Assalamualaikum semua :)
Sepanjang bergelar seorang blogger, nia tak pernah buat
tutorial lagi – lagi yang berkenaan dengan blog, watermark dan
sebagainya sebab nia memang tak reti nak main dengan code – code ni
semua. Nak godek sana, nak cari sini, nak selongkar situ, nak selak tepi. Itu
semuanya nia tak berani. Takut nanti code template blog nia yang sedia
ada ni akan terjejas. Huwaaaa, boleh jadi meraung nia kalau nia rosakkan template
blog ni.
Tapi kali ni nia akan memecahkan tradisi tu dengan berkongsi
tutorial membuat watermark tanpa layer secara mudah dengan menggunakan
aplikasi PicsArt. Biasalah, kalau dah namanya Nia Emkay. Segala – galanya mesti
mudah, ringkas dan cepat. Nia ni orangnya jenis susah nak menghadam benda –
benda yang berkaitan dengan programming. Sebab tu bila disuruh design
ke apa, nia cepat mengalah. Penat dan tak larat nak main dengan code.
Tak minat pun ye jugak. HAHA
Tekan draw something.
Tekan start drawing.
Pilih dulu saiz yang kau orang nak. Melintang ke memanjang ke
membulat ke membujur ke, ikut suka. Lepas tu, pilih sekali warna yang kau
orang. Ada dua warna je, hitam dan putih. Takde kelabu, takde pink. Dah pilih? Tekan anak panah dalam bulatan warna merah jambu tu pulak.
Lepas tu, tekan pulak gambar T tu untuk masukkan teks yang kau
orang nak.
Pilih jenis font.
Pilih saiz teks dan juga warnanya. Dah selesai? Tekan tanda ‘tick’
tu.
Tekan pulak yang ada gambar square, circle dengan plus
tu untuk tambahkan bentuk yang kau orang nak. Tak nak tambah bentuk? Lompat ke
langkah yang seterusnya.
Pilih saiz garisan samada tebal ataupun nipis. Kemudian tentukan
juga samada kau orang nak bentuk tu nampak jelas ataupun samar – samar. Dah
siap, tekan ‘OK’.
Tekan pulak gambar square bertindih tu.
Tentukan kejelasan watermark kau orang. Nak bagi nampak terang,
malap, tak nampak langsung ke, itu ikut kehendak kau orang semua.
Boleh ikut lagi tak ni?
Kalau boleh, tekan pulak lapisan yang berwarna hitam ataupun putih.
Bergantung kepada warna latar belakang yang kau orang pilih masa awal – awal
tadi. Kemudian, tekan icon tong sampah untuk buang. Ini untuk menjadikan
watermark kau orang sebagai watermark yang transparent. Kalau tak nak
watermark transparent, lompat ke langkah seterusnya.
Tekan pulak tiga titik bertindih tu.
Tekan ‘Save Image’.
Dan, selesai sudah watermark kau orang semua. Yeayyyyyyy!
Mudah
ke mudah tutorial membuat watermark yang nia kongsikan ni? Kalau bermanfaat
untuk kau orang, nia minta kau orang panjang – panjangkan entry ni
supaya orang lain dapat manfaatnya juga.
Tq sharing nia..
ReplyDeleteNnt nak cuba juga.
sila - sila, kalau berjaya boleh kongsikan dengan nia.
Delete:)
Nice post thanks for sharingg
ReplyDelete