Assalamualaikum semua :)
Ada tak di antara kau orang semua ni yang mempunyai masalah menulis
entry dalam blog masing – masing? Sebelum menghadap komputer, bukan main
lagi idea keluar mencurah – curah bagaikan coklat di ladang gandum yang enak
dan lazat (Eh! Tiba – tiba masuk iklan koko krunch dah kenapa?) Tapi bila dah
duduk berteleku depan komputer, sepatah haram pun tak ditaip sebab tak tahu nak
olah cerita macam mana.
Pernah jadi tak?
Pernah kena tak?
Sejujurnya masa di awal – awal pembabitan nia dalam dunia blogging
ni, nia selalu kena situasi macam ni. Masa tengah dengar cikgu bagi penerangan
kat depan kelas, bukan main lagi idea keluar. Tak menyempat – nyempat nak
tunggu cikgu habis bercakap, masa tu jugalah dia berlari keluar berlegar –
legar dalam fikiran. Tapi bila dah sampai rumah, komputer dah buka, dah duduk
elok – elok atas kerusi, sebiji huruf pun tak ditaipnya sebab tak tahu nak olah
macam mana dan takde idea nak tulis apa.
Jadi kali ini, nia akan kongsikan beberapa idea tentang perkara yang
boleh kau orang tulis dalam blog masing – masing. Sekiranya bermanfaat, sila
tekan butang share untuk kongsikan benda ni dengan orang lain yang turut
mempunyai masalah kekeringan idea untuk menulis dalam blog.
1 – Pengalaman Sendiri
Ceritakan pengalaman kau orang sendiri kepada pembaca – pembaca di
luar sana. Ceritalah pasal kau orang pertama kali berniaga ke, pasal kau orang belajar
di univerisiti ataupun kolej ke, kau orang berkahwin ke, kau orang bertunang ke,
kau orang bercinta ke, kau orang putus
cinta ke, cerita tentang majlis konvokesyen kau orang ke, cerita pasal kau
orang temuduga jawatan kosong ke, cerita pasal kerja kau orang ke.
Cerita je dekat dia orang semua. Kalau kau orang tulis cerita yang
berkaitan dengan diri kau orang dan juga pengalaman yang kau orang pernah
rasai, proses olahan cerita tu jadi lebih mudah dan tidak memeningkan. Sebab
kau orang dah merasai sendiri benda tu semua.
2 – Online Shopping
Haaa, yang ni kaum hawa paling minat. Betul tak betul tak? Nia dah
boleh nampak dah ada yang tengah tersenyum sengih dekat depan komputer macam
kerang busuk tak cukup masak tu. HAHA
Dapat – dapat pulak kalau kau orang kongsikan kedai atas talian
yang menjual tudung/shawl murah, baju muslimah, baju berfesyen, beg tangan,
penjagaan muka dan rambut dan macam – macam lagilah.
Setiap kali kau orang ada beli barang secara atas talian, kongsikan
sekali barang yang kau orang beli dekat dalam blog kau orang supaya orang lain
tahu nak beli kat mana dan kalau boleh kongsikan sekali harga yang ditawarkan
oleh kedai atas talian tu untuk mereka buat perbandingan harga.
3 – Tempat Percutian Yang Kau Orang Lawati
Benda ni ramai blogger famous buat. Antaranya ialah
Cik Epal, Neena Anuar, Nisa Kay, Namee Roslan dan Careen Tan. Ramai lagi blogger
lain yang tulis pasal tempat – tempat percutian yang mereka lawati tetapi nama
– nama dekat atas ni memang nia follow blog dia orang dan sentiasa
mengikuti perkembangan blog masing – masing.
Kongsikan gambar tempat percutian tersebut, jumlah perbelanjaan
yang kau orang keluarkan dan juga aktiviti – aktiviti yang kau orang lakukan
kat sana. Selain tu, kongsikan juga tips – tips dan maklumat yang kau orang
rasa orang lain patut tahu selama kau orang berada di sana.
4 – Makanan & Minuman
Yang ni memang kegemaran nia. Nia pantang gila tengok orang tulis entry
pasal makanan dan minuman, mesti nia nak singgah dan jamu mata dengan gambar –
gambar yang membuatkan air liur nia meleleh sebab tengok lama sangat. HAHA.
Bila kau orang pergi makan kat mana – mana restoran, ambillah
gambar makanan dalam dua puluh tujuh gambar dan tepekkan kat dalam blog. Tulis
sekali komen kau orang tentang makanan yang kau orang pesan dan harga yang
ditawarkan oleh pihak restoran. Oh! Jangan lupa letak sekali alamat dan nombor
telefon restoran berkenaan.
Haaa, itulah antara idea – idea menulis entry blog yang
boleh nia kongsikan bersama dengan kau orang semua. Semoga membantu kau orang
semua yang tengah ketandusan idea untuk menulis saat ini.
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)