Assalamualaikum semua :)
Siapa yang pernah menjadi guru ataupun sedang berkhidmat sebagai
seorang guru pasti pernah mendapat seorang dua pelajar yang suka mengadu hal
dekat ibu bapa mereka. Kalau ibu bapa pelajar tersebut takde bising – bising
kat whatsapp tanya cikgu itu ini, tak jadi masalah apa.
Ini tidak, dalam masa sepuluh minit tu berdenting – denting telefon
berbunyi menandakan whatsapp masuk bertalu – talu. Ibu bapa semuanya kelam –
kabut nak tahu apa yang jadi dekat anak masing – masing sampaikan anak menangis
meleleh air mata cerita macam – macam kat mereka.
Bila dapat pelajar kaki mengadu ni, apa nak buat?
1 – Bagitahu ibu bapa tentang kelakuan nakal anak.
Selepas waktu persekolahan, bagitahu ibu bapa pelajar tersebut
tentang kelakuan nakal ataupun tingkah laku yang tidak menyenangkan hati guru.
Biar mereka tahu perkara tersebut daripada guru terlebih dahulu. Kalau boleh
ataupun kau orang ingat, rakam sekali aksi pelajar semasa dia orang tengah buat
perangai tu. Biar video ataupun perakam suara jadi bukti bahawa pelajar tersebut
memang ada buat perangai macam tu.
Uishhh, takkanlah sampai nak kena ambil video dan rakam suara bagai
kot nia? Tak melampau sangat ke?
Tak.
Ini berdasarkan pengalaman nia sebagai seorang guru tadika sendiri.
Ada sesetengah ibu bapa yang tidak percaya dengan kata – kata guru bahawa anak
mereka melakukan perangai – perangai yang tak menyenangkan hati di sekolah.
Jadi, kita orang para guru ni ambil video setiap kali pelajar buat nakal dan
hantar pada ibu bapa masing – masing.
Tapi itupun ada juga ibu bapa yang tak nak percaya dan masih nak
mempertahankan anak masing – masing. Walaupun sudah jelas dan terang lagi
bersuluh yang anak dia orang bersalah tapi tetap nak menyalahkan para guru.
Kalau dah macam tu gayanya, tak payah layan dah dia orang. Buat pening kepala
dan memenatkan jiwa je.
2 – Terangkan kepada pelajar bahawa mengadu itu adalah salah.
Panggil pelajar yang suka mengadu hal kepada ibu bapa masing –
masing dan terangkan kepada mereka bahawa perbuatan mengadu perkara – perkara
yang berlaku di sekolah adalah salah. Sekiranya ada kawan – kawan yang memukul
ataupun mengusik mereka, suruh mereka bagitahu kepada guru supaya guru boleh
ambil tindakan. Bukannya perkara itu dipendam sehingga ibu bapa datang untuk
ambil mereka pulang.
Mengadu hal dan bercerita tentang apa yang mereka lalui di sekolah
adalah dua perkara yang berbeza, ye cikgu – cikgu sekalian.
Mengadu hal ni biasanya pelajar akan bagitahu tentang kawan – kawan
yang buat mereka ke, cikgu marah mereka ke, cikgu suruh makan atau minum ke, kawan
tak nak kongsi barang dengan dia orang ke dan macam – macam lagilah. Bercerita
tentang apa yang berlaku di sekolah pula adalah satu benda yang berbeza sebab
mereka akan cerita tentang pelajaran yang mereka belajar, nyanyi lagu apa,
menari tarian apa, tulis apa dan sebagainya.
Jadi, pastikan pelajar yang kaki mengadu ini tahu bahawa perbuatan
mengadu hal kepada ibu bapa adalah salah.
Annisa Qanitah di photobomb oleh Ali Imran & Adam Qaiser |
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)