semakin menurun dengan pantasnya. Dia tak pernah minta untuk melihat tempoh jangka hayatnya seperti bom jangka.

Apabila dia ditemukan dengan Lee Do Ha, jangka hayatnya yang selama ini berjalan laju kini telah berhenti. Siapakah Lee Do Ha dalam hidup Mika?

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Drama ni sangat tipikal, bagi nia.

Perempuan dah manghampiri maut – jumpa penyelamat – mula berkepit dan bergantung dengan penyelamat – terjatuh cinta – jauhkan diri daripada penyelamat.

Kalau kau orang teragak – agak nak mulakan drama ni, nia akan bocorkan satu rahsia. It’s a happy ending. Nia tahu ramai yang tak suka dengan cerita berkesudahan sedih, boleh jadi mood swing setahun. HAHAHAH

Happy watching :)


Tahun: 2018

Jumlah Episod: 16

Rating: 3 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, August 13

DRAMA: Familiar Wife

Assalamualaikum semua :)

Siapa dekat sini suka sangat dengan drama korea bertajuk ‘Go Back Couple’ lakonan Jang Nara dan juga Son Ho Jun?

Sekiranya kau orang suka dengan drama tersebut, kebarangkalian untuk kau orang semua jatuh cinta dengan ini adalah sangat tinggi kerana jalan ceritanya lebih kurang sama.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Cha Joo Hyuk sudah mula berharap untuk mengubah kehidupannya kini kerana dia merasakan isterinya sering sahaja marah – marah tanpa sebab yang kukuh. Isterinya yang dahulu sangat cantik dan lemah lembut kini sudah bertukar menjadi raksasa yang menggerunkan dirinya.

Apabila dia diberikan peluang untuk merealisasikan mimpinya iaitu berkahwin dengan cinta pertamanya, Cha Joo Hyuk keriangan. Namun keriangan tidak kekal lama apabila dia pertemukan dengan isterinya semula.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Drama ni begitu menyentuh perasaan dan mengajar kita untuk selalu mengambil berat dan prihatin dengan orang yang berada di sekeliling kita. Mereka yang berada dekat dengan kita selalu sahaja kita abaikan keperluan dan kehendak mereka bukan?

Kesukaannya.

Cita – citanya.

Impiannya.

Tidak lagi kita ambil tahu sebab mereka dah jadi sebahagian daripada kita.

We always take them for granted. So this drama will educate you on that lesson, in an entertaining way.

Rating: 5 / 5

Jumlah Episod: 16

Tahun: 2018

Sumber gambar: google.com

Friday, July 23

DRAMA: Should We Kiss First?

Assalamualaikum semua :)

It’s time for another korean drama review!

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Seorang wanita berumur dan pernah bercerai, itulah An Soon Jin. Meskipun dia seringkali menolak untuk menghadiri temujanji buta tetapi kawan baiknya tetap juga berkeras mahu mengaturkannya. Kawan baiknya tidak mahu An Soon Jin hidup bersendirian dan kesepian.

Meskipun tidak meletakkan harapan yang tinggi, An Soon Jin tetap menanti – nantikan pasangan temujanji butanya. Dia akui, bosan sebenarnya hidup seorang diri. Sangkaan dia, lelaki itu seorang yang berjawatan tinggi dan berpenampilan kemas. Itu hanyalah mimpi sehingga dia nampak Son Moo Han.

Selekeh.

Ambil Viagra.

Entah – entah menganggur.

Lebih baik hidup sendiri, An Soon Jin!

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Sebelum nia bercerita dengan lebih lanjut, pastikan kau orang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menonton drama ini sebab ada terselit empat lima babak yang menunjukkan para pelakon dalam keadaan tanpa sebenang urat.

No intercourse scene though.

Sekiranya kau orang semua sejenis yang gemarkan plot benci kemudian sayang - bercinta – dapat tahu sakit terminal – berpisah – berterus terang – bersama kembali, maka drama ini adalah pilihan yang tepat untuk kau orang semua.

Jalan cerita drama ni sangat menarik pada nia sebab nia tak boleh nak teka sejarah silam antara An Soon Jin dan juga Son Moo Han. Apa yang berlaku antara mereka berdua pada masa dulu sehingga Son Moo Han berusaha sedaya upaya untuk menjauhi An Soon Jin.

