Showing posts with label design blog. Show all posts
Showing posts with label design blog. Show all posts

Friday, July 10

BLOGGER: Dayang Deno Dalam Ingatan

Assalamualaikum semua :)

Ada tak diantara kau orang semua yang kenal dengan blogger Dayang Deno?

Untuk pengetahuan dan juga makluman buat kau orang yang masih tidak tahu, Dayang Deno telahpun meninggal dunia pada 25 Januari 2020 yang lalu. Innalillahiwainnailaihirojiun. Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fuanha.

Dayang Deno merupakan seorang blogger yang menetap di Terengganu bersama dengan keluarganya. Pertama kali nia kenal dengan Dayang Deno adalah melalui giveaway yang dianjurkan olehnya. Bermula daripada situ, nia selalu singgah blog Deno untuk baca entry – entry yang dia tulis.

Muka Deno ni nampak lembut je dan melalui komen – komen yang ditinggalkan oleh pembaca blog dia, ramai yang kata perwatakan Deno pun lembut dan juga ramah. Suka bertegur sapa. Deno ni kecil molek orangnya. Comel sangat.



Daripada pembacaan nia dekat blog Deno, nia dapat tahu dia merupakan salah seorang yang menghidapi penyakit SLE ataupun turut dikenali sebagai LUPUS sejak berumur 12 tahun lagi. Masa nia baca blog Deno tu, seringkali terlintas dalam fikiran nia macam manalah dia boleh lalui semua tu.

Tak penat ke?

Tak sakit ke?

Tak putus asa ke?

Kalau kau orang baca coretan Deno dalam blog, kau orang boleh rasa ketabahan dan kesabaran dia dalam menjalani kehidupan seharian. Walaupun pembelajaran dia seringkali terganggu tetapi Deno tetap tak menyerah kalah. Dia habiskan juga pelajaran.

Walaupun dia tak dapat nak bekerja macam rakan sebaya yang lain, Deno tak ambil hati. Dia cari rezeki dengan menggunakan kemahiran yang dia ada. Deno sangat kuat. Dalam banyak – banyak blogger yang nia kenal dan suka, Dayang Deno merupakan satu – satunya blogger yang nia jadikan role model.

Kemudian nia tengok Deno mula post hasil – hasil karya lukisan dia dekat blog. Semuanya cantik dan paling penting kemas. Awal – awal dulu Deno ada membuat khidmat tempahan design blog tetapi selepas dia aktif melukis dia dah tak ambil dah tempahan design blog. Leceh dan banyak kerja katanya.


Semoga Dayang Deno ditempatkan dalam kalangan orang – orang yang beriman, amin. Kepada semua pembaca yang beragama Islam, diharapkan sudilah kiranya kau orang semua sedekahkan bacaan surah alfatihah buat Dayang Deno.




Sumber gambar: google.com, Blog Dayang Deno

Monday, March 4

BLOG: Designer Blog

Assalamualaikum semua :)

Kau orang perasan tak apa yang lain dengan blog nia ni?



Perasan tak?



Perasan tak?



Perasan tak?



Perasan tak?



Perasan tak?



KE TAK PERASAN LANGSUNG?

HAHAHAHAHA

Okeylah, nia bagitahu kau orang apa yang lainnya dengan blog seketul nia emkay ni.

BLOG NIA EMKAY DAH BERWAJAH BARUUUUUUUU!

*throw confetti and applause loudly, please*

Sebelum ni blog nia berwarna merah jambu. Acah – acah romantis, acah – acah lembah lembut, acah – acah sopan santun gitu. Sekarang ni warnanya dah berubah jadi warna hijau pulak. Rasa tenang je tengok blog warna hijau ni, ye dak?

Sekali tengok, rasa tenang.

Dua kali tengok, bertakung air liur nia sebab teringatkan limau nipis. HAHAHAHA

Untuk pengetahuan kau orang, blog nia ni memang akan bertukar wajah setiap kali nia kembali menulis setelah bercuti panjang. Sebelum ni kan nia dah buat keputusan untuk berhenti menulis blog kejap kan?

Awal bulan dua hari tu baru nia tergerak hati nak menulis kembali di blog kesayangan ni. Kalau kau orang terlepas entry pertama nia hari tu, jangan risau. Nia akan sediakan link kat bawah ni untuk kau orang semua baca kembali.


Disebabkan blog nia dah berwajah baru, nia dengan berbesar hatinya nak berkongsi dengan kau orang semua tentang tiga orang designer blog yang pernah tolong nia mencantikkan wajah blog nia.

