Friday, April 2

DRAMA: Puzzle

Assalamualaikum semua :)

Sejak nia tengok drama berkisarkan penyiasatan ni, asyik berada dalam mode aku – seorang – penyiasat – hebat – mengalahkan – Detektif – Conan. Berangan sampai langit ketujuh yeeee. HAHAHAHAHA

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Ayukawa Misako adalah seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar di sekolah pelajar lelaki. Meskipun Ayukawa mengajar Bahasa Inggeris tetapi kemahiran bahasanya sangat lemah berbanding dengan pelajarnya.

Memiliki tubuh badan yang genit serta riak muka yang polos, siapa sangka disebalik imej itu rupa – rupanya wujud karakter yang sangat tamak. Pada hari pertama bekerja lagi Ayukawa telah memberitahu kepada pelajarnya bahawa dia tidak kisah untuk menerima rasuah daripada ibubapa untuk menaikkan markah mereka.

Setiap hujung minggu, Ayukawa dan tiga orang pelajarnya akan pergi menyelesaikan misteri di tempat – tempat tertentu. Dan tujuan Ayukawa hanya satu, mahu mengaut kemewahan misteri tersebut.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Walaupun drama ni merupakan drama lama tetapi jalan ceritanya tetap berjaya menarik jiwa nia.

As I always said, Japanese drama never failed to capture my heart :D

Antara benda yang nia paling suka dengan drama jepun ni adalah dia orang tetap akan selitkan beberapa elemen seperti kekeluargaan, persahabatan, pengkhianatan disamping elemen penyiasatan untuk dijadikan ikhtibar kepada semua penonton.

Enjoy watching guys :)



Tahun: 2008

Jumlah Episod: 10

Rating: 5 / 5

Sumber gambar: google.com

2 comments:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.