Friday, July 31

TADIKA: Anak Tak Nak Ke Sekolah Sebab Cikgu, Jangan Terus Serang!

Assalamualaikum semua :)

Pernah tak kau orang semua berhadapan dengan situasi anak tiba – tiba tak nak ke sekolah?

Bila kita kejutkan bangun pagi, elok sahaja dia bangun dan bersihkan diri. Kemudian duduk bersarapan pagi sama – sama dan bergerak keluar untuk menuju ke sekolah. Tapi bila dah sampai kat sekolah, meraung tak nak masuk dan minta dihantarkan balik ke rumah. Pulakkkkkkkk

Sebelum ni elok sahaja dia ceria dan riang bila diajak ke sekolah. Malahan setiap kali balik dari sekolah, ada sahaja cerita yang nak dikongsikan bersama. Tapi sekarang bila diajak bercerita tentang sekolah, airmata yang luruh bersama lelehan hingus. Aduhhhh, parah ni.

Bila ditanya sebab tak nak ke sekolah, dia berikan aneka jawapan. Cikgu garang, cikgu denda, cikgu marah, cikgu cubit, cikgu itu, cikgu ini.

Sebagai ibubapa, tentu sahaja rasa marah dan geram akan meletus dalam jiwa bila dengar rintihan anak – anak. Tambahan pula bila sebelum ni anak takde masalah nak ke sekolah tapi sekarang merengek meraung tak nak pergi sekolah lagi.

T       A       P       I                           T       A       P       I                           T       A       P       I

Jangan bertindak terburu – buru.

Jangan buat keputusan melulu.

Jangan hilang pertimbangan akal yang rasional.

Apa tindakan yang perlu ibubapa ambil untuk menyelesaikan masalah ini?



1 – Cerita situasi pada pihak pengurusan

Tindakan pertama ibubapa perlu ambil ialah menceritakan situasi yang dialami sekarang kepada pihak pengurusan sekolah. Samada melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, whatsapp, telegram ataupun mana – mana saluran yang digunakan oleh ibubapa untuk berhubung dengan pihak pengurusan sekolah.

Nia ulang sekali lagi ye, ceritakan situasi pada pihak pengurusan sekolah.

Jangan cerita pada guru kelas ataupun mana – mana guru lain. Dan jangan dicanangkan pula situasi tersebut kepada mana – mana ibubapa yang turut menghantar anak masing – masing ke sekolah tersebut. Hanya maklumkan kepada pihak pengurusan sekolah sahaja.

Kenapa pihak pengurusan sekolah je yang boleh tahu?

Supaya mereka boleh siasat terlebih dahulu mengenai situasi berkenaan. Kalau ibubapa dah bising – bising tentang perkara yang belum ada kepastian, susahlah untuk pihak pengurusan menyiasat tentang perkara ini.

Selain itu untuk mengelakkan juga ibubapa lain daripada menyimbah minyak ke dalam api yang tengah marak. Kadang – kadang isu tu berpunca daripada salah faham sahaja tapi bila dah dicanangkan ke sana ke mari, pemahaman masing – masing pulak berbeza terus jadi masalah besar.

Jadi, ceritakan situasi hanya pada pihak pengurusan sekolah supaya mereka boleh mengambil tindakan selanjutnya seperti bertanya pada murid dan guru, mengumpul bukti, dsb.

2 – Jumpa dengan pihak pengurusan serta guru kelas

Sekiranya boleh, jangan hanya berhubung melalui telefon dan sosial media sahaja tetapi aturkan juga temujanji untuk berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah serta guru kelas bagi menyelesaikan masalah dengan cara berhemah.

Lagipun apabila mengadakan perjumpaan ni sedikit sebanyak boleh mengelakkan salah faham yang berkemungkinan akan timbul disebabkan masalah komunikasi.

Tapi kalau ibubapa tak sedia nak bersemuka dengan guru kelas, maklumkan pada pihak pengurusan. Mungkin rasa geram dan marah masih terbuku dalam hati, jadi tak boleh nak pandang bayang – bayang guru tu lagi kan. Takde masalah pun. Bagitahu je terus terang dengan pihak pengurusan. Mereka pun mesti faham.

3 – Minta pandangan

Mintalah pandangan daripada pihak pengurusan serta guru – guru berkenaan masalah yang dialami. Mungkin ibubapa buntu kerana tidak mempunyai penyelesaian kepada masalah tersebut tetapi guru – guru ada penyelesaiannya. Jadi tak salah rasanya kalau ibubapa bertanyakan pandangan mereka. Tambahan pula kalau guru tersebut sudah lama berkecimpung dalam bidang Pendidikan Awal Kanak – Kanak (PAKK).

Act dumb and you’ll learn :)

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.