Assamualaikum
semua :)
Hari
ni nia tergerak hati nak bercerita dengan kau orang semua tentang satu amalan
yang selalu nia cuba untuk dijadikan rutin.
Amalan
sedekah.
Sejujurnya,
bukan senang nak melazimkan diri nia untuk bersedekah sebab nia memang dah
terbiasa sedari kecil lagi untuk menyimpan duit. Jadi bila nak ajar diri untuk
berubah daripada selalu menyimpan kepada selalu memberi, itu adalah satu
perkara besar dan payah untuk nia lakukan.
Tapi
itu tak bermaksud ianya mustahil.
Masa
zaman diploma dulu, nia akan biasakan diri untuk bersedekah dengan cara belanja
kawan – kawan nia sekurang – kurangnya RM 1. Tak kisahlah belanja apa. Beli
roti ke, air mineral ke, makanan ringan ke, waffle ke, nasi putih ke, belanja
photostat ke. Eh, macam – macam lagilah nia belanja dia orang dengan RM 1 tu.
Bila
nia sebut belanja kawan – kawan dengan nilai RM1 tadi, mesti ada diantara kau
orang yang dah terangkat kening sebelah sambil berbisik dalam hati ‘apa jelah yang si nia ni boleh beli dengan
RM1?’
Haaaa,
sungguhpun nilai RM1 tu tak besar tapi sebenarnya ada banyak benda boleh dibeli
dengan RM1 tu tau. Bila nia dah mula biasa untuk bersedekah dengan RM1 tu, nia
naikkan pula jumlah duit tu jadi RM5 dan seterusnya.
Bersedekah
tak semestinya dengan memberikan duit kepada orang yang susah dan fakir miskin
sahaja. Kita boleh bersedekah kepada sesiapa sahaja yang kita suka.
Malahan
nia pernah baca sekumpulan pelajar IPT membayarkan duit parking tambahan untuk
kereta – kereta yang sudah habis tempoh masa bayaran parking. Itupun sedekah
juga tu.
Jadi
kenapa nia nak jadikan amalan sedekah ni sebagai satu amalan rutin?
Dengan
harapan, sedekah tadi akan menjadi sebab rezeki nia menjadi lapang dan
bertambah.
Rezeki
bukan sahaja dalam bentuk wang sahaja. Sebaliknya, rezeki juga boleh datang
dalam bentuk kawan yang soleh solehah, keluarga yang sakinah dan mawaddah,
tempat kerja yang nyaman, suasana kerja yang menyenangkan, majikan yang
prihatin, tempat tinggal, pakaian, makanan dan sebagainya.
Lagipun
abah selalu ingatkan nia, ‘rezeki yang
kita dapat tu bukannya semua milik kita seorang. Kadang – kadang ada terselit
sebahagian dua rezeki milik orang lain.’
Itu
sahaja perkongsian nia untuk kali ni, semoga ianya memberi manfaat kepada kau
orang semua.
:)
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)