Friday, May 31

SHOP: Pacca, Jenama Tudung Ironless Kegemaran

Assalamualaikum semua :)

Tak dapat disangkal lagi, semakin hari semakin ramai wanita diluar sana yang memilih untuk berhijab. Ramai para gadis diluar sana sudah mula sedar betapa pentingnya mahkota mereka dan mengambil langkah untuk membalutinya agar hanya mereka yang betul – betul layak sahaja dapat melihat mahkota tersebut.

Menyedari akan hal ini, ramai peniaga mula mengeluarkan pelbagai rekaan tudung dengan menggunakan berbagai jenis material untuk memenuhi keperluan dan juga kehendak para pembeli khususnya kaum wanita diluar sana.

Antara material tudung yang paling disukai dan digilai oleh ramai para gadis sekarang ini ialah material yang tidak perlu digosok! Ironless bawal, shawl, mahupun tudung sarung.

Bayangkan ye.

Selepas basuh tudung, kau orang letak je dalam bakul biar bergumpal – gumpal dengan tudung yang lain. Bila masa nak pakai tudung, kau orang cari je tudung yang nak dipakai dan terus sarung ke kepala. Tak payah gosok pun, elok je tak berkedut. Tak perlu gosok pun, awning masih tegak dan menderhaka. Tak payah risau awning gelembung sana sini.

Seronok ke seronok?

Nia paling suka pakai tudung macam ni sebab nia memang malas gila nak gosok tudung. Tudung ni, kalau salah gosok memang awning takkan menjadi tau. Baik bawal mahupun shawl. Tapi bawal, kalau awning tak jadi memang boleh jadi mood swing satu hari weyh!

Sebab tu, ada perempuan menghabiskan masa kadang – kadang tu lebih daripada setengah jam dimeja gosok bila menggosok tudung. Kenapa? Sebab nak pastikan awning tudung mereka menjadi.

Bila dia orang dah siap gosok tu dia orang akan gantung tudung kat memana, jangan pulak kau gatal tangan nak pergi usik ataupun belek tudung dia. Sekali dia nampak kau usik, setahun dia ungkit pasal awning tudung dia tak jadi sebab engkau! Puas nanti dompet kau orang asyik menipis sebab belikan tudung untuk menang hati dia balik. HAHAHAHAHA

Jadi nia nak kongsikan kedai atas talian yang selalu jual shawl dengan material tak payah gosok. Nia dah dua kali beli shawl dengan kedai yang diberi nama sebagai PACCA ni. Shawl pertama yang nia beli dengan dia orang ialah Shawl Kedut. Teruja punya pasal sampai lima helai nia balun. HAHAHAHAHA

Yang kedua pulak ialah Shawl Sahara. Sahara ni istimewanya ialah terdapat lace pada shawl tersebut. Memang dah lama nia cari shawl macam ni. Nasib baiklah Pacca keluarkan Sahara, kalau tidak memang nia hanya mampu berangan jelah nak pakai shawl macam tu.

Sepanjang dua kali nia beli shawl daripada Pacca, nia sangat puas hati dengan material yang dia orang gunakan sebab langsung takde rasa panas dan paling penting tak berkuap. Sesetengah shawl, kalau dah lama pakai mesti akan ada bau yang tidak menyenangkan. Dapat pulak kalau kita bekerja di bawah terik mentari. Memang cepat je tudung akan berbau kalau material dia tak bagus.

Lagi satu sebab kenapa nia beli shawl daripada Pacca ialah bidang tudung mereka yang sangat besar. Kebiasaannya shawl yang berada di pasaran sekarang akan bersaiz antara 1.8 m x 0.7 m, 1.8 m x 0.8 m, 2 m x 0.8 m ataupun 2.2 m x 0.8 m.

Tapi Pacca punya saiz tidak termasuk dalam mana – mana kategori di atas sebab saiz shawl dia orang biasanya berukuran 2.0 m x 1.4 m. Wow sangat ukuran shawl Pacca bukan?

Mana nia tahu ukuran tu? Nia ukur sendiri. Gigih kan? HAHA Kalau kau orang tak percaya cakap nia, kau orang boleh suruh ladyboss Pacca ukur shawl dia orang untuk kepastian kau orang semua.

Jadi, kalau sesiapa yang biasa pakai tudung bidang 60 kau orang bolehlah terjah IG Pacca dan beli shawl – shawl yang dijual oleh mereka. Dijamin puas hati! Tak keterlaluan jugak untuk nia katakan bahawa semua shawl Pacca ni jenis alah membeli menang memakai.

Sekarang kau dah tahu pasal kewujudan Pacca, jadi sila serbu IG dia orang okey? Jangan cakap nia tak payung, okeeyyyyy

Siapa dah kenal Pacca sebelum ni, jom tinggalkan jejak kat ruangan komen.

:)



Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.