Assalamualaikum semua :)
Kali ni nia akan kongsikan resepi bontot ayam kimchi dengan kau
orang semua. Sebelum ni nia dah kongsikan resepi sandwich kimchi dan juga nasi
goreng kimchi. Sekiranya kau orang terlepas entry tu, bolehlah klik link
yang telah nia sediakan di bawah ni.
Kedua – dua resepi di atas ni sangat mudah untuk disediakan dan
bahan – bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Hanya memerlukan dua bahan
sahaja untuk setiap resepi tu. Sangat sesuai untuk orang yang tak suka berlama
– lama di dapur macam nia. HAHA
Bahan – bahan:
10 bontot ayam
1 sudu teh garam
3 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh halia (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (diketuk pecah – pecah)
1 biji bawang besar (potong bulat)
3 sudu besar kimchi Hot & Spicy (dicincang halus)
Cara – cara memasak:
- Rebuskan bontot ayam yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
- Apabila bontot ayam sudah empuk, angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
- Kemudian, gaulkan bontot ayam bersama serbuk kunyit dan juga garam. Biarkan 2 minit.
- Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih serta bawang besar sehingga naik bau.
- Setelah naik bau, masukkan kimchi yang telah dicincang halus dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan bontot ayam yang telah dikunyit tadi ke dalam kuali dan biarkan selama 1 minit. Tutup kuali.
- Gaul ayam dan bahan – bahan yang tumis tadi sebelum menutup api.
- Boleh dihidang dengan nasi panas dan sup kosong.
Haa, resepi kali ni banyak sikit bahan yang nia gunakan. Semua ni
resepi eksperimen sebenarnya sebab hari tu ada beli kimchi banyak daripada agen
kimchi Kak Lo iaitu Arina. Sebab tulah resepi yang nia kongsikan kebanyakkannya
berkaitan dengan kimchi. HEHE. Lepas ni boleh nia cuba buat lempeng kimchi
ataupun disebut juga sebagai kimchi pajeon.
Kimchi nak beli kat mana? Boleh terjah instagram KimchibyKakLo.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)