Assalamualaikum
semua :)
Baru
– baru ni nia ada terjumpa satu muzik video lagu nasyid dekat youtube.
Disebabkan industri nasyid tanah air sekarang ni sudah tidak segemilang dahulu
lagi, jadi nia berasa sangat teruja setiap kali nia nampak muzik video lagu nasyid
baru dekat youtube.
Tapi
sejak kebelakangan ni, makin banyak lagu – lagu nasyid baru yang dihasilkan.
Baik dari dalam negara, mahupun dari luar negara.
Paling
terharu sekali apabila ramai yang meminati dan boleh menerima lagu nasyid
sekarang ni. Bukan sahaja orang muslim yang suka mendengarnya tetapi orang
bukan muslim juga suka mendengarnya.
Anyway, nia ada letakkan klip muzik video tu kat bawah ni. Nia
harap kau orang pun suka dengar lagu ni sebagaimana nia juga suka :)
* * * * *
Siapakah
Safiyyah yang diceritakan dalam lagu ni tadi?
Safiyyah
yang dimaksudkan ialah Safiyyah binti Abdul Mutalib. Ya, beliau merupakan
saudara kandung Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar ‘Singa Allah’ dan
juga ibu s
audara Rasulullah SAW.
Safiyyah
merupakan seorang wanita yang berani kerana sering menyertai peperangan
memerangi musuh islam bersama dengan Rasulullah. Antara peperangan yang
disertainya ialah perang uhud, perang khandaq dan juga perang khaibar.
Malahan
Safiyyah juga adalah wanita islam pertama yang menghunuskan pedang di medan
perang seterusnya membunuh kaum musyrikin.
Sewaktu
di medan perang Uhud, Safiyyah ingin melihat mayat Saidina Hamzah yang telah
syahid tetapi berjaya dipintas anaknya kerana Rasulullah tidak mahu dia melihat
keadaan mayat Saidina Hamzah yang telah dibelah dadanya.
Safiyyah
bagaimanapun menjawab dengan tabah bahawa dia bangga kerana Hamzah berjuang di
jalan Allah dan gugur kerana mempertahankannya.
* * * * *
Subhanallah,
besarnya pengorbanan tokoh – tokoh islam dalam mengembangkan agama suci ini
dahulu.
Nia
berdoa agar semua wanita – wanita diluar sana menjadi seorang muslimah yang
berani berjuang kerana agama islam seperti Safiyyah. Amin.
Sumber
video: youtube.com
Sumber
gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)