Assalamualaikum semua :)
Memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir tiba, jadi nia bercadang
untuk kongsikan tips buat para ibu bapa di luar sana tentang cara – cara
mengajar anak supaya berpuasa seawal umur empat tahun.
Mendidik anak kecil untuk berpuasa bukanlah satu tugas yang mudah
buat ibu bapa, nia akui tentang perkara itu. Atas pengalaman nia sendiri,
kebanyakkan ibu bapa berdepan dengan pelbagai masalah apabila hendak menyuruh
anak – anak mereka berpuasa. Bila dah banyak masalah, ibu bapa pun berputus asa
daripada melatih anak mereka untuk berpuasa.
1 – Bagitahu maksud puasa
Pertama sekali, ibu bapa perlu beritahu anak – anak tentang maksud
puasa. Kanak – kanak ni sifat ingin tahu mereka sangat membuak – buak jadi
mereka pasti tertanya – tanya apa itu puasa. Jadi, perkenalkan dahulu apa itu
puasa kepada mereka semua untuk memuaskan hati anak – anak tersebut.
Tak tahu nak buat ayat macam mana untuk menerangkan maksud puasa
kepada anak – anak? Bagi je maksud puasa yang ada dalam buku teks sekolah tu
pada mereka. Bukannya nak bagi anak – anak hafal maksud puasa cuma nak bagi
mereka faham dan tahu je.
Puasa itu maksudnya menahan diri daripada lapar dan dahaga. Orang islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
2 – Sebab perlu puasa
Bila anak – anak dah tahu maksud berpuasa, barulah ibu bapa boleh
terangkan sebab – sebab mereka perlu berpuasa selama sebulan. Elakkan daripada
memberikan sebab seperti perintah Allah, kewajipan orang islam dan sebagainya
sahaja kepada anak – anak kerana mereka belum mengerti lagi tentang perkara –
perkara seperti itu.
Ada kemungkinan anak – anak tersebut tidak boleh menerima sebab itu
dan seterusnya menyoal kembali ibu bapa dengan pertanyaan – pertanyaan yang
tidak terjangka dan sukar untuk dijawab ibu bapa.
Seeloknya, selitkan bersama kebaikan berpuasa dari sudut sains
seperti sistem penghadaman boleh berehat daripada bekerja dan membersihkan
perut daripada segala bendasing serta toksik.
3 – Ganjaran berpuasa
Yang ketiganya ialah memberitahu anak – anak tentang ganjaran
berpuasa. Anak kecil ni bila mereka dah melakukan sesutau perkara dengan elok
pastinya mereka akan mengharapkan ganjaran daripada ibu bapa mereka walaupun
hanya sebiji gula – gula ataupun dengan belanja mereka makan diluar.
Betul ke betul?
Jadi, ibu bapa perlu beritahu anak- anak tentang ganjaran berpuasa.
Apabila mereka berjaya puasa selama satu hari mereka akan diberikan ganjaran
pahala dan boleh berbuka puasa bersama – sama dengan ahli keluarga yang lain.
Sekiranya mereka tidak berpuasa, mereka perlu makan berasingan daripada ahli
keluarga yang berpuasa.
Apabila mereka berjaya puasa selama tiga puluh hari dalam bulan
Ramadhan, mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri dan berpakaian baru.
Sekiranya tidak cukup, mereka masih lagi boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri
tetapi tidak berpakaian baru.
Sekiranya ibu bapa mahu memberikan ganjaran, pastikan ganjaran yang
ditawarkan itu mampu untuk ibu bapa tunaikan. Contohnya, sekiranya anak kecil
mampu berpuasa penuh satu bulan mereka akan dibawa jalan ke Legoland.
Pastikan ibu bapa menunaikan janji dengan membawa anak mereka ke
Legoland sekiranya anak kecil itu mampu berpuasa penuh satu bulan. Dikhuatiri
sekiranya tidak ditunaikan janji tersebut, di kemudian hari nanti ibu bapa akan
dilabel menipu oleh anak – anak sendiri.
Jadi ingat, tawarkan ganjaran yang mampu ditunaikan oleh ibu bapa.
4 – Permulaan puasa setengah hari.
Anak – anak kecil terutamanya yang berusia empat tahun ni masih
belum biasa berpuasa dan belum ada pengalaman berpuasa lagi. Jadi, ibu bapa
perlu melatih mereka secara perlahan – lahan. Mulakan latihan puasa dengan
mengajar anak berpuasa setengah hari pada minggu pertama bulan Ramadhan.
Sekiranya mereka mampu bertahan, pada minggu kedua nanti naikkan
satu atau dua jam. Begitulah seterusnya sehingga minggu terakhir dalam bulan
Ramadhan. Ingat, naikkan jam berpuasa sekiranya anak – anak tadi mampu untuk bertahan.
Sekiranya mereka tidak mampu bertahan, jangan naikkan jam. Takut nanti
membebankan anak – anak dan menghilangkan minat mereka untuk berpuasa.
Mereka masih kecil dan masih mempunyai waktu untuk berlatih lagi.
Jangan terlalu memaksa sehingga akhirnya memudaratkan anak – anak.
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)