Assalamualaikum semua :)
Nia sudahpun selesai menonton cerita animasi Cars 3 tempoh hari
bersama dengan abah dan juga adik. Woohoooooo! *tepuk tangan* Nia
merupakan peminat cerita animasi Cars dan sebagai buktinya, nia telahpun
menonton kesemua siri cerita animasi Cars daripada yang pertama hingga yang
ketiga. HAHA
Okey, jom baca review tentang Cars 3.
*******
Kali ini, konflik yang dihadapi oleh Lightning McQueen adalah
Jackson Storm. Jackson Storm merupakan kereta lumba daripada generasi baru dan segala
– galanya tentang Storm adalah teknologi moden. Daripada reka bentuk kepada
latihan yang dijalani sehingga ke teknologi enjinnya. Segala – galanya adalah
baru dan moden.
McQueen mulai rasa terancam adalah pelumba – pelumba veteran
menarik diri daripada perlawanan satu demi satu kerana mereka perlu memberikan
ruang kepada pelumba baru untuk menyerlahkan bakat dan potensi masing – masing.
McQueen tidak mahu menerima hakikat bahawa dia sudah semakin tua dan tidak
mampu lagi untuk berlumba apatah lagi mahu mengalahkan Storm. Semua orang
menyuruhnya untuk bersara daripada sukan lumba kereta.
McQueen membuat perjanjian dengan penajanya untuk membiarkan dia
menentukan bila dia mahu bersara sekirany dia berjaya mengalahkan Storm.
Penajanya bersetuju dengan syarat McQueen mesti berlatih dengan bimbingan
Cruze, pelatih kereta lumba generasi baharu.
Sewaktu latihan, McQueen pergi ke tempat kelahiran Doc ataupun
Hudson Hornet yang merupakan mentor McQueen dalam sukan lumba kereta. Di situ,
dia pelajari satu benda penting. Walaupun semangat Doc untuk terus menceburi
sukan lumba kereta terpadam apabila dia dipaksa bersara bagi memberikan ruang
kepada pelumba baharu. Namun, disebabkan pelumba baharu jugalah dia kembali
menemui jiwanya yang hilang dahulu.
Tak faham? Kena tengok cerita ni sampai sudah, barulah kau orang
boleh hadam apa sebenarnya yang seketul nia nak bagitahu. HAHA
*******
Seperti mana cerita – cerita Cars sebelum ni, cerita kali ini turut
mempunyai jalan ceitanya yang tersendiri dan mampu untuk menarik minat penonton
agar mata terus melekat di skrin panggung wayang. Tapi apa yang pasti, cerita
kali ni lebih menyedihkan dan sangat menyentuh hati. Tambah – tambah bila
McQueen ambil keputusan untuk bersara daripada sukan lumba kereta. Opss! Dah
terbocorkan satu rahsia.
Walau bagaimanapun, kesudahan ceritanya sangat memuaskan hati nia
sebab McQueen mengambil keputusan yang sama sepertimana Hudson Hornet ambil.
Jadi, silalah ke panggung wayang yang berhampiran untuk mengetahui
nasib si merah yang perkasa, Lightning McQueen.
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)