Assalamualaikum semua :)
Setiap
hari, nia dan rakan guru yang lain akan melakukan rutin pagi bersama – sama
dengan pelajar tiga puluh minit sebelum proses pembelajaran dan pengajaran
bermula.
Rutin
pagi ini dilakukan supaya pelajar boleh mengumpulkan semangat sebelum masuk ke
dalam kelas. Tak semua pelajar jenis masuk sekolah terus ceria gembira. Mesti
ada pelajar yang masuk sekolah dengan tangisan. Kadang kala tu meraung menjerit
kena paksa masuk sekolah oleh ibu bapa masing – masing.
Jadi
dengan melakukan rutin pagi, guru – guru boleh mengubah haluan perasaan pelajar
daripada muram dan sedih kepada seronok dan gembira.
Selain
daripada itu, rutin pagi ini juga boleh menjadi amalan harian setiap pelajar.
Kebiasannya
rutin pagi dimulai dengan bacaan Asmaul, bacaan selawat, bacaan istighfar,
bacaan zikir dan juga bacaan doa – doa harian. Selesai sahaja bacaan – bacaan
tersebut, guru – guru boleh selitkan dengan ucapan selamat, tema mingguan /
bulanan, tanya hari dan bulan, dsb.
Untuk
kali ini, nia akan kongsikan video untuk beberapa doa yang kebiasaannya dibaca
oleh pelajar dan guru ketika rutin pagi.
Doa
Dhuha – UNIC
Doa
Iman – UNIC
Doa
Rabitah – UNIC
Doa
Tilawah – The Helmi
Doa
Taubat – UNIC
Doa
Sihat Tubuh Badan
Doa
Menghindar Dari Kesusahan – UNIC
Doa
untuk Ibubapa - Raqib Majid
Nota kaki: kalau ada pautan video yang tak boleh dimainkan, tolong maklumkan nia di ruangan komen tau :)
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)