Tuesday, October 24

SHOP: Kek Lapis Sarawak Pelbagai Perisa & Murah

Assalamualaikum semua :)

Siapa di kalangan pembaca blog nia ni merupakan penggemar kek lapis sarawak yang sedap, manis, lazat dan sentiasa memikat selera makan tu? Kalau ada, entry kali ni nia tuliskan khas untuk kau orang semua! Jadi, pastikan kau orang baca sampai habis kalau tidak nanti menyesal tak sudah.

Baru – baru ni nia ada singgah dekat blog Sis Hawa. Saja nak blogwalking ke blog Sis Hawa sebab dah lama nia tak berjalan – jalan dekat blog orang lain. Gelongsor punya gelongsor terjumpa pulak entry pasal kek lapis sarawak. Dahlah nia masa tu memang tengah mencari kek lapis sarawak, tekak ni tiba – tiba je teringin nak makan kek lapis sarawak.

Perasaan nia masa tu be like, “Oh my god! Macam mana sis hawa ni boleh update pasal kek lapis sarawak ni? Tahu – tahu je kita tengah teringin nak makan kek lapis.

Overreacted. Yeah, I know. HAHA

Kalau Sis Hawa ada depan mata nia masa tengah baca pasal kek lapis tu, memang nia peluk dia kuat – kuat sambil ucap terima kasih berulang kali. You’re my saviour, sister!

Apalagi terus nia ambil nombor telefon orang yang jual kek lapis tu daripada blog Sis Hawa dan laju – laju nia whatsapp dia. Nia borong kek lapis dia sampai 10 biji terus! Gelojoh ke gelojoh? KEKE Tapi itu semua bukan untuk nia makan seorang yee sebab abah pun tumpang pesan sekali. Abah cakap nak bagi kawan – kawan kat ofis abah makan kek lapis tu.

Nia jadi tertarik hati untuk beli kek lapis daripada seller ni sebab kek lapis yang dia jual mempunyai banyak perisa. Ada 16 perisa kek lapis kesemuanya yang dia jual. Haa, banyak ke banyak? Kat bawah ni, nia sertakan gambar – gambar perisa kek lapis yang dijual oleh seller tersebut. Biar kau orang terliur sekali, takdelah nia terliur seorang – seorang. Ye dak?Benda yang baik elok dikongsi bersama, jangan sembunyikan dalam perut masing – masing. HAHA.

















Faktor kedua pula sebab harga kek lapis tu murah. Harga yang ditawarkan bagi pandangan nia adalah sangat murah iaitu RM 15 untuk satu – satu perisa kecuali untuk Lapis Choc Cheese iaitu RM 26. Yelah, dahlah ada coklat ada pulak cheese, takkan nak bagi harga yang sama RM 15. Cheese sekarang ni mahal kot.

Nia malas nak cakap banyak – banyak sebab nia tahu ada yang dah telan air liur sembilanpuluhsembilan kali degup dah tu. Sambil telan air liur, dia marah pulak nia sebab kongsikan gambar kek lapis pelbagai perisa ni. HAHA

Kalau ada yang teringin nak makan kek lapis, bolehlah whatsapp nombor ni yee -> 013 – 532 4033

3 comments:

  1. CCL pun dropship kek ni , memang ramai yang cakap sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Nanti boleh beli dengan CCL pulak :D Nia suka gila dengan kek lapis ni

      Delete
  2. Terima kasih jemput. Nanti nia join yee :)

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.