Assalamualaikum semua :)
Memandangkan cuti sekolah dah bermula, nia nak kongsikan review
satu drama korea bergenre sejarah dengan kau orang semua. Kenapa mesti
dikaitkan dengan cuti sekolah pulak nia? Sebab drama ni mempunyai 60 episod!
Kalau kau orang nak marathon tengok drama ni, musim cuti sekolah adalah
masa yang paling ideal untuk kau orang semua. Macam nialah. Sampai bengkak –
bengkak mata jadinya sebab menahan ngantuk. Drama korea punya pasal. HAHA.
*******
Dong Yi dipaksa menjadi pelarian setelah ayah dan abangnya mati
dibunuh akibat difitnah oleh orang lain. Untuk menyelamatkan dirinya, Dong Yi
meminta pertolongan daripada kawan abangnya untuk menghantar dia masuk ke dalam
istana sebagai seorang hamba. Ketika berada di dalam istana sebagai seorang
hamba, Dong Yi berusaha mencari bahan bukti untuk membersihkan kembali nama
baik ayah dan abangnya.
Dalam usahanya mencari bahan bukti ini, dia telah mendapat tempat
dalam hati maharaja, permaisuri dan juga gundik maharaja kerana sifatnya yang
lurus, jujur, bijak dan sangat mementingkan keadilan. Disebabkan hal ini, Dong
Yi telah diangkat daripada seorang hamba kepada gundik maharaja.
*******
Sekiranya kau orang semua nakkan satu kelainan dalam drama – drama
bersiri korea yang bergenre sejarah, nia cadangkan supaya kau orang tengok
drama ni. Kebiasaan bagi drama sejarah korea, maharaja dia orang mesti ada aura
aku – ada – kuasa – tertinggi – dalam negara – ni – jadi – tolong – hormat –
aku tapi dalam drama ni maharaja dia sempoi gila. Aura seorang maharaja tu
pun takde menonjol sangat. Dan maharaja dalam cerita ni sangatlah romantik.
Romantik dia tahap langit ketujuh kot! Cheesy lines melambak, babak
mengurat penuh.
Fuuuhh~ Well, it’s to be expected because Ji Jin Hee is the one
playing the role of king.
Lagi satu, permaisuri dia baik gila. Selalunya yang pegang watak
jadi permaisuri ni semuanya jahat – jahat belaka, suka cemburu buta, tak
disayangi oleh maharaja dan dia adalah dalang kepada semua rancangan jahat
untuk menghancurkan hidup perempuan – perempuan yang cuba mendekati maharaja.
Tapi permaisuri dalam drama ni baik gila. Muka dia pun lembut je.
Mata redup memandang orang lain. Tutur kata pun sopan je sentiasa. Ini kali
pertama nia jatuh hati dengan permaisuri dalam drama sejarah korea sebab
perwatakan dia baik dan langsung tak reti nak melawan tahap brutal.
Yang terakhir, gundik maharaja dia iaitu Dong Yi tak gila kuasa.
Kebiasaannya kalau hamba jadi gundik maharaja mesti akan jadi tamak, bongkak,
lupa diri dan suka bolot harta kerajaan. Lepas tu dia pergi kumpulkan orang
yang sokong dia dan buat rancangan untuk gulingkan maharaja supaya anak dia
dapat naik takhta.
Tapi gundik maharaja dalam drama ni tak macam tu. Dia siap buat
rancangan macam mana nak selamatkan putera mahkota yang mandul supaya dapat
naik takhta. Walaupun putera mahkota tu merupakan pesaing anak dia.
Berbaloi ke tengok drama enam puluh episod ni?
Berbaloi sebab jalan cerita dia tersusun cantik. Lagi satu, konflik
– konflik yang timbul dalam drama ni diselesaikan dengan baik dan logik.
Walaupun kau orang rasa enam puluh episod tu terlalu banyak untuk dihabiskan
tapi bila kau orang dah mula tengok dan menghayati drama ni, kau orang akan
rasa enam puluh episod tu masih lagi tidak mencukupi.
Percayalah.
Jumlah episod: 60
Rating:
4 / 5Sumber gambar: google.com
Dong Yi drama quite lama la juga, tapi suka si Han Hye Joo dalam Dong Yi, tapi tak layan penuh semua 60 episod ...
ReplyDeletehaah, drama lama ni tapi baru ada kesempatan nak tengok sebab tengah cuti sekolah ni.
Delete