Showing posts with label covid19. Show all posts
Showing posts with label covid19. Show all posts

Friday, September 1

PARENTING: Didik Anak Terima Kehilangan Orang Tersayang

Assalamualaikum semua :)

Semasa covid19 melanda negara beberapa tahun yang lalu, ramai anak – anak kecil yang menjadi yatim piatu. Ada yang bernasib baik, mereka dipelihara oleh ahli keluarga terdekat. Mana yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa diserahkan kepada badan kebajikan agar nasib mereka lebih terbela.

Perkara yang paling meruntun hati nia ialah apabila nia baca kebanyakan kanak – kanak yang kehilangan ibubapa ini perkembangan emosi mereka terganggu kerana mereka tidak didedahkan dengan cara – cara untuk menerima kehilangan orang tersayang.

Nia akui perkara ini penting.

Orang dewasa sendiri pun kadang – kadang tidak dapat menerima kehilangan orang tersayang dengan baik, apatah lagi anak – anak kecil yang barangkali masih tidak tahu untuk mengawal emosinya yang elok.

Jadi ibubapa mahupun guru di sekolah bolehlah mula untuk mengajar anak – anak tentang cara menerima kehilangan orang tersayang. Biasakan mereka dengan kematian. Sekiranya sukar untuk memberikan contoh melalui manusia, boleh gunakan haiwan.

‘Kucing ni mati sebab sakit. Jadi kita perlu tanam dia dalam tanah supaya takde orang pijak ataupun binatang lain makan bangkainya. Adik sedih? Ibu pun sedih. Takpe, adik nangislah. Kalau kita rasa sedih, memang kita akan nangis. Ibu pun selalu nangis kalau sedih.’

Tanamkan rasa empati dalam diri anak – anak. Sematkan juga pandangan bahawa menangis itu normal dan manusia memang akan menangis sekiranya mereka berasa sedih.

Melalui pemerhatian nia, orang sekeliling selalu suruh ahli keluarga si mati berhenti menangis. Kadang tu sampai memaksa ahli keluarga si mati untuk berhenti menangis. Alasan yang diberikan mereka adakalanya tidak munasabah. Roh si mati sedihlah, roh si mati tak nak bergeraklah.

Kehilangan orang tersayang adalah satu perkara yang menyedihkan. Jadinya normal untuk mereka menangis dan luahkan kesedihan masing – masing. Kenapa perlu disuruh berhenti menangis?

Jadi nia harap untuk generasi akan datang ini, mereka takkan pandang perbuatan menangis itu sebagai satu perbuatan yang ganjil dan perlu dielakkan.

Selain inisiatif ibubapa dan guru, mungkin kementerian pendidikan juga boleh masukkan isu ini dalam silibus pembelajaran untuk membantu anak – anak menerima kehilangan orang tersayang.

Apa pendapat kau orang?



Sumber gambar: google.com

Friday, August 4

TADIKA: Bersemangat Ketika PDPR

[CERITA LAMA TAPI BARU NAK DIKONGSI, MAAFKAN SAYA]




Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia dah ceritakan pengalaman nia menempuhi fasa #pkp tapi kalau kau orang semua terlepas cerita itu, bolehlah klik link yang nia sediakan kat bawah ni okeyy.

[PERIBADI: Pengalaman Menempuhi PKP]

Walaupun negara kita sudah memasuki fasa peralihan kepada endemik tetapi masih ada lagi beberapa sekolah yang mengamalkan PDPR ataupun belajar secara atas talian kerana kes covid19 meningkat di sekolah masing – masing.

Jadi untuk kali ini, nia akan kongsikan beberapa tips yang nia buat untuk kekal bersemangat ketika melakukan PDPR.

Pertama, bangun awal.

Kelas online nia akan mula seawal sembilan pagi. Jadi nia akan pastikan nia bangun awal seperti mana nia akan masuk kerja sesi pagi. Pukul enam dah bangkit daripada tidur dan bersihkan diri. Selepas tu, nia akan sarapan dan sediakan peralatan yang akan digunakan semasa kelas nanti.

Kadang tu, nia sempat main games, dengar muzik, baca email ataupun tonton Running Man. Apa yang nia perasan, mood nia lebih elok dan ceria semasa kelas sekiranya nia bangun awal dan bersiap – sedia untuk kelas berbanding bangun lambat.

Kedua, mandi.

Nia terus terang dengan kau orang, masa #pkp1.0 dulu, nia buat kelas online tak mandi pun. Hanya cuci muka sahaja. Terasa tak segar langsung dan lesu. Mengajar budak – budak pun rasa tak bersemangat dan asyik nak cepat habiskan kelas sahaja. Nia rasa kalau nia mengajar sambil peluk bantal, mahunya terlena tengah kelas. HAHAHA

Jadinya, nia nasihatkan kau orang supaya mandi. Baru boleh rasa segar dan ada semangat nak mengajar.