It’s not like An Soon Jin had contagious disease or something like that.

Happy binge watching guys :)



Rating: 5 / 5

Jumlah Episod: 40

Tahun: 2018

Sumber gambar: google.com

Friday, June 11

DRAMA: 12 Nights

Assalamualaikum semua :)

Hari ni nia nak berkongsi review sebuah drama korea yang baru sahaja nia khatamkan tempoh hari.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Han Yu Kyung dan Cha Hyun Oh merupakan dua individu yang saling tidak mengenali antara satu sama lain. Malahan mereka berdua tinggal di dua buah negara yang berbeza. Seorang menetap di Jepun, seorang lagi menetap di New York. Namun mereka berdua bertemu dan berkenalan semasa bercuti ke tanah air masing – masing, Korea Selatan.

Pertemuan mereka berdua telah membuahkan rasa dalam jiwa masing – masing tetapi keadaan tidak membenarkan rasa itu untuk diluahkan keluar.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Sejujurnya nia tak berapa minat sangat dengan drama ni sebab jalan cerita dia tak begitu menarik perhatian nia. Nia mengambil masa yang lama untuk menghabiskan drama ni walaupun hanya mempunyai dua belas episod sahaja. Terasa lama sangat nak mencapai ke episod dua belas tu. HAHAHAHA

Tapi yelah.

Bagi nia mungkin tak menarik, tapi bagi orang lain menarik.

Jadi nia kongsikan jugalah review drama ni kat sini.

Enjoy watching guys :)



Tahun: 2018

Jumlah Episod: 12

Rating: 2 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, May 7

DRAMA: Cross

Assalamualaikum semua :)

Dah lama nia tak tengok drama medical yang tiada genre romance.

Zero romance.

Kebanyakkan drama medical sekarang, babak romantik yang sepatutnya menjadi elemen tambahan terlalu menonjol sehingga menenggelamkan babak medical yang sepatutnya menjadi fokus utama drama tersebut.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Apabila dipaksa menelan kenyataan ayah dan adik perempuan dia meninggal dunia ketika usianya masih muda, Kang In Gyu bertekad mahu menjadi seorang doktor dengan tujuan mahu membalas dendam kepada pelaku yang membunuh mereka berdua.

Setelah dia bergelar doktor, Kang In Gyu memilih untuk bekerja di sebuah penjara bagi membunuh seorang tahanan di sana secara sembunyi – senbunyi kerana membunuh ayahnya dahulu.

Namun dia mendapat tahu bahawa pihak atasan sebuah hospital bekerjasama dengan tahanan tersebut dalam perniagaan pemindahan organ secara haram.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Nia suka tengok drama medical sebab ada banyak babak berkaitan dengan pembedahan dan rawatan yang diberikan kepada pesakit yang dimasukkan. Tetapi untuk drama ni, kebanyakkan babak yang dimasukkan adalah babak mengejar penjahat yang terlibat dalam pemindahan organ secara haram.

Jalan cerita dia ringkas dan sangat straight to the point. Penonton boleh teka apa yang berlaku seterusnya berdasarkan jalan cerita yang disampaikan.

Tiada permainan emosi yang tinggi sebab fokus cerita bukannya tertumpu kepada hospital tetapi lebih kepada mengejar penjahat.

Selamat menonton semua :)

Tahun: 2018

Jumlah Episod: 16

Rating: 3 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, January 1

DRAMA: Devilish Joy

Assalamualaikum semua :)

Walau sesukar mana pun kehidupan yang kau orang semua lalui pada hari ini, tetaplah mengucapkan kata syukur.

Syukur kerana masih diberi nafas.

Syukur kerana masih ada kerja.

Syukur kerana ada yang peduli.

Syukur kerana keluarga disisi.

Kalau rasa syukur, nak ucap apa?

Alhamdulillah :)

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Gong Ma Sung mempunyai satu penyakit misteri selepas terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya. Ingatannya akan hilang setiap hari apabila waktu tengah malam menjelma; penyakitnya ini diberi nama Cinderella Disease.

