>> PERHATIAN: INI CERITA LAMA TAPI BARU NAK POST,
HARAP MAAF <<
Assalamualaikum
semua :)
Pada
bulan disember 2018, nia dan kawan – kawan sekerja nia telah menduduki ujian
bertulis bagi tujuan mendapatkan tauliah mengajar guru tadika negeri Selangor.
Untuk
pengetahuan kau orang semua, bukan sebarangan orang boleh menjadi guru tadika
tau sebab setiap guru tadika wajib memiliki permit mengajar yang sah. Kalau tak
ada permit mengajar, kau orang bolehlah isi borang untuk membuat permohonan
tauliah mengajar.
Macam
nia yang merupakan guru tadika islam, jadi nia perlu mengisi borang tauliah
mengajar untuk dihantar ke pejabat JAIS. Bila dah isi borang, kau orang kena
tunggu tarikh ujian bertulis yang bakal diadakan nanti.
Nia
bertolak daripada tadika pada pukul 8 pagi dan sampai di JAIS Bangi anggaran
pukul 8.30 pagi. Kita orang pergi ke kafeteria untuk mengalas perut sebelum
menghantar borang di pejabat. Selepas menghantar borang, kita orang disuruh
mendaftarkan diri sebelum memasuki dewan peperiksaan.
Sebelum
masuk dewan peperiksaan tu, nia rasa tenang je. Tapi bila dah melangkah masuk
dalam dewan peperiksaan tu, bukan main berdebar lagi rasa dia. Rasa macam nak
terkeluar jantung nia masa tu, punyalah kuat dia berdegup. HAHAHAHA
Soalan
yang ditanya untuk ujian bertulis tu terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
akidah, ibadah, sirah dan juga tajwid. Ini untuk kategori tauliah khas tau.
Kalau kau orang mohon tauliah untuk ceramah dan seumpamanya, ada bahagian
bahasa arab, Al – Quran dan juga hadis.
Bos
nia pernah mohon tauliah mengajar sebelum ni jadi dia pun bagilah kita orang
soalan bocor ujian bertulis tu. Dia suruh kita orang baca perang dalam islam,
rukan islam, rukun iman, jawikan petikan rumi dan juga tuliskan surah al –
fatihah beserta baris.
T E
T A P
I T E T A P I T E T A P I
Satu
soalan pun tak masuk dalam ujian tu. Ai sho shed!
Nasib
baiklah nia tak fokus ulangkaji dekat topik – topik yang bos nia bagitahu tu
sahaja. Kalau tak, nia akan melangkah keluar daripada dewan peperiksaan sebaik
sahaja nia habis menulis maklumat diri nia atas kertas jawapan. HAHAHAHA
Untuk
pembaca – pembaca setia blog nia ni, nia akan kongsikan teruslah kat sini
sebahagian soalan yang masuk dalam ujian bertulis yang nia duduki tu. Harapnya
kalau ada diantara kau orang yang membaca ni dalam proses nak menduduki ujian
bertulis juga, ianya boleh membantu kau orang dalam ulangkaji.
Bahagian
Akidah:
Pengertian iman, islam dan ihsan. Siapakah ahli sunnah wal jamaah dan
pengertiannya
Bahagian
Ibadah:
Ketika haid boleh baca al – quran atau tidak dan berikan alasan. Senaraikan
semua golongan yang boleh menerima zakat. Apakah yang dimaksudkan dengan surah
makiyyah dan madaniyyah
Bahagian
Sirah:
Mukjizat rasulullah dan contohnya. Surah pertama yang diturunkan dan
sebab diturunkan
Bahagian
Tajwid:
Contoh ikhfak syafawi dan izhar halqi.
Itulah
sebahagian soalan ujian bertulis yang nia masih ingat. Yang lagi sebahagian dah
hilang daripada memori nia. Soalan dia susah sangat agaknya sebab tu otak nia
padam terus soalan tu daripada dalam memori. HAHAHAHA
Kepada
yang bakal menduduki ujian bertulis untuk tauliah mengajar, semoga berjaya nia
ucapkan. Jangan tergopoh – gapah nak menjawab soalan. Take your own sweet time. Kalau dah ulangkaji tapi terlupa,
banyakkan selawat. Minta tolong dengan Allah.
Untuk
yang tertanya – tanya tentang keputusan ujian bertulis nia, dengan sukacitanya
saya maklumkan bahawa saya telah lulus ujian bertulis ini!
Kalau
nia boleh lulus, kau orang semua pun boleh lulus jugak. Jangan cepat putus asa,
okey?
Oh
ya, sebelum nia terlupa.
Ujian
bertulis ni akan diadakan pada hari biasa sahaja. Ikut waktu pejabat. Dan ujian
bertulis ni merupakan peringkat penapisan pertama bagi menapis pemohon –
pemohon tauliah mengajar. Peringkat penapisan kedua adalah temuduga.
Maklumat JAIS Bangi: PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT Kompleks Islam Daerah Hulu Langat, Persiaran Kemajuan Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan | 03-89202209 (T) 03-89201329 (T) 03-89201891 (T) 03-89222360 (F) |
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)