Friday, July 10

BLOGGER: Dayang Deno Dalam Ingatan

Assalamualaikum semua :)

Ada tak diantara kau orang semua yang kenal dengan blogger Dayang Deno?

Untuk pengetahuan dan juga makluman buat kau orang yang masih tidak tahu, Dayang Deno telahpun meninggal dunia pada 25 Januari 2020 yang lalu. Innalillahiwainnailaihirojiun. Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fuanha.

Dayang Deno merupakan seorang blogger yang menetap di Terengganu bersama dengan keluarganya. Pertama kali nia kenal dengan Dayang Deno adalah melalui giveaway yang dianjurkan olehnya. Bermula daripada situ, nia selalu singgah blog Deno untuk baca entry – entry yang dia tulis.

Muka Deno ni nampak lembut je dan melalui komen – komen yang ditinggalkan oleh pembaca blog dia, ramai yang kata perwatakan Deno pun lembut dan juga ramah. Suka bertegur sapa. Deno ni kecil molek orangnya. Comel sangat.



Daripada pembacaan nia dekat blog Deno, nia dapat tahu dia merupakan salah seorang yang menghidapi penyakit SLE ataupun turut dikenali sebagai LUPUS sejak berumur 12 tahun lagi. Masa nia baca blog Deno tu, seringkali terlintas dalam fikiran nia macam manalah dia boleh lalui semua tu.

Tak penat ke?

Tak sakit ke?

Tak putus asa ke?

Kalau kau orang baca coretan Deno dalam blog, kau orang boleh rasa ketabahan dan kesabaran dia dalam menjalani kehidupan seharian. Walaupun pembelajaran dia seringkali terganggu tetapi Deno tetap tak menyerah kalah. Dia habiskan juga pelajaran.

Walaupun dia tak dapat nak bekerja macam rakan sebaya yang lain, Deno tak ambil hati. Dia cari rezeki dengan menggunakan kemahiran yang dia ada. Deno sangat kuat. Dalam banyak – banyak blogger yang nia kenal dan suka, Dayang Deno merupakan satu – satunya blogger yang nia jadikan role model.

Kemudian nia tengok Deno mula post hasil – hasil karya lukisan dia dekat blog. Semuanya cantik dan paling penting kemas. Awal – awal dulu Deno ada membuat khidmat tempahan design blog tetapi selepas dia aktif melukis dia dah tak ambil dah tempahan design blog. Leceh dan banyak kerja katanya.


Semoga Dayang Deno ditempatkan dalam kalangan orang – orang yang beriman, amin. Kepada semua pembaca yang beragama Islam, diharapkan sudilah kiranya kau orang semua sedekahkan bacaan surah alfatihah buat Dayang Deno.




Sumber gambar: google.com, Blog Dayang Deno

2 comments:

  1. Kenal2, haritu pun rumah arwah terbakar jugk kan? Suka tgk artwork2 DD, semua cantik2, siap boleh buat mural doodle kt dinding lagi. Al-fatihah DD..

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.