Monday, September 25

DRAMA: Fight For My Way

Assalamualaikum semua :)

Untuk review drama korea kali ini, nia akan kongsikan review tentang drama yang bertajuk ‘Fight For My Way’ lakonan Park Seo Joon dan juga Kim Ji Won.

Oh ya, kalau ada yang terlepas entry review drama korea yang nia buat sebelum ni, kau orang boleh tekan link yang telah nia sediakan kat bawah ni.


*******

Drama ini tentang Ko Dong Man seorang ahli taekwondo yang berhenti daripada menjadi atlit setelah kalah dalam perlawanan menentang Kim Tak Su. Setelah berhenti daripada menjadi atlit, Ko Dong Man bekerja sebagai seorang doktor penghapus tungau ataupun hama.


Ko Dong Man mempunyai tiga kawan yang rapat dengannya semenjak dari zaman sekolah iaitu Choi Ae Ra, Sul Hee dan juga Joo Man. Mereka sering meluangkan masa bersama – sama di Namil Bar yang terletak di atas bumbung rumah mereka berempat.

Choi Ae Ra bercita – cita untuk menjadi seorang juruhebah ataupun announcer sedari kecil lagi. Namun, dia tidak pernah pergi temuduga untuk jawatan tersebut kerana latar belakang pendidikannya yang tidak cukup kuat ditambah pula dengan pengalaman yang tidak mencukupi.


Sul Hee dan Joo Man pula merupakan pasangan kekasih yang bekerja dalam bangunan yang sama. Walaupun mereka merupakan sepasang kekasih yang romantik dan saling mengambil berat antara satu sama lain tetapi hubungan mereka menjadi retak apabila orang ketiga hadir di antara mereka dan sifat merahsiakan sesuatu menambahkan lagi luka dalam jiwa mereka

*******

Nia baru sahaja habis tengok drama ni hari tu. Meleleh air mata bila tengok babak Choi Ae Ra kena tipu dengan Park Moo Bin. Serius rasa nak hadiahkan dua das penumbuk padu dekat perut dengan dada dia. Biar dia rasa betapa kuatnya penangan tumbukan seorang wanita. Ecewahhh.


Nia juga rasa geram teramat sangat dengan pasangan kekasih Sul Hee – Joo Man. Geram gila dengan Joo Man yang melayan perempuan lain baik – baik dengan alasan perangai perempuan tu mengingatkan dia kepada Sul Hee ketika gadis itu masih muda.

Sul Hee pulak nia geram dengan dia sebab dia terlalu baik sangat. Pergi ke majlis bakal kakak ipar dia, bawak makanan minuman cenderahati apa semua tetapi langsung tidak dihargai. Kena kutuk, kena perli dengan keluarga Joo Man lagi adalah. Tapi itupun Sul Hee masih sanggup tunggu kat majlis tu untuk bersihkan sampah, cuci pinggan apa semua. Dah kenapa baik sangat ni, Sul Hee – ah?!

Tapi apa yang nia suka dengan drama ni adalah sifat tidak mudah putus asa yang ditunjukkan oleh Ko Dong Man dan Choi Ae Ra dalam mencapai cita – cita mereka walaupun gagal banyak kali.


Dan juga semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh mereka berempat. Serius cakap, mana nak cari kawan yang akan tinggal kat tempat yang sama dan sentiasa meluangkan masa untuk satu sama lain. Nia dengan kawan – kawan nia yang rapat pun tak macam tu tau.

HAHA, tiba – tiba emo.

Jumlah Episod: 16
Rating: 4.5 / 5

Sumber gambar: google.com

4 comments:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.