Joo Gi Bbeum dulunya seorang pelakon wanita yang sangat diminati dan digilai oleh ramai. Namun segalanya berubah apabila dia terlibat dalam skandal pembunuhan seorang pelakon lelaki.

Gong Ma Sung yang ingatannya seringkali hilang tiba – tiba boleh mengingati Joo Gi Bbeum walaupun gadis itu menjengkelkan dia ketika bertemu pertama kalinya.

Joo Gi Bbeum geram dengan kelakuan Gong Ma Sung yang sering memperlakukan dirinya ibarat sampah dan bertanyakan kenapa lelaki itu tidak menepati janjinya.


*                                   *                                   *                                   *                                  *

I’ve been waiting for this drama to air partly because of Choi Jin Hyuk.

Pertama kali nia kenal dengan pelakon lelaki bersuara serak ini ketika nia menonton drama Daddy’s Girl. Nia terus minat dengan Choi Jin Hyuk sebab suara dia yang serak tu dan juga senyuman dia.

He has such a sweet smile :)

Anyway, have a nice day guys.

Tahun: 2018
Jumlah Episod: 16
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

Friday, November 20

DRAMA: Sister is Alive

Assalamualaikum semua :)

Dah telefon ibu ayah ke belum hari ni? Kalau belum, ambil telefon dan berbuallah sekejap dengan mereka.

We only have one family. Cherish them, no matter what :)

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Kang Ha Ri adalah seorang gadis yatim piatu. Dia mempunyai seorang adik perempuan yang masih bersekolah di sekolah menengah tinggi. Dia berusaha keras setiap hari untuk menyara kehidupan mereka berdua beradik.

Kim Eun Hyang merupakan seorang isteri yang baik dan ibu yang penyayang. Setelah bertahun lamanya dia dan suami cuba untuk mendapatkan zuriat, akhirnya dia dikurniakan seorang anak perempuan yang comel.

Min Deul Lae seorang pelakon wanita yang sangat cerewet. Walaupun sudah meningkat dewasa tetapi perwatakannya terlalu manja, suka bergantung dengan orang lain dan tidak boleh mengakui kesalahan diri.

Ketiga – tiga mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Tetapi kehilangan orang yang mereka sayang dalam hidup telah menyatukan mereka bertiga.


*                                   *                                   *                                   *                                  *

Kebiasaannya nia tak berapa suka nak tengok drama yang mengetengahkan elemen kekeluargaan. Sebabnya konflik dalam cerita tu akan sentiasa berjalan serta berputar dan konflik tersebut hanya akan tamat ketika episod terakhir drama ditayangkan.

Tapi disebabkan nia mempunyai masa lapang kali ni, tu yang nia dapat tengok drama ni. Jalan cerita drama ni boleh dilayan. Segala rasa cukup dalam drama.

Sakit hati.

Geram.

Sedih.

Nak telan orang.

Grrrrrr.

Satu lagi yang perlu kau orang semua tahu, drama keluarga ni selalunya panjang – panjang.

Drama paling pendek mempunyai 40 episod dan drama paling panjang ada yang mencecah 100 episod.

Kalau kau orang rasa 100 episod tu dah cukup panjang, sebenarnya kau orang salah. Nia ada terbaca satu artikel drama korea yang menggunakan tema keluarga dan drama itu mempunyai 900 episod.

Guess what?

The drama is still ongoing!

Gilaaaa.

Walaupun drama tersebut sepanjang tu, tetap juga ada pengikutnya tau.

Anyway, enjoy watching guys :)

Tahun: 2017
Jumlah Episod: 68
Rating: 4 / 5
Sumber gambar: google.com

Friday, October 9

DRAMA: Money Flower

Assalamualaikum semua :)

Macam mana dengan kehidupan seharian kau orang setakat ni?

Nia doakan kepada semua pembaca yang sedang membaca entry nia kali ni agar dipermudahkan segala urusan, dilapangkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk terus melalui hari – hari mendatang. Amin.

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Kang Pil Joo merupakan peguam Syarikat Cheong A dan dia juga merupakan orang kanan buat keluarga Jang Kook Hwan. Sebagai seorang peguam, Kang Pil Joo sangat cekap dalam mengatasi pelbagai masalah yang ditimbul dan sentiasa mempunyai idea yang bernas untuk membantu Jang Boo Cheon dalam hal – hal syarikat.