1 – Dayang Deno

Deno merupakan designer blog pertama yang menolong nia cantikkan wajah blog nia. Satu sebab kenapa nia tergerak hati nak mendapatkan khidmat Deno sebab dia boleh lukis doodle kartun yang comel – comel.

Kalau kau orang tak percaya, kau orang boleh tengok wajah blog nia yang pernah dia ubah dulu.


Ini blog nia yang pertama dan telahpun nia padam sebab malu gila dengan entry – entry dalam tu. Banyak membebel pasal cinta dan kisah bertepuk sebelah tangan dengan mamat dalam kelas bangunan sebelah.

Adoyaiiiiiiii, malunyaaaaaa!

Tapi tengoklah design yang Deno buat ni. Cantikkan? Nia paling jatuh hati dengan kartun yang duduk atas buaian dekat tepi tingkap tu. Dah macam perempuan tengah tungguh rombongan meminang datang ke rumah dah gayanya. KAH!


Ini pulak design blog Nia Emkay yang mula – mula. Dengan menggunakan warna ungu dan silver sebagai warna tema, Deno pandai sekali membuat kejutan dekat header blog tu. Gambar kat header tu nampak macam gambar selfie kan? Nia tak pernah terfikir pun nak request buat doodle macam tu.

Sayangnya sekarang ni Deno dah tak ambil tempahan untuk design blog lagi dah. Kalau ada yang nak tahu, Deno ni merupakan salah seorang pesakit yang menghidapi penyakit LUPUS. Jadi atas sebab kesihatan, Deno dah tak ambil lagi dah tempahan design blog.

Apa – apa pun, terima kasih banyak – banyak nia ucapkan kepada KakDeno sebab sudi menolong nia untuk cantikkan blog ni. Semoga KakDeno diberikan kesihatan yang baik, umur yang diberkati dan sentiasa ceria serta bahagia disamping orang yang tersayang. Amin :)

2 – Sis Hawa

Designer blog kedua yang telah membantu nia mencantikkan blog ialah Sis Hawa. Nia minta untuk tukarkan terus warna blog daripada ungu kepada merah jambu supaya nampak keperempuanan sikitlah. Dan sesekali nak jugak perasan girly – girly walaupun hakikatnya nia ni sejenis keras kaku dan kasar.

HAHAHAHAHAHA


Nia paling tertarik dengan header blog. Ada elemen vintage dan bohemian. Nia minta dengan Sis Hawa untuk buatkan header blog yang ada elemen vintage dan bohemian sebab masa tu tengah minat gila – gila dengan dua elemen tu. Sampaikan nak ikat rambut pun mesti nak tengok tutorial ikat rambut style vintage dan bohemian. Gigih ke gigih?

HAHAHAHAHA

Apa – apa pun, terima kasih banyak – banyak nia ucapkan kepada Sis Hawa sebab sudi menolong nia untuk cantikkan blog ni. Semoga Sis Hawa diberikan kesihatan yang baik, umur yang diberkati dan sentiasa ceria serta bahagia disamping orang yang tersayang. Amin :)

3 – Cik Farah

Dan designer blog ketiga yang telah membantu nia untuk mencantikkan blog ialah Cik Farah. Rupa blog nia yang sekarang ni adalah hasil kerja tangan Cik Farahlah. Cantik ke cantik?

Nia minta Cik Farah tukarkan warna blog kepada warna hijau sebab saja nak beralih arah. Lagipun jarang nia jumpa blog yang berwarna hijau. Kebanyakkan blog yang nia jumpa samada warna putih, merah, merah jambu ataupun biru.

Cantik pulak warna hijau yang Cik Farah gunakan ni. Tapi kenapa nia dok asyik terbayangkan limau nipis je sejak tengok rupa blog nia yang baru ni? Cik Farah ada makan ikan siakap stim limau nipis ataupun minum limau ais ke masa buat blog nia ni?

HAHAHAHAHA

Gurau – gurau je ye, Cik Farah. Jangan ambil hati naaaaa ~

Apa – apa pun, terima kasih banyak – banyak nia ucapkan kepada Cik Farah sebab sudi menolong nia untuk cantikkan blog ni. Semoga Cik Farah diberikan kesihatan yang baik, umur yang diberkati dan sentiasa ceria serta bahagia disamping orang yang tersayang. Amin :)

Cantik ke tidak rupa blog nia yang baru ni? Komen sikit kat bawah ni.

:)

Kredit Gambar: Blog Dayang Deno

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.