Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts

Friday, October 15

KECANTIKAN: Rebonding 2021

Assalamualaikum semua :)

Setiap tahun, ramai yang singgah ke blog nia untuk mencari maklumat tentang rebonding. Macam – macam soalan yang nia dapat daripada kau orang semua. Jadi setelah beberapa tahun berlalu, nia rasa sudah sampai masanya untuk nia tulis entry baharu mengenai rebonding.

Seperti yang kau orang semua sedia maklum, sekarang ni satu dunia sedang bertarung melawan virus covid19. Makanya, industri salun dan kecantikan merupakan salah satu industri yang terkesan akibat virus tersebut di Malaysia ini. Jadi kerajaan mengambil langkah berjaga – jaga dengan menutup industri ini buat sementara waktu bagi mengekang penularannya.

Tapi nia bernasib baik sebab sempat menjejakkan kaki ke salun beberapa hari sebelum syawal menjelang tiba. Leganyaaaaaaa

Untuk pengetahuan kau orang, panjang rambut nia sudah mencecah ke paras pinggang dan bahagian bawahnya sangat kering, kasar serta nipis. Sebabnya nia pernah buat bleaching dan warnakan rambut sendiri. Ye, nia buat sendiri dekat rumah. Tak pergi buat dekat salun. Do I regret it? Heck yeah! I regretted it till today, sigh. Silly me.

Jadi stylist nia sarakan untuk potong sahaja rambut bahagian bawah tu. I cut a whooping 10 inches jugak kot! Nia mulanya tak nak potong rambut sebab sayang. Rambut dah panjang sangat dah tetapi disuruhnya potong?! Gi – la.

But then again, my stylist knows my hair condition best. Ini salah satu sebab penting untuk kau orang jumpa hair stylist yang bagus. Kalau boleh, sentiasa pergi dekat salun yang sama supaya mereka tahu keadaan rambut kau orang macam mana.

Setelah rambut nia dipotong pendek separas atas dada, stylist pun mulakan proses rebonding. It’s same old process tho.

Trim hair > put chemical > wash hair > blowdry > iron hair > put chemical > wash hair > steam hair > wash hair > blowdry > iron hair.

So, Q & A session.

 

Q: Harga rebonding.

A: Bergantung kepada salun yang kau orang pergi dan juga kepanjangan rambut masing – masing. Salun yang nia pergi ada dua harga. RM260 untuk ubat yang biasa. RM280 untuk ubat yang kuat. Nia pilih ubat yang kuat supaya kesan rebonding tahan lebih lama. Panjang rambut nia separas atas dada. Please take note, lagi panjang rambut kau orang, lagi mahal harganya yee.

 

Q: Lelaki boleh rebonding?

A: Boleh, sekiranya rambut kau orang cukup panjang.

 

Q: Lepas rebonding, rambut rosak tak?

A: Kalau tak dijaga, rambut memang akan rosak.

 

Q: Macam mana nak jaga rambut rebonding?

A: Pakai minyak rambut setiap kali lepas basuh rambut. Dan selalu jugak buat treatment rambut. Samada buat kat rumah ataupun kat salun.

 

Q: Rebonding tahan lama?

A: Kalau dijaga dengan elok dan guna ubat rebonding yang baik, rambut rebonding akan kekal selagi mana kau orang tak potong rambut tu.

 

Q: Rebonding atau relaxer?

A: Terpulang pada kesukaan masing – masing. Nia suka rebonding sebab tahan lama. Relaxer sekejap je, dalam tiga – enam bulan macam tu.

 

Q: Kena pakai syampu khas rebonding ke?

A: Sebaiknya pakai syampu khas tapi nia sendiri pun bedal je mana – mana syampu yang ada. Janji wangi! Hahahaha

 

Q: Berapa lama proses rebonding?

A: Tiga hingga lima jam.

 

Q: Boleh rebonding dan warnakan rambut sekali tak?

A: Kena tunggu enam bulan baru boleh buat. Tak boleh buat kedua – duanya sekali, nanti rambut akan rosak.

 

Q: Buat rebonding tapi tak buat treatment boleh?

A: Boleh. Kalau rambut rosak, sendiri tanggung.

 

Q: Pantang larang selepas buat rebonding.

