Assalamualaikum semua :)
Hari
ni nia nak membebel mengenai senyum.
Senyum?
Ye,
senyum.
Kau
orang semua tahu tak macam mana nak senyum?
Caranya,
sebut ‘eeeeeeeeeee’ lama – lama.
Begitulah
caranya untuk senyum.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Berapa
orang diantara kau orang yang memulakan harinya dengan senyuman?
.
..
…
….
…..
……
…….
……..
………
……….
Anda?
Tepuk
bahu sendiri sekarang.
Tahniah,
kerana anda telah memulakan hari dengan secebis tenaga positif!
Tak
semua orang mampu memulakan harinya dengan tenaga positif. Malahan nia sendiri
kadang – kadang memulakan hari dengan tenaga negatif. Baru bangun pagi, muka
sudah mencuka. Fikiran bercelaru memikirkan benda yang tidak sudah. Akibatnya
orang sekeliling yang terkena tempias.
Kenapa
ye?
Kenapa
baru bangun pagi dah keluarkan aura negatif?
Kenapa
tak mulakan pagi dengan lembaran baru?
Kenapa
tak mulakan pagi dengan senyuman mekar di bibir?
Masalah.
Semua
orang ada masalah masing – masing.
Bayaran
rumah tertunggak.
Bayaran
bil tak lunas.
Yuran
anak tak cukup.
Barangan
dapur dah habis.
Kenderaan
kena servis.
Telefon
pintar minta diganti.
Hal
pejabat bertimbun.
Selagi
masih ada nyawa, selagi itulah masalah sentiasa mengekori.
Jadi
mengapa tidak mulakan hari dengan aura positif?
Mulakan
hari dengan senyuman supaya ianya dapat membantu kita semua mengharungi liku –
liku masalah yang mengekori itu.
Bila
kita senyum, orang lain akan turut berjangkit sama.
Bukan
sahaja hari kita penuh dengan aura positif tetapi hari orang lain pun turut
dijentik aura positif juga.
Janji
okey?
Senyum satu sedekah
ReplyDeletebetul :)
Delete