Assalamualaikum semua :)
Baru – baru ni nia ada menonton dua cerita dekat panggung wayang
iaitu ‘The Hitman’s Bodyguard’ dan juga ‘Bad Genius’. Jom baca review
yang nia tulis tentang dua cerita ni.
*******
The Hitman’s Bodyguard merupakan sebuah filem lakonan Ryan Reynolds
dan Samuel L Jackson.
Cerita ni mengisahkan seorang pengawal yang bernama Michael Bryce.
Dia ni merupakan seorang pengawal yang sangat berkaliber dan mempunyai banyak
klien. Yelah, siapa yang nak bagi kerja dekat pengawal yang tak boleh melakukan
kerja dengan bagus, ye tak? Tambah – tambah lagi kalau klien tu merupakan orang
penting dalam pasaran – pasaran gelap ni. Terlibat dengan jualan dadah, senjata
haram dan sebagainya.
Tapi, kerjaya Bryce mulai jatuh merudum selepas klien dia daripada
Jepun bernama Kurosawa telah ditembak mati dalam pesawat depan mata dia
sendiri. Sejak daripada tu, dia bukan lagi seorang pengawal daripada Triple A
yang dimahukan oleh pelbagai orang – orang besar.
Amelia, bekas kekasih Bryce meminta tolong dia untuk menghantarkan
barang ke suatu tempat. Bryce enggan menerima arahan Amelia kerana dia
mengesyaki Amelia telah mengkhianati dirinya untuk mendapat kenaikan pangkat di
Interpol. Tapi, akhirnya Bryce menerima juga arahan tersebut setelah diugut
oleh Amelia.
Sebaik sahaja tiba di tempat Amelia berada, Bryce terkejut dan
terus sahaja bergelut dengan Darius Kincaid yang turut berada di situ. Bryce
tidak percaya bahawa ‘barang’ yang perlu dihantar dengan selamat itu adalah
Kincaid – lelaki yang berkali – kali cuba membunuh dia sebelum ini.
Cerita ni menyeronokkan sebab babak aksi dia sangat pantas dan
paling penting sound effect dia gempak. Bunyi bom meletup, tembak
menembak apa semua memang coolio habislah.
Cuma ada beberapa babak yang mungkin akan membosankan kau orang
sebab terlalu banyak perbualan antara Kincaid dan Bryce. Nia dah lupa dia orang
cakap pasal apa tapi babak Kincaid dan Bryce menbebel tu merupakan babak –
babak awal sebelum konflik terjadi. Kat situ jelah yang nia rasa agak
membosankan. Yang lain semuanya okey.
Nia paling suka babak bila Bryce merajuk dan membebel dengan
penjual minuman keras setelah dia mendapat tahu siapa sebenarnya pembunuh
Kurosawa a.k.a orang yang bertanggungjawab membuatkan dia terbuang daripada
syarikat Triple A. Dan juga babak dimana Bryce tercampak keluar daripada kereta
sebelum sempat dia cakap ‘I Love You’ dekat Amelia.
HAHA.
Antara dialog kegemaran nia ialah:
‘Really?’
‘What happens to the seatbelt rules?’
Tapi cerita ni sangat – sangat tak sesuai untuk kanak – kanak. Tahu
– tahu jelah kalau dah namanya filem aksi, kan? Darah merata – rata, adegan
bunuh – membunuh tu memang sangat ekstrem dan menyilukan. Lagi satu, bahasa
yang dia orang gunakan pun sangat tak elok untuk pendengaran kanak – kanak.
Perkataan ‘fuck’, ‘mother fucker’ boleh didengari dengan jelas dan tidak
terbilang banyaknya perkataan tu muncul.
So yeah, no kids allowed!
Rating: 4 / 5
*******
Bad Genius menceritakan kisah empat orang pelajar sekolah yang
bernama Lynn, Pat, Grace dan juga Bank. Lynn dan Bank merupakan pelajar yang
pintar dan mempunyai memori yang baik tetapi miskin. Manakala Pat dan Grace
pula merupakan pelajar yang lemah dalam pelajaran dan selalu gagal tetapi kaya.