A: Tak boleh basuh rambut selama tiga hari. Kalau rambut basah atau terkena air, cepat – cepat keringkan. Tak boleh ikat rambut. Tak boleh selitkan rambut belakang telinga.

 

Okay that’s all for this time, guys :)

Kalau ada apa – apa soalan yang kau orang nak tanya, jangan malu segan untuk tanya di ruangan komen tau. Semoga entry yang baru ni dapat membantu kau orang semua.



Sumber gambar: google.com

Friday, June 26

KECANTIKAN: Menutup Aurat Tapi Badan Berbau, Alamak!

Assalamualaikum semua :)

Nia berasa sangat marah, geram dan tak puas hati apabila ada orang melabel perempuan – perempuan yang bertudung labuh dan berpakaian longgar ni semuanya tak reti nak menjaga kebersihan diri sendiri serta berbau busuk dan kepam.

I be like, grrrrrrrrrrrrrrr! *terus bertukar jadi singa nak membaham mangsa*

HAHAHAHAHA

Tak semua perempuan yang memakai tudung labuh dan juga pakaian longgar tu tak reti nak jaga kebersihan diri yee. Jangan terus jatuhkan hukum kepada semua kaum hawa hanya disebabkan segelintir perempuan diluar sana yang melakukan perkara tersebut.

Jadi hari ni, nia akan kongsikan dengan kau orang semua beberapa cara untuk mengelakkan badan dan juga pakaian daripada berbau busuk dan kepam walaupun bertudung labuh dan berpakaian longgar.

Kepada kakak – kakak cantik diluar sana, tolong sebarkan benda ni sekiranya berguna untuk orang lain ye ;)

1 - Mandi

Benda paling asas sekali, bersihkan diri ataupun mandi.

Nak wangi kan?

Nak cantik kan?

Nak orang sukakan?

Nak orang dekatkan?

Jadi tolong mandi setiap hari. Jangan mandi hanya dua hari sekali.

2 – Basuh baju & tudung dengan betul

Basuh baju, nampak macam senang kan?

Letak baju dalam mesin, letak sabun, letak pelembut baju, keringkan baju, jemur, siap!

Tapi sebenarnya, kalau kau orang basuh tak betul baju dan tudung kau orang tu boleh menyebabkan baju dan tudung tu berbau kepam tau. Jadi tolong, basuh baju dan tudung dengan betul.

Lagi satu, baju dan tudung kena basuh asing – asing. Kalau tak, rosak tudung kau orang yang mahal tu.



3 – Minyak wangi

Memang orang perempuan tak boleh nak pakai wangi – wangi sebab takut timbul fitnah dan juga menarik perhatian kaum lelaki.

Tapi nia tak suruh kau orang pakai minyak wangi banyak – banyak sampai habis empatpuluhlima botol. Sembur ataupun calit minyak wangi kau orang di bahagian denyutan nadi sahaja.

Ataupun kau orang sembur cukup sekadar untuk kau orang bau. Bukannya sembur sampai baunya meredak satu bilik.

4 - Deodorant

Kalau ada diantara kau orang yang tak nak jugak pakai minyak wangi, tolonglah pakai deodorant untuk menghilangkan bau ketiak masam kau orang tu.

Pilih jenama deodorant yang paling sesuai dengan badan kau orang. Pilih deodorant yang boleh menghilangkan bau ketiak masam ye. Jangan pulak pilih deodorant yang lagi menambahkan bau ketiak masam kau orang tu.

Serupa tak payah pakai deodorant kalau begitu jadinya, ye dak?

Islam merupakan sebuah agama yang begitu mementingkan kebersihan. Jadi sebagai seorang muslimah yang membawa imej Islam, kita sebagai perempuan ni kenalah berusaha untuk membawa imej yang baik – baik sahaja untuk Islam. Itupun satu jihad jugak.

Jadi tolong ye, jaga kebersihan diri masing – masing tau.

Sampai berjumpa lagi :)

Sumber gambar: google.com

Friday, June 19

KECANTIKAN: Rebonding 2019

>> PERHATIAN: INI CERITA LAMA TAPI BARU NAK POST, HARAP MAAF <<

Assalamualaikum semua :)

Selepas nia tulis entry berkenaan rebonding dan relaxer dulu, ramai pulak yang datang singgah ke sini untuk tahu harga terkini proses rebonding, cara rebonding dilakukan dan juga anggaran masa untuk melakukan proses rebonding.

