Assalamualaikum
semua :)
Kebiasaan
untuk drama – drama korea banyak menceritakan kisah percintaan antara muda –
mudi. Kalau ada pun percintaan antara dua orang yang berusia, kebiasaannya
mereka bukanlah watak utama tetapi watak sampingan.
Jadi
kali ni nia nak kongsikan satu review drama korea yang mengetengahkan kisah
percintaan antara empat orang pemuda yang berusia 40 tahun. Dan, keempat –
empat mereka merupakan watak utama drama tersebut dan bukannya watak sampingan.
* * *
* * *
* * *
Kim
Do Jin merupakan seorang pengarah syarikat kejuruteraan yang bernama Hwa Dam.
Disebabkan dia mempunyai rupa paras menawan, duit yang banyak, syarikat yang berjaya
jadi personalitinya kurang menyenangkan orang sekeliling kerana dia sangat
cerewet dan sentiasa mahukan kesempurnaan dalam apa jua yang dilakukannya.
Im
Tae San merupakan pengarah bersama syarikat Hwa Dam dengan Kim Do Jin. Berbeza
dengan personaliti Kim Do Jin yang cerewet, Im Tae San merupakan seorang yang
mudah didekati dan sangat mesra dengan orang lain. Dia juga meminati sukan bola
lisut dan sangat menyayangi adik perempuannya iaitu Im Meah Ri.
Choi
Yoon adalah seorang peguam. Dia merupakan seorang yang paling bijak dan sangat
baik hati di antara keempat – empat mereka. Choi Yoon juga merupakan seorang
duda yang telah kematian isterinya. Walaupun telah lima tahun bergelar seorang
duda tetapi Choi Yoon masih lagi memakai cincin perkahwinannya dan tetap setia
dengan mendiang isterinya.
Lee
Jeong Rok, seorang pengusaha restoran dan juga kafe. Walaupun telah berkahwin
dengan seorang wanita kaya yang jauh lebih berusia daripadanya, Lee Jeong Rok
mempunyai personaliti yang suka mengayat dan mengorat mana – mana perempuan
cantik di kafe dan restoran miliknya. Sungguhpun dia selalu berfoya – foya
dengan perempuan lain tetapi dia tetap sayangkan isterinya dan tak sanggup mahu
berpisah dengannya.
Kehidupan
keempat – empat lelaki berusia 40 tahun ini bakal berubah apabila mereka
bertemu wanita yang bakal menjadi pasangan hidup masing – masing.
* * *
* * *
* * *
Ini
merupakan drama korea pertama nia tengok yang mengetengahkan golongan berusia
pertengahan sebagai watak utamanya. Kebiasaan drama korea selalu ketengahkan
kisah percintaan antara golongan remaja ataupun pelajar sekolah je sebagai
watak utama. Tapi drama ni bukan.
So, one plus point for that matter!
Sekiranya
kau orang selalu nak tahu macam mana orang yang dah berusia bercinta, silakan
tengok drama ni.
Ataupun
kalau kau orang nak lari kejap daripada melodrama muda – mudi, silakan tengok
drama ni.
Nia
bagitahu awal – awal dengan kau orang. Orang yang berusia ni kalau bercinta
memang straight forward habis.
Suka,
dia cakap suka.
Tak
suka, dia cakap tak suka.
Nak,
dia cakap nak.
Tak
nak, dia cakap tak nak.
Takde
nak kias – kias dan jaga hati pasangan masing – masing macam orang muda selalu
buat. Sebab dia orang dah berusia dan berpengalaman. Jadi dia orang dah tahu,
permainan tarik tali hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Yelah, orang tua
kan? HAHA
Drama
ni bukan kisah percintaan lelaki dan perempuan berusia semata – mata.
Drama
ni turut menyelitkan elemen persahabatan dimana keempat – empat watak utama
lelaki selalu bersama dan sering ada untuk sesama sendiri tidak kira di waktu
senang mahupun susah.
Satu
lagi elemen yang nia rasa menarik dalam drama ni ialah suami yang mengaku
cintakan isteri tapi selalu berfoya – foya dengan perempuan lain. Kekerapan
suami dia berfoya – foya tak dapat nak dibilang dengan jari weyh.
Sampaikan
suami dia berjumpa dengan kawan pun, isteri dia dah tak percaya dan sangkakan
suami dia menipu untuk jumpa dengan perempuan lain. Bila dah kerap sangat
isteri dia buruk sangka dengan suami, isteri dia minta cerai sebab rasa macam
dah takde perasaan sayang lagi untuk suami dia. Yang tinggal cumalah sangka
buruk sahaja.
Jumlah
Episod: 20
Rating:
5 / 5
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)