Ketiga, sarapan

Sarapan ni kau orang tak perlu nak makan berat – berat pun. Cukup sekadar mengalas perut kau orang je. Antara menu sarapan nia ialah roti dengan kaya, bihun singapore, cereal kosong, nasi lemak, air coklat, roti canai, biskut, buah – buahan kering dsb. Sarapan pagi ni ikut dengan mood nia jugaklah. Kadang nak makan fancy, kadang nak western, kadang nak yang berat.

Yang penting, jangan tinggalkan sarapan.

Keempat, bercantik – cantik.

Seperti mana kau orang semua bersiap nak ke tempat kerja, macam itu jugaklah kau orang kena bersiap sebelum kelas. Baju cantik, awning tudung on point, calit makeup, pakai aksesori yang mengerlip, sembur minyak wangi lagi.

Bercantik – cantik ini sebenarnya lebih untuk meningkatkan mood dan juga semangat kau orang, bukannya untuk pandangan budak – budak pun. Bagi nia, bercantik – cantik ni sangat menjadi untuk naikkan semangat diri sendiri.

Kelima, cari tempat sesuai.

Untuk nia, tempat yang sesuai adalah tempat yang nyaman. Udara sejuk, suasana sunyi, baunya wangi dan paling penting takde gangguan internet. Kalau tempat dah menarik tapi internet takde, boleh jadi gila jugak gaisss.

Sekiranya kau orang mempunyai pelbagai pilihan untuk menjalankan kelas, eloklah kau orang tukar – tukar tempatnya. Di perpustakaan ke, makmal komputer ke, makmal sains ke, dewan ke. Untuk mengelakkan kau orang rasa bosan.

Keenam, sediakan barang.

Yang ini, bukan keperluan.

Kalau kau orang rasa tak nak sediakan pun, takde masalah. Nia sediakan barang – barang ni sebab nia nak adakan rasa semangat serta seronok semasa mengajar di kelas. Antara barang yang sediakan ialah lampu + bluetooth speaker, headphone, microphone, webcam dan meja lipat.

Nia harap tips yang nia berikan kali ni dapat membantu kau orang semua :)

Sumber gambar: google.com

Friday, July 28

PERIBADI: Pengalaman Menempuhi PKP

[CERITA LAMA TAPI BARU NAK DIKONGSI, MAAFKAN SAYA]




Assalamualaikum semua :)

Semasa virus covid19 mulai mengganas di Malaysia, kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya rakyat berkurung di dalam rumah dan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk membeli barangan keperluan harian.

Mula – mula tu nia rasa seronok sebab dapat bercuti daripada kerja. Ingatkan sekejap sahaja, dalam dua minggu macam tu tapi tak sangka pulak #pkp akan bersambung sehingga berbulan – bulan.

Jadi bila dah terlalu lama berkurung dalam rumah, nia jadi tertekan dan kemurungan. Sebelum ni bebas nak pergi ke mana sahaja, tiada siapa nak kisah mahupun peduli. Tapi kali ni baru keluar ke laman rumah, semua orang dah perhati je gerak geri kita. Nak pergi ke kedai untuk beli barang pun jantung berdebar lain macam. Mata melilau pandang kiri kanan. Dah semacam penjenayah je nia rasa ketika tu.

Semasa #pkp dilaksanakan, budaya bekerja dari rumah mula diperkenalkan buat pertama kalinya. Seperti orang lain, nia juga berasa janggal serta terpinga – pinga nak menyesuaikan diri dengan budaya baru ini. Bekerja dari rumah merupakan satu budaya asing dan macam biasalah, nak biasakan diri dengan sesuatu yang baru mesti akan ambil masa. But like I said earlier, I’m getting stressed from the lockdown.

Makanya, nia takde mood nak bekerja. Nia langsung tak nak ambil tahu cara melaksanakan kelas online, melakukan aktiviti dengan pelajar dan sebagainya.

Nia tak tahulah pihak pengurusan mahupun cikgu – cikgu lain perasan ataupun tidak tetapi nia tahu performance nia jatuh teruk. Kerja memang nia buat ala kadar sahaja. Lepas tu idea semua bagi last minute. Bila ada perbincangan, nia lebih suka dengar dan perhati daripada turut serta. Lesson plan pun nia recycle je. Malas nak cari idea dan malas nak fikir aktiviti menarik.

Kalau tak sebelum ni, nia mesti akan cari pelbagai aktiviti menarik dekat internet untuk dijadikan rujukan. Sebab iyelah, kalau belajar menghadap buku sahaja pun membosankan jugak. Jadi bila ada pelbagai aktiviti, takdelah budak – budak rasa pembelajaran tu kurang menarik.

Apabila lesson plan pun nia dah malas nak buat, nak mengajar kelas online lagilah malas jadinya. Langsung tak bersemangat nak mengajar. Nia punya hilang semangat mengajar tu sampai tahap tak mandi pun hanya basuh muka sahaja dan terus buat kelas online. Kau orang boleh bayangkan tak?