Lynn tolong Grace tingkatkan gred pencapaian akademik dia sebab
Grace perlukan gred 3.25 ke atas untuk terus berada dalam kelab drama. Semasa
peperiksaan, Lynn tuliskan jawapan kat atas pemadam dan berikan kepada Grace. Nampak
tak kesungguhan Lynn nak menolong Grace kat situ? Kalau nia jadi Lynn, nia akan
cakap ‘biaq pi sama Grace, sapa sugho tak mau belajaq?’ Eh, tiba – tiba
tercakap utara pulak. HAHA
Tapi waktu babak ni memang serius membuatkan mata nia terpaku dekat
skrin. Nak mengunyah roti bakar pun tak jadi sebab babak ni saspens ditambah
pula dengan background music dia yang laju dan berdentum – dentum.
Pergh! Berdegup kencang jantungku.
Nak panjangkan lagi cerita, minah Grace ni pergi cerita dekat Pat
yang Lynn tolong dia semasa peperiksaan atas dasar Pat tu teman lelaki dia. Lepas
tu Pat pun cadangkan dekat Lynn supaya Lynn tolong dia dalam peperiksaan.
Pertolongan dia bukan secara percuma tau tetapi dibayar. Satu subjek 3000 baht.
Satu semester ada 13 subjek. Jadi untuk satu tahun tu, Lynn boleh dapat
sebanyak 234 000 baht.
Itu untuk seorang. Tapi Pat ada lagi lima orang kawan yang sanggup
bayar untuk dapatkan jawapan daripada Lynn agar markah mereka meningkat.
Mulanya Lynn keberatan dan ragu – ragu tetapi bila dia kira – kira keuntungan
yang bakal dia dapat dengan hanya memberikan jawapan betul kepada mereka, Lynn
terus bersetuju.
Keadaan mula tidak menyebelahi Lynn apabila Bank memberitahu guru
besar bahawa ada orang cuba menirunya dan Lynn tertangkap dengan kesalahan
memberikan jawapan yang betul dengan orang lain. Disebabkan itu, biasiswa yang
diberikan kepada Lynn ditarik kembali dan dia juga dilarang daripada memohon
biasiswa yang ditawarkan oleh negara Singapura.
Tapi! Cerita ni tak habis setakat itu sahaja.
Grace minta bantuan Lynn sekali lagi untuk memberikan dia jawapan
peperiksaan STIC sebab bapa Pat nak anak dia masuk universiti dekat Boston.
Tapi gred pencapaian Pat sebelum ni terlalu menghampakan orang tuanya dan
mereka berputus harapan mahu menghantar Pat ke sana. Lepas Pat bercinta dengan
Grace, terus sahaja keputusan dia meningkat naik secara mendadak. Orang tua dia
ingat Grace yang menjadi punca tetapi dia orang tak tahu Pat bayar dekat Lynn
untuk mendapatkan jawapan.
Jadi, Lynn mula merancang pelan untuk menjual jawapan STIC kepada
pelajar – pelajar di Thailand. Dia bersetuju untuk membantu Pat dan Grace
memasuki Universiti Boston dengan syarat mereka akan membawa dia belajar di
luar negara. Lynn memang bercita – cita untuk belajar di luar negara tetapi
impiannya itu terpaksa dilupakan apabila dia telah dilarang memohon biasiswa
daripada Singapura.
Kalau nak tahu apa yang terjadi selepas tu, kenalah tonton cerita
ni. Habis semua nia nak ceritakan, nanti dah takde mood nak tonton
cerita ni pulak. Ye tak?
Satu yang nia boleh cakap, babak Lynn memberikan jawapan
peperiksaan STIC tu lebih menarik perhatian dan sangat saspens berbanding
dengan babak sebelum ni. Nia jadi tak senang duduk dekat dalam panggung tu.
Kejap – kejap tarik nafas panjang, kejap – kejap cengkam tempat alas tangan tu
kuat – kuat. Kejap – kejap terangkat kaki. Punya saspens babak tu.
Jadi, jangan lupa tengok cerita ni tau.
Rating: 4.5 / 5
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)