Assalamualaikum semua :)
Sebelum
ini heboh orang perkatakan perihal pekerja – pekerja syarikat J&T yang
membaling dan mencampakkan barang pelanggan gara – gara mogok kerana tidak
mendapat bonus. Ekoran daripada kejadian tersebut, ramai yang serik mahu
berurusan dengan mereka lagi.
Di
sini nia nak cakap sikit.
Courier
services, tak kisahlah yang mana satu;
poslaju, gdex, pgeon, ninjavan, j&t, citylink, dhl, lineclear dsb. Semuanya
sama sahaja.
Masing
– masing ada kelemahan.
Masing
– masing ada kelebihan.
Dan
sepatutnya kita sebagai pelanggan kena bijak menilai. Dalam setandan pisang,
bukan semuanya busuk. Mungkin J&T kawasan lain yang membuat onar tetapi
J&T dikawasan kita elok sahaja operasinya. Jadi janganlah dipukul rata
semua J&T itu tidak bagus kerjanya.
Macam
tempat nia sendiri.
J&T
buat kerja dengan elok.
Barang
sampai dalam keadaan yang elok; tidak kemek, tidak pecah dan tidak hilang.
Kalau takde orang kat rumah, mereka akan telefon tanya macam mana dengan parcel
tu. Nak ambil kat pejabat mereka ataupun nak diletakkan sahaja di depan pintu
rumah? Delivery guy pun semuanya berbudi bahasa dan bersopan santun.
Makanya,
janganlah menghukum seluruh pasukan J&T sedangkan yang menconteng arang ke muka
sendiri hanyalah beberapa kerat manusia sahaja :)
Sumber gambar: google.com
Betul tue. Sesetengah kawasan sahaja . Alhamdulillah setakat sekarang pihak kurier j&t masih lagi bagi komitmen yg bagus . 2hari lepas ada order parcel dari oversea . Tiba2 bila dh sampai malaysia staff j&t ada call parcel terbuka then diorang nk confirmln berpa item yg ada dlm kotak trsebut . Staff siap seal semula parcel
ReplyDeleteKan? Jangan pukul rata semua pekerja kurier itu sama, tak adil bagi yang betul - betul ikhlas bekerja :)
Delete