Assalamualaikum semua :)
Sejak nia bergelar seorang guru tadika ni, dah bermacam – macam
frasa menyakitkan hati dan melukakan jiwa yang dilemparkan kepada nia. Hanya
kerana nia memilih kerjaya sebagai seorang guru tadika.
Buruk sangat ke jadi guru tadika?
Hina sangat ke jadi guru tadika?
Rendah sangat ke jadi guru tadika?
Betul, gaji seorang guru tadika tu bukanlah sebanyak mana. Namun
sekiranya guru tadika ni tak wujud, maka tiadalah anak kecil yang boleh
membaca, menulis, mengira, memakai kasut dan stoking sendiri, memahami suasana
di sekolah, mengerti maksud main bersama dan berkongsi mainan serta macam –
macam lagi.
Ya, guru tadika perlu menghabiskan banyak masa di tadika merancang
dan melaksanakan pelbagai event. Tapi kalau guru tadika ni takde, maka
takdelah anak – anak kecil ini dilatih untuk memegang pensil dengan betul,
teknik mewarna yang kemas, cara meluruskan barisan, bercakap dengan bahasa yang
sopan dan pelbagai perkara lagi.
Jadi setiap kali orang melemparkan soalan yang seringkali berbunyi
seolah – olah mereka memandang rendah dengan kerjaya nia sebagai seorang guru
tadika, nia akan balas dengan senyuman manis sahaja. Malas nak memberitahu
sebab nia memilih untuk menjadi guru tadika.
Pesan nia kepada para graduan diluar sana yang sedang mencari –
cari kerja tu, carilah kerja yang kau orang minat. Jangan cari kerja
berdasarkan gaji yang tinggi sahaja. Kalau kita cari kerja berdasarkan minat,
kita pasti sanggup menempuh ranjau dan duri yang berada di atas jalan kita.
Tapi kalau dah tak minat, memang jawabnya mencari jalan lainlah.
Do what you love. Love what you do.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)