Semua orang menggelarnya dengan panggilan ‘Anjing Cheong A’ tetapi sebenarnya Kang Pil Joo mempunyai sejarah hitam dengan Cheong A pada masa lampau?


*                                   *                                   *                                   *                                  *

Biasanya nia tak minat dengan cerita korea yang melibatkan politik ni tapi drama kali ni lain. 

Baru episod pertama nia dah tak boleh nak beralih kepada drama lain dah. Payah sangat nak meninggalkan drama ni sebab jalan cerita dia menarik dan addictive.

Dalam banyak – banyak drama yang berkisarkan politik, drama ni satu – satunya drama yang berjaya menarik perhatian nia. Takde pun kejap – kejap nak lompat pergi babak ni ataupun babak tu. Satu jam penuh nia menghadap laptop untuk menghabiskan satu episod.

Kalau kau orang baru nak cuba tengok drama berkaitan dengan politik, cubalah tengok drama ni :)

Tahun: 2017
Jumlah Episod: 24
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

Friday, August 14

DRAMA: Reunited World


Assalamualaikum semua :)

Okey, sebelum nia bercerita panjang lebar tentang drama korea yang baru sahaja nia habis tengok baru – baru ni. Nia nak bagitahu dua pengumuman dekat kau orang semua.

1 – Untuk review drama mahupun movie yang akan datang, nia akan letakkan tahun tayangannya untuk rujukan kau orang semua.

Sebab ada yang mengadu kata payah nak buat keputusan samada nak tengok ataupun tidak sesuatu drama ataupun movie tersebut bila dia orang tak tahu tahun ianya ditayangkan. Apa kaitan antara keduanya pun nia tak faham.

2 – Gambar yang nia letak kat bahagian review tu nia dah besarkan.

Ada juga yang mengadu dengan nia kata gambar tu kecil sangat jadi dia orang tak nampak siapa pelakonnya. Macam – macam karenah kau orang ni kan? Nasib baiklah nia ni sejenis yang memahami dan menyayangi, ku turuti jua kehendakmu walaupun daku tak rela. HAHAHAHAHAHAHA

Itu sahaja pengumumannya.

Jom baca review drama korea kali ni.

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Sung Hae Sung meninggal dunia ketika berumur 19 tahun pada tahun 2005 akibat daripada kemalangan. 12 tahun kemudian, tiba – tiba sahaja dia hidup semula dengan penampilan pelajar sekolah menengah tinggi iaitu penampilan ketika dia meninggal dunia dahulu.

Disaat dia berasa gembira kerana dapat hidup kembali, dia mendapat tahu adik – beradik serta neneknya hidup menderita setelah kematiannya pada 12 tahun dahulu. Semuanya kerana dia dituduh sebagai seorang pembunuh.

Untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan pembunuh, Sung Hae Sung meminta pertolongan daripada kawan – kawan serta adik – beradiknya untuk menyiasat semula kes pembunuhan yang melibatkan dirinya itu.



*                                   *                                   *                                   *                                  *

Jalan cerita ni santai dan sangat straight to the point. Direncahkan pula dengan elemen persahabatan, hubungan adik beradik yang kembali rapat, setiakawan, dsb.

Biasanya kalau cerita yang melibatkan hero dituduh sebagai penjenayah ni mesti permainan emosi tinggi kan? Tapi berbeza dengan cerita ni. Bukanlah nak kata cerita ni tak sedap langsung, sedap. Tapi sebab fokus cerita lebih kepada Sung Hae Sung dan kuasa ajaibnya, mungkin sebab tu permainan emosi tak tinggi.

Tapi layan je drama ni :)

Tahun: 2017
Jumlah Episod: 40
Rating: 3 / 5
Sumber gambar: google.com

Friday, July 17

DRAMA: A Gentlemen’s Dignity

Assalamualaikum semua :)

Kebiasaan untuk drama – drama korea banyak menceritakan kisah percintaan antara muda – mudi. Kalau ada pun percintaan antara dua orang yang berusia, kebiasaannya mereka bukanlah watak utama tetapi watak sampingan.

