Assalamualaikum semua :)
Pada hari Jumaat yang lepas, ada satu berita yang sangat memilukan
hati para blogger. Shea Rasol yang sedang bertarung dengan penyakit kanser
urachal telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihi raji’un.
Takziah nia ucapkan kepada kaum keluarga Shea Rasol, sahabat
handai, para pembaca blog My Amethyst dan juga peminat – peminat Shea dari
dunia fesyen.
Shea ceritakan juga bagaimana perasaan dia apabila doktor
mengesahkan bahawa dia menghidap kanser. Shea juga bagitahu macam mana dia
bertarung dengan perasaan untuk menerima hakikat bahawa dia merupakan salah
seorang daripada pesakit kanser. Melalui penulisan Shea tu, nia dapat rasa
betapa kecewa dan sedihnya dia ketika mendapat tahu mengenai penyakitnya. Namun
dalam pada masa yang sama, nia dapat rasakan yang Shea redha dengan rancangan
ALLAH terhadap Shea.
Shea kuat, sungguh nia cakap. Dia tidak berhenti dengan fikiran
positif dan menanamkan pelbagai aktiviti serta amalan positif untuk dilakukan
sewaktu sakit. Senyuman memang tidak pernah lekang dari bibirnya. Walaupun
seringkali letih dengan rawatan yang perlu dilakukan tetapi Shea tak pernah
kongsikan di Instagram. Itu tandanya dia kuat.
Sehingga ke hari ni, masih ada lagi orang yang post gambar beserta
kata – kata terakhir untuk Shea. Semua yang mereka coretkan adalah berkaitan
dengan peribadi Shea yang sangat baik dan sukar untuk diganti. Benarlah orang
kata, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Al – fatihah buat Farah Syahirah bt Rasol.
Sumber gambar: google.com
sangat tak sangke kan.. alfatihah untuk shea..
ReplyDelete