Assalamualaikum semua :)
Pada 9 September 2017 yang lalu, nia telah menghadiri satu kursus
yang diberi nama ‘Kursus Teknik Membaca Bacalah Anakku’ yang diadakan di D’Loft
Event Venue, Shah Alam. Kursus ini dianjurkan oleh Junior Aulad dan penceramah
yang mengendali kursus pula ialah Nik Eliani dan Othman Ahamad.
Eh, apasal macam kenal je dengan dua nama ni?
Haaa untuk pengetahuan kau orang semua, penceramah dua orang ni
merupakan penulis buku siri bacalah anakku dan juga read easy. Kedua – dua siri
buku ini telah digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan terutamanya
bidang pendidikan awal kanak – kanak. Buku
ini terkenal kerana kaedah mengajar membacanya yang sangat mudah dan juga menarik.
Kursus kali ini mendapat penyertaan yang sangat memberansangkan
daripada pihak ibu bapa. Selalunya kursus teknik membaca ini akan dipenuhi oleh
golongan guru – guru yang mengajar di sekolah tetapi kali ini para ibu bapa
merupakan peserta majoriti. Ramai ibu bapa yang datang daripada jauh semata –
mata untuk menuntut ilmu kaedah membaca secara fonik daripada Hajah Nik Eliani
dan Haji Othman Ahamad.
Alhamdulillah.
Itu tandanya semakin ramai ibu bapa diluar sana yang sedar dengan
hakikat bahawa guru – guru di sekolah hanya sekadar membantu sahaja. Bukannya
menjadi tanggungjawab guru untuk mengajar anak tersebut sehingga pandai tanpa
sokongan dan bantuan daripada ibu bapa yang berada di rumah.
Sebabnya, anak – anak ini lebih banyak meluangkan masa di rumah
berbanding di sekolah. Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan yang paling utama
dalam mendidik mereka di rumah. Jangan lepas tangan dengan tanggungjawab ini
dan kemudiannya menyalahkan guru apabila anak tidak boleh membaca, mengira,
mengenal itu ini dan sebagainya.
Testimoni nia untuk kursus teknik membaca bacalah anakku:
Kursus teknik membaca ini sangat berguna dan bermanfaat kepada para guru dan juga ibu bapa diluar sana yang masih belum mengetahui tentang kaedah fonik yang betul. Penceramah memberikan penerangan tentang kaedah membaca fonik dengan jelas dan juga mengajar para peserta mengenai teknik mengajar yang betul. Selama dua tahun ini, saya telah mengajarkan kaedah membaca fonik yang salah kepada pelajar – pelajar saya dan hasilnya tidak begitu memberansangkan. Bila dapat menghadiri kursus ini, baru saya tahu rupa – rupanya teknik pengajaran saya adalah teknik yang salah. Terima kasih kepada pihak penganjur, Junior Aulad kerana mengadakan kursus membaca ini. Terima kasih juga kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama dengan para peserta.
Jadi kalau ada antara kau orang yang tengah menimbang – nimbang
samada nak pergi ataupun tidak kursus teknik membaca bacalah anakku ini, nia
cadangkan supaya kau orang pergi. Banyak ilmu mengenai teknik membaca fonik
yang kau orang akan dapat daripada Nik Eliani dan juga Othman Ahamad.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)