Jadi kali ni nia nak kongsikan satu review drama korea yang mengetengahkan kisah percintaan antara empat orang pemuda yang berusia 40 tahun. Dan, keempat – empat mereka merupakan watak utama drama tersebut dan bukannya watak sampingan.

*     *     *     *     *     *     *     *     *

Kim Do Jin merupakan seorang pengarah syarikat kejuruteraan yang bernama Hwa Dam. Disebabkan dia mempunyai rupa paras menawan, duit yang banyak, syarikat yang berjaya jadi personalitinya kurang menyenangkan orang sekeliling kerana dia sangat cerewet dan sentiasa mahukan kesempurnaan dalam apa jua yang dilakukannya.

Im Tae San merupakan pengarah bersama syarikat Hwa Dam dengan Kim Do Jin. Berbeza dengan personaliti Kim Do Jin yang cerewet, Im Tae San merupakan seorang yang mudah didekati dan sangat mesra dengan orang lain. Dia juga meminati sukan bola lisut dan sangat menyayangi adik perempuannya iaitu Im Meah Ri.

Choi Yoon adalah seorang peguam. Dia merupakan seorang yang paling bijak dan sangat baik hati di antara keempat – empat mereka. Choi Yoon juga merupakan seorang duda yang telah kematian isterinya. Walaupun telah lima tahun bergelar seorang duda tetapi Choi Yoon masih lagi memakai cincin perkahwinannya dan tetap setia dengan mendiang isterinya.

Lee Jeong Rok, seorang pengusaha restoran dan juga kafe. Walaupun telah berkahwin dengan seorang wanita kaya yang jauh lebih berusia daripadanya, Lee Jeong Rok mempunyai personaliti yang suka mengayat dan mengorat mana – mana perempuan cantik di kafe dan restoran miliknya. Sungguhpun dia selalu berfoya – foya dengan perempuan lain tetapi dia tetap sayangkan isterinya dan tak sanggup mahu berpisah dengannya.

Kehidupan keempat – empat lelaki berusia 40 tahun ini bakal berubah apabila mereka bertemu wanita yang bakal menjadi pasangan hidup masing – masing.


*     *     *     *     *     *     *     *     *

Ini merupakan drama korea pertama nia tengok yang mengetengahkan golongan berusia pertengahan sebagai watak utamanya. Kebiasaan drama korea selalu ketengahkan kisah percintaan antara golongan remaja ataupun pelajar sekolah je sebagai watak utama. Tapi drama ni bukan.

So, one plus point for that matter!

Sekiranya kau orang selalu nak tahu macam mana orang yang dah berusia bercinta, silakan tengok drama ni.

Ataupun kalau kau orang nak lari kejap daripada melodrama muda – mudi, silakan tengok drama ni.

Nia bagitahu awal – awal dengan kau orang. Orang yang berusia ni kalau bercinta memang straight forward habis.

Suka, dia cakap suka.

Tak suka, dia cakap tak suka.

Nak, dia cakap nak.

Tak nak, dia cakap tak nak.

Takde nak kias – kias dan jaga hati pasangan masing – masing macam orang muda selalu buat. Sebab dia orang dah berusia dan berpengalaman. Jadi dia orang dah tahu, permainan tarik tali hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Yelah, orang tua kan? HAHA

Drama ni bukan kisah percintaan lelaki dan perempuan berusia semata – mata.

Drama ni turut menyelitkan elemen persahabatan dimana keempat – empat watak utama lelaki selalu bersama dan sering ada untuk sesama sendiri tidak kira di waktu senang mahupun susah.

Satu lagi elemen yang nia rasa menarik dalam drama ni ialah suami yang mengaku cintakan isteri tapi selalu berfoya – foya dengan perempuan lain. Kekerapan suami dia berfoya – foya tak dapat nak dibilang dengan jari weyh.

Sampaikan suami dia berjumpa dengan kawan pun, isteri dia dah tak percaya dan sangkakan suami dia menipu untuk jumpa dengan perempuan lain. Bila dah kerap sangat isteri dia buruk sangka dengan suami, isteri dia minta cerai sebab rasa macam dah takde perasaan sayang lagi untuk suami dia. Yang tinggal cumalah sangka buruk sahaja.

Jumlah Episod: 20
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.