Assalamualaikum semua :)
Sejak kebelakangan ini, nia ada baca banyak artikel mengenai
keburukan ibu bapa memaksa anak – anak mereka untuk memakai tudung sedari kecil
dan ada juga artikel yang membantah tindakan para ibu bapa mengajar anak – anak
untuk bertudung. Jadi, hari ni nia akan bagitahu pandangan nia sendiri tentang
tindakan ibu bapa yang memakaikan tudung kepada anak – anak mereka sejak kecil.
Pertama sekali, takde ibu bapa yang akan memaksa anak mereka untuk
memakai tudung sedari kecil. Ibu bapa sekadar menjadikan pemakaian tudung
sebagai amalan harian ataupun rutin untuk anak – anak kecil ini supaya mereka
terbiasa memakai tudung. Hari – hari akan dipakaikan tudung supaya mereka tidak
rimas dan jadi biasa bertudung.
Tetapi kalau anak itu rasa tak selesa dan nak buka tudung mereka,
tentu sahaja para ibu bapa akan bukakan tudung itu. Bukannya menjegilkan mata
dan mengetap bibir sebagai isyarat tidak bagi mereka membuka tudung tersebut.
Ibu bapa sendiri pun tahu. Anak – anak yang berada di bawah umur aqil baligh
tidak diwajibkan untuk menutup aurat dengan sempurna lagi.
Gambar atas ini merupakan contoh untuk ibu bapa yang amalkan pemakaian tudung. Ada hari tudung melayang, ada hari tudung kat kepala
Namun itu tak bermakna ibu bapa hanya boleh melatih mereka untuk
menutup aurat apabila mencecah umur baligh sahaja. Latihan itu perlu dilakukan
sedari awal lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kalau dah jadi rebung baru nak diperbetulkan, memang payah jawabnya. Ingat.
Anak – anak itu ibarat kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan kain
putih tersebut.
Pengalaman nia sendirilah, ibu dengan abah tak pernah paksa nia
untuk bertudung masa kecil. Bila pakai tudung pun, sekejap je terletak kat atas
kepala. Selebihnya tersimpan dalam beg ibu. Biasalah, budak – budak kan? Dah
berlari ke sana ke sini, joget ke kiri ke kanan, lompat bintang lima enam kali.
Terus berpeluh dan rasa rimas nak pakai tudung.
Bila nia buka tudung tu, ibu tak cakap apa pun. Ibu cuma ambil
tudung dan simpan dalam beg. Abah pun takde kata apa. Sebab mereka tahu nia
masih kecil dan masih dalam proses belajar serta menyesuaikan diri dengan
amalan memakai tudung. Takde pun nia kena cubit ke, kena piat telinga ke sebab
buka tudung.
Teacher geram dengan kecomelan Annisa Qanitah, HAHA |
Keduanya, mendidik anak adalah hak dan tanggungjawab ibu bapa.
Orang luar jangan pandai – pandai nak masuk campur. Mereka nak pakaikan anak –
anak perempuan mereka tudung sejak kecil pun, itu hak mereka dan orang lain tak
boleh nak pertikaikan tindakan yang mereka ambilkan. Melainkan tindakan yang
mereka ambil itu salah dan bertentangan dengan ajaran agama, barulah orang luar
boleh campur tangan.
Mereka mempunyai tanggungjawab untuk mencorakkan anak – anak mereka
dan setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri dalam mewarnakan kain anak
– anak mereka. Jadi kita sebagai orang luar jangan jadi terlampau prihatin dan
terlalu baik hati dengan selalu mengkritik dan memberikan nasihat kepada para
ibu bapa di luar sana.
Kita sebagai orang luar ni, hanya mampu memberikan nasihat dan
kritikan sahaja. Tak lebih daripada tu. Belum pernah lagi nia tengok orang yang
komen dan kritik macam – macam dekat Facebook dan Instagram ni yang buat follow
– up dengan ibu bapa yang dia orang kritik tu untuk mengetahui perkembangan
anak – anak dia orang. Semuanya sekadar berborak kosong untuk menyakitkan hati
orang lain je.
Kantoi Annisa Qanitah korek hidung, HAHA |
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)