Friday, March 26

KEHIDUPAN: Jadual Rutin Harian Ustaz Ismail Kamus

Assalamualaikum semua :)

Sebelum nia bercakap dengan lebih lanjut mengenai jadual rutin harian ustaz ismail kamus, nia nak mengajak semua pembaca yang beragama islam, marilah kita bersama - sama membacakan surah alfatihah untuk disedekahkan kepada beliau.


Sebaik sahaja berita kematian ustaz ismail kamus tersebar luas di seluruh Malaysia, banyak sangat posting berkenaan dengan jadual rutin harian beliau naik dalam pelbagai platform sosial media. Trending hot gittew. Disebabkan perasaan ingin tahu mengenai jadual harian ustaz ismail kamus, nia pun godeklah dalam media sosial tentang benda ni dan terjumpa gambar di bawah ini.


Bila nia tengok gambar tu, nia tertanya - tanya apa niat solat sunat wuduk, taubat, tahajjud and so on? Apa pulak surah yang perlu dibaca ketika solat berkenaan? Nak baca doa apa lepas solat? Takkan nak main hentam baca doa makan kot?

Daripada persoalan - persoalan tersebut, timbullah idea dalam kepala nia untuk membuat satu buku mengenai jadual rutin harian ustaz ismail kamus secara terperinci. Ada bacaan niat solat, cadangan surah untuk dibaca, doa lepas solat, cadangan zikir dan sebagainya.

Disebabkan nia ni sejenis yang suka dengan benda - benda cantik comel but at the same time it is organized, jadinya nia ambil gambar diatas sebagai rujukan dan nia cantikkan, kemaskan dan susunkan elok - elok jadual tersebut dalam buku tadi. Penuh dengan warna juga, barulah bersemangat nak baca dan jadikan amalan harian.

Tujuan nia buatkan buku jadual rutin harian ustaz ismail kamus ni untuk memudahkan nia mendapatkan rujukan. Tak adalah setiap kali nak buat rutin harian tu, nia kena godek google dulu. Buang masa.

Dan jangan risau, nia ada kongsikan failnya di bawah ini. Klik sahaja link yang berwarna ungu tu okey? Sekiranya bermanfaat, kongsikanlah dengan orang lain juga :)

JADUAL RUTIN HARIAN USTAZ ISMAIL KAMUS

Kesemua gambar yang nia gunakan dalam buku ini adalah milik asal tuan punya gambar, kebanyakkannya nia ambil daripada blog Shafiq Qolbu [https://shafiqolbu.wordpress.com/]

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.