Assalamualaikum semua :)
Hari ni nia akan sambung cerita mengenai kehebatan restu atau doa
ibu bapa untuk bahagian yang terkahir iaitu bahagian ketiga. Kalau ada diantara
kau orang yang terlepas membaca bahagian satu dan bahagian dua, bolehlah klik
link yang telah nia sediakan di bawah ini.
Bahagian 3 – Diploma in TESL vs Diploma in Electrical Engineering
Sejak dari kecil lagi, nia memang bercita – cita untuk menjadi
seorang jurutera dan sewaktu nia nak membuat permohonan melanjutkan pelajaran di
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dalam jurusan Diploma in Electrical
Engineering, abah memberikan lampu hijau.
Lagipun, abah memang mahukan nia menjadi seorang jurutera
elektrikal. Senang nak cari kerja memandangkan abah sendiri pun bekerja dalam
bidang kejuruteraan. Busuk – busuk pun abah boleh tolong rekomen dekat bos
abah.
Jadi, nia pun mohonlah dekat KUIM. Bila ibu dapat tahu nia mohon
dekat KUIM, ibu tak setuju sebab tempat tu jauh daripada rumah. Susah kalau nia
nak berulang – alik setiap minggu. Masa ni, ibu dah jatuh sakit dan sudahpun
masuk ke hospital. Jadi, abah dan nia kena berganti – ganti untuk menjaga ibu
di hospital.
Bila ibu dah tak setuju tu, nia pun carilah kursus diploma lain
dekat kolej – kolej yang berhampiran dengan rumah. Cari punya cari, terjumpa
pulak dengan laman web KUPTM. Nia tinjau – tinjau kursus yang ditawarkan dan
nia membuat keputusan untuk memohon jurusan Diploma in Teaching English as a
Second Language (TESL).
Ibu memang setuju habislah nia mohon dekat KUPTM tu sebab memang
dekat sangat dengan rumah nia. Tambahan pula, kakak sepupu nia pun belajar kat
situ jugak. Senang. Kalau ada apa – apa hal, boleh minta tolong dengan kakak
sepupu nia tu.
Nak dijadikan cerita, surat tawaran KUPTM sampai dulu. Tarikh
mendaftar masuk ialah seminggu kemudian tu. Disebabkan surat tawaran daripada KUPTM
sampai dulu, nia pun terima je tawaran tu. Sangkaan nia, tak dapat tawaran
daripada KUIM sebab kelulusan tak mencukupi.
Tup tup, seminggu lepas masuk KUPTM datang pulak surat daripada
KUIM suruh mendaftar masuk pada minggu berikutnya. Memang nia tolak jelah
tawaran KUIM tu sebab yuran pendaftaran semua nia dah bayar dan nia sudahpun
memohon pinjaman biasiswa MARA.
Nampak tak kehebatan restu ibu bapa dalam setiap pilihan yang kita
buat? Kalau apa yang kita pilih tu tak mendapat restu mereka, buatlah apa
sekalipun tetap tak menjadi. Harap – harapnya dengan perkongsian pengalaman nia
ni akan menjadi satu pelajaran berguna untuk kau orang semua mengetahui tentang
kehebatan restu ataupun doa ibu bapa.
Semoga kita bertemu kembali sebagai keluarga di akhirat sana, amiin, |
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)