Penampilan mengajar masa tu, selekeh habis. Sarung kemeja – t dengan tudung sarung je. Kadang tu, pakai baju tidur je masuk mengajar. Budak – budak tengok pun takde semangat nak belajar. Sarapan pun nia tinggalkan, biar je perut kosong. Lepas habis kelas online, nia tidur.

Lifeless.

Itulah kehidupan nia semasa #pkp1.0.

Bila dah masuk #pkp2.0 dan juga #pkp3.0, nia dah mula menyesuaikan diri dengan keadaan berkurung dari rumah jadi aktiviti harian nia pun mulai berubah. Nia cuba untuk bangun pagi dan ambil sarapan. Bila masuk tengah hari, nia masakkan makanan untuk abah. Petang – petang, nia cuba buat aktiviti dekat luar supaya tak rasa rimas asyik terkurung dekat dalam je.

Nia perasan bila aktiviti harian nia berubah, rasa tertekan tu hilang. Pengajaran yang nia dapat daripada #pkp1.0 adalah nia perlu buat aktiviti yang menyeronokkan ketika berkurung dalam rumah. Jangan layankan sangat perasaan tertekan itu. Create new hobby. Antara hobi yang nia buat semasa #pkp ialah mewarna, membaca dan berkebun. Bila kita ada benda yang nak dibuat, kita takkan terasa terkurung sangat.

Kau orang punya pengalaman menghadapi #pkp macam mana pulak?



Sumber gambar: google.com

Friday, January 28

PERIBADI: Pengalaman Mengambil Vaksin AstraZeneca di PWTC

Assalamualaikum semua :)

Pada 30 Mei 2021 yang lalu, nia telahpun selamat menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) PWTC.

Proses pengambilan vaksin:

Before entrance polis akan semak butiran temujanji untuk pastikan kau orang hadir pada slot masa serta tarikh yang betul. Kemudian, mereka akan beritahu hala tuju kau orang yang seterusnya depending on your station.

At first entrance, kau orang kena scan qr code mysejahtera, ambil suhu dan sanitize tangan masing – masing. Disini, dia orang semak semula butiran temujanji kau orang. Kemudian, mereka akan tengok pulak profile mysejahtera untuk pastikan kau orang berada dalam golongan low risk. Sesudah itu, mereka akan berikan arahan kemana patut kau orang pergi seterusnya.

At second entrance, kau orang akan disuruh scan qr code mysejahtera dan tunjukkan butiran temujanji kepada pegawai yang bertugas. Sekali lagi, mereka akan tengok profile mysejahtera untuk pastikan kau orang berada dalam golongan low risk. Setelah itu, mereka akan bagi arahan untuk kau orang naik escalator terus ke tingkat empat.

At third entrance, ulang semula proses scan qr code mysejahtera, ambil suhu dan sanitize tangan masing – masing. Sukarelawan disitu akan periksa butiran temujanji kau orang sekali lagi sebelum memberikan nombor giliran. Kemudian, kau orang boleh pilih tempat duduk yang selesa serta tidak terlalu padat dengan orang ramai. Di atas kerusi ada disediakan dua borang persetujuan untuk kau orang isi. Please listen to the instruction given by their fasilitators carefully. Mereka ada berikan arahan as to how to fill in the form correctly. Bila dah selesai isi borang, just wait patiently for your turn. As in my case, my number pops out in less than 5 minutes. Just enough time for you to complete the form eyy? Jangan main phone yee, nanti terlepas nombor giliran.

At forth entrance, sukarelawan sekali lagi akan semak butiran temujanji masing – masing. Kemudian mereka akan beri arahan kaunter pendaftaran nombor berapa yang kau orang perlu tuju. Just show your IC to person – in – charge and they will do the rest for you. Easy peasy!

At fifth entrance, you will have a brief consultation session with doctor. Anything you want to ask regarding the vaccine, symptoms etc, you may do so at this point. While doing consultation, doctor will take times to also fill in the consent form in the witness part.

At sixth entrance, it’s finally time to get vaccinated. Yahooooo! Dengar sahaja arahan sukarelawan as to which room you needed to go. Jangan takut dengan doktor yang bakal berikan vaksin tu. Setakat ni, semua kata mereka peramah dan pandai menenangkan hati orang yang sedang gemuruh.

At seventh entrance, you’ll be observed by the staff for fifteen minutes in case you developed allergy symptoms etc. Masa ada dekat sini, kalau ada rasa tak selesa boleh terus sahaja angkat tangan dan bagitahu kepada pegawa yang bertugas. Mereka akan membantu.

And that’s all!

Nampak macam panjang dan lama sahaja prosesnya kan? But it takes me less than 30 minutes to complete the whole process.

Siapa lagi yang dah ambil vaksin? What’s your story about it?

Nota kaki: ketika nia menulis cerita ni, nia, abah dan juga adik nia sudahpun lengkap dua dos vaksin AstraZeneca. Alhamdulillah! #journeytoherdimmunity

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.