Assalamualaikum semua :)
Sebagai seorang guru tadika, nia sentiasa mencari idea - idea baru untuk menghasilkan alat bantuan mengajar (ABM) dan bahan bantuan mengajar (BBM) yang kreatif agar dapat menarik minat para pelajar. Setiap kali nak kerah idea untuk hasilkan ABM atau BBM, it makes you wonder why the heck did you chose this job over the other offer.
The struggle is real, I swear.
Semasa diawal - awal pembabitan nia dalam bidang pendidikan awal kanak - kanak, nia suka mengambil jalan pintas ataupun jalan mudah dalam pembuatan ABM mahupun BBM iaitu dengan membeli karya cikgu - cikgu yang lain. Sekiranya kau orang rajin mencari, dalam sosial media banyak cikgu - cikgu jual ABM dan BBM yang mereka sendiri buat dengan harga yang terlalu murah. Kadang tu sampai beratus fail mereka jual, hanya RM5.
Antara akaun yang pernah berurusan dengan nia ialah BBM Nafsiah, Kids Noise Studio, Bahan Prasekolah dan Ustaz Tarmizi Design. Nia ada sediakan link akaun facebook masing - masing di bawah sekiranya kau orang berminat nak menjengah untuk tengok - tengok atau jalan - jalan mencari idea.
Ada dua sebab nia memilih jalan pintas.
Satu, takde idea langsung macam mana nak hasilkan ABM ataupun BBM. Masa tahun pertama dulu memang tercengang - cengang nia tengok rakan cikgu yang lain buat ABM BBM pada hujung tahun. Walhal nia graduan Diploma in TESL kot, I used to make big book and stuff. Sepatutnya mestilah ada sipi - sipi idea yang muncul ting ting ting dalam fikiran, tapi hampaaaaaaaa!
Dua, malas nak buat. Kena pakai banyak tenaga dan mengambil banyak masa. Kerja - kerja menghasilkan ABM BBM ini sangat renyah dan payah ye tuan - tuan dan puan - puan. Siapa kata mudah, tolonglah ajar nia beberapa tips untuk buat ABM BBM dengan mudah. Selama 5 tahun berada dalam bidang pendidikan awal kanak - kanak ni, nia belum jumpa lagi dengan cara mudah melakukan ABM BBM.
Disebabkan fasa PKP, PKPP, PKPB dan sebagainya yang berlangsung di Selangor tempoh hari, nia mula berjinak - jinak menghasilkan ABM BBM sendiri. Hasilnya tidaklah secantik dan sekemas cikgu - cikgu lain tapi isinya ada, InsyaAllah. Nia akan letak segala ABM BBM yang dibuat dekat page ABM / BBM, jadi kalau ada yang kau orang berkenan silakan ambil. Sekiranya ABM BBM itu kau orang rasakan bagus, kongsikan dengan orang lain juga tau :)
Page ABM / BBM: [TEKAN SINI]
Facebook BBM Nafsiah: [SINI, SINI, SINI!]
Facebook Bahan Prasekolah: [SINI JUGA!]
Facebook Kids Noise Studio: [SINI SEKALI LAGI!]
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)