Disebabkan nia baru sahaja buat proses rebonding pada Aidilfitri yang lalu, jadi nia akan tulis satu lagi entry yang baru untuk menjawab pertanyaan – pertanyaan kau orang semua tentang rebonding.

Sebelum nia jawab pertanyaan kau orang pasal rebonding, nia nak bagitahu awal – awal bahawa entry kali ni akan ada dua kategori salun.

Satu, kategori salun biasa.

Dua, kategori salun gah.

Untuk bagi kau orang faham, nia akan bagi contoh.

Capello by Nina, Karva by Nora Danish dan A Cut Above merupakan salun – salun yang termasuk dalam kategori salun gah. Kiranya, salun – salun yang ada jenama semuanya termasuk dalam kategori salun gah.


Kategori salun biasa pulak adalah salun – salun yang tidak ada jenama. Salun biasa yang boleh kau orang jumpa berhampiran dengan kawasan rumah kau orang semua tu.



Okey, kau orang faham kan sampai situ?

1 – Harga

Salun biasa: RM80 – RM4++.

Salun gah: RM 400 – RM1K+.

Harga rebonding ni bergantung kepada keadaan rambut kau orang dan juga kepanjangannya.

Kalau rambut kau orang rosak teruk, harga akan jadi mahal sebab dia orang gunakan ubat yang baik.

Sama juga keadaannya kalau rambut kau orang panjang. Harga akan jadi mahal sebab dia orang banyak gunakan ubat untuk luruskan rambut kau orang.

Oh ya, harga rebonding juga tidak termasuk dengan harga rawatan / treatment ye. Kalau kau orang nak buat rawatan rambut sekali, kena tambah lagi duit.

KA – CHING, CHING CHING CHING

Untuk harga rawatan rambut, nia letak kat bawah ni.

Salun biasa: RM 40 – RM 2++

Salun gah: RM 200 – RM 1K+

Sekali lagi, harga rawatan rambut juga bergantung kepada keadaan rambut dan juga kepanjangan rambut kau orang semua.

2 - Masa

Proses rebonding selalunya mengambil masa selama empat jam untuk siap. Itu paling sekejap. Lagi lama masa yang diambil untuk melakukan proses rebonding, lagi bagus sebenarnya sebab dia orang akan letak ubat untuk naturalkan balik keadaan rambut kau orang yang dah diletak bahan kimia yang bersifat asidik tadi.

But yeah, 4 hours is the shortest.

3 - Proses

Gunting / trim rambut > cuci rambut > keringkan / blowdry > letak relaxant > tunggu 30 minit > bilas rambut > keringkan / blowdry > iron rambut > letak naturalizer > tunggu 30 minit > bilas rambut > keringkan / blowdry > letak treatment mask > tunggu 30 minit > bilas rambut > keringkan / blowdry > siap!

Itu sahaja perkongsian daripada nia tentang rebonding. Kalau kau orang ada nak tanya apa – apa, jangan malu dan segan untuk komen kat bawah ni tau.

Oh ya, nia buat rebonding hari tu harga RM 320 untuk rambut paras dada sekali dengan rawatan rambut sekali. Dekat bawah ni, nia akan sertakan sekali alamat salun yang nia kunjungi untuk buat rebonding tu.

Alamat Wendy’s Salun: 10, Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor
Nombor Telefon:  012-971 3318

Sumber gambar: google.com

Friday, August 11

TIPS: Rebonding VS Relaxing

Assalamualaikum semua :)

Memandangkan banyak sangat keyword rebonding dan relaxing yang sesat ke blog nia ni, jadi nia tulis sekali lagi soalan – soalan yang popular mengenai rebonding dan relaxing.

1 – Apa beza rebonding dan relaxing?

Rebonding: Proses meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia dan juga straightening iron.

Relaxing: Proses meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia dan juga hair dryer.


2 – Harga

Rebonding: RM 200 – RM 600 (mengikut kepanjangan dan ketebalan rambut)

Relaxing: RM 200 – RM 400 (mengikut kepanjangan dan ketebalan rambut)

3 – Tahan Berapa Lama?

Rebonding: Satu tahun ataupun selagi mana kau orang tak potong rambut rebonding tersebut.

Relaxing: 6 bulan.

4 – Mana Lebih Berbaloi?

Rebonding lebih berbaloi sebab efek lurus dekat rambut tu akan tahan lebih lama berbanding dengan relaxing. Tapi, bergantung kepada ubat yang hairdresser guna jugak. Kalau dia guna ubat murah, efek lurus tu cuma boleh bertahan selama 6 bulan sahaja. Jadinya, cari salun yang tidak menggunakan ubat murah. Selain merosakkan rambut kau orang, ubat murah jugak akan menyebabkan efek lurus tidak tahan lama.

5 – Senang tak cari perkhidmatan ni?

Rebonding: Mana – mana salun rambut ada menyediakan perkhidmatan ni.

Relaxing: Hanya salun rambut yang terletak di bandar sahaja ada menyediakan perkhidmatan ini dan salun rambut yang eksklusif.



6 – Lelaki boleh buat ke?

Rebonding: Boleh takde masalah.

Relaxing: Boleh takde masalah.

7 – Hasilnya macam mana?

Rebonding: Rambut akan jadi sangat lurus dan teratur seperti penyapu padi ataupun pembaris. Walaupun rambut ditiup angin kencang dan kuat, rambut tetap akan jadi terurus dan paling penting tidak kusut.

Relaxing: Rambut akan menjadi lurus tetapi bukan seperti pembaris. Lebih kepada lurus semulajadi dan nampak seolah – olah sudah di blow dry.


8 – Dah buat tapi hasilnya tak memuaskan hati, macam mana?

Rebonding: Pergi balik ke salun rambut dimana kau orang buat perkhidmatan rebonding dan minta dia orang buat kembali mengikut kehendak kau orang.

Relaxing: Sama juga, pergi balik ke salun rambut dimana kau orang buat perkhidmatan rebonding dan minta dia orang buat kembali mengikut kehendak kau orang.

Harap – harap entry kali ni dapat menjawab pertanyaan kau orang semua yang dok mencari mengenai proses rebonding dan relaxing dalam blog nia ni.

Sumber gambar: google.com

Friday, August 4

TIPS: Berapa Lama Untuk Rambut Tumbuh?

Assalamualaikum semua :)

Dua tahun yang lepas, nia telah memotong pendek rambut nia yang sudahpun mencecah paras pinggang sebab rambut nia rosak, bercabang, kering dan terlalu kusut sampai menyakitkan hati nia setiap kali nia menyikat rambut.

Walaupun keadaan rambut nia sangat menyakitkan hati tetapi nia sebenarnya berbelah – bahagi ketika mahu membuat keputusan samada nak potong pendek ataupun sekadar potong bahagian mana yang rosak sahaja.



Lebih kurang macam gambar kat atas nilah pendeknya nia potong rambut nia tu. Sedih tak terhingga bila kenang-kenang balik tragedi memotong rambut sampai pendek tu. Padahal masa tu rambut dah panjang paras pinggang dah kot.

Timbang punya timbang, fikir punya fikir nia bulatkan hati untuk memotong pendek rambut nia yang sudah tiga tahun nia simpan. Bila abah potongkan rambut nia tu, kejap – kejap suruh abah berhenti dan pergi tengok cermin.

Betul ke nak potong pendek ni? Tak menyesal ke? Lama kot simpan rambut ni. Tiga tahun tau, tiga tahun!

Tapi nia tetap juga potong pendek sebab kerosakan yang terjadi sudah tidak boleh diselamatkan lagi. HUHU.



Jadi, di bawah ni nia akan kongsikan dengan kau orang semua berapa lama masa yang diperlukan untuk rambut tumbuh semula ke paras – paras yang tertentu. Nia harap ianya akan membantu kau orang semua.

6 bulan – bawah telinga
10 bulan – leher
14 bulan – bahu
18 bulan – collar bone
22 bulan – atas dada
26 bulan – dada
30 bulan – atas pinggang
34 bulan – pinggang

Nota kaki: Proses rambut tumbuh ni bergantung kepada penjagaan rambut dan juga pemakanan kau orang. Kalau kau orang ada makan supplemen tambahan yang boleh mempercepatkan proses pertumbuhan rambut, jadi rambut kau orang akan jadi panjang lebih cepat. Hasil untuk setiap individu adalah berbeza dan tidak tipikal.

Sumber gambar: google.com

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.