Assalamualaikum semua :)
Hari ni nia nak kongsikan beberapa tips yang berguna untuk para ibu
bapa diluar sana tentang cara – cara mengajar anak menghafaz Juzuk ‘Amma. Tips
ini boleh digunapakai untuk melatih anak kecil sedari umur 2 sehingga 6 tahun.
1 – Mula sikit – sikit
Jangan meletakkan target yang terlalu tinggi dan sukar untuk
dicapai. Contohnya, dalam masa seminggu anak dah boleh baca surah al – Fatihah
dengan surah an – Nas dengan betul dan lancar. Kena ingat ye, ini untuk melatih
anak kecil yang sifat semulajadinya suka bermain – main. Jadi, pengajaran
haruslah santai. Kalau target tinggi sangat, takut nanti anak itu terlalu
tertekan kerana sering dipaksa untuk membaca dan menghafal.
Mula sikit – sikit. Buatlah satu hari satu ayat sehingga mereka dapat
membaca dengan betul. Katakan dalam masa seminggu mereka sudah dapat menghafal
surah al – Fatihah dengan betul dan lancar, tambah lagi satu minggu untuk
pembacaan mereka jadi lebih mantap.
Sekiranya anak ambil masa yang lama untuk menghafal satu ayat, takpe.
Berikan mereka masa dan jangan paksa mereka untuk menghafal dengan cepat. Kalau
dipaksa nanti takut mereka jadi tertekan dan terus hilang minat untuk menghafal
lagi. Ingat ye, pengajaran secara santai.
2 – Setiap hari buat
Ye, kena buat setiap hari ataupun lima kali seminggu. Pendek kata,
buat pada hari bekerja iaitu Isnin sehingga Jumaat. Sabtu dan ahad bagi mereka
berehat daripada aktiviti hafalan. Tak perlu luangkan masa lama – lama pun.
Cukuplah sekadar 15 sehingga 30 minit setiap hari. Kalau lama – lama sangat
nanti, mereka jadi bosan pulak. Tempoh masa pendek takpe, janji kena buat hari
– hari.
3 – Pengulangan ayat banyak kali
Mula – mula perdengarkan dulu ayat yang mahu diajar kepada anak –
anak. Pastikan mereka melihat gerak mulut ibu bapa ketika ayat tersebut
dibacakan. Kemudian, minta anak – anak untuk ulang semula ayat berkenaan
sehingga 21 kali atau lebih. Ibu bapa boleh membantu dan membimbing anak – anak
sekiranya sebutan mereka tidak betul dan pembacaan mereka tidak lancar.
Itu sahaja tips yang dapat nia kongsikan dengan kau orang semua.
Harap – harap ianya berguna untuk para ibu bapa yang tengah mencari idea macam
mana nak latih anak – anak supaya boleh menghafaz Juzuk ‘